Ketahuilah bahawa aku menginginkan sesuatu daripada muslimah hari esok, menginginkan agar muslimah memahami ajaran agama dan halatuju hidupnya, menyempurnakan tanggungjawab terhadap Pencipta, ibu ayah, suami dan anak-anak, masyarakat, agama dan umat sejagat.
Aku ingin sekali agar kita semua muslimah pada hari esok menjadi pemangkin kepada kebangkitan Islam yang hakiki. aku ingin agar kita bangkit menjadi pendakwah muslimah Dinullah.
Aku ingin agar kita dapat menjadi pendidik dan pembimbing yang memandu generasi pemudi akan datang dan kebangkitan Islam yang sebenar.
Alangkah indahnya wahai muslimah andai kita dapat melihat kebangkitan Islam yang hakiki, yang diiringi kemaslahatan dunia dan akhirat…di naungi keredhaan Allah s.w.t. lagi dikagumi hati-hati manusia yang berakal..dimantapkan dengan pembangunan material dan rohani yang membawa kepada kebahagiaan jiwa dan sanubari; kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya.
Kebahagiaan ini lah yang telah diungkapkan oleh Ummu Khalthum binti Ali, isteri Umar r.a ketika beliau telah membangkitkan kemarahan Umar dalam urusan rumahtangga mereka. Pada suatu hari Umar berkata: “Aku akan merungsingkanmu”.
Beliau lalu menjawab:
“Kamu takkan mampu berbuat demikian. Kebahagiaanku terletak pada imanku, dan imanku terletak pada hatiku, dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas hatiku melainkan Tuhanku”
Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan dan dikurniakan kebenaran dalam perkataan dan perbuatan, diberi kefahaman dalam agama dan mengembalikan kita kepada hakikat muslimah yang sebenar pada asalnya; yang unggul dan sejati peribadinya segaimana muslimah di awal kebangkitan Islam yang bukan hanya baik pada diri tetapi juga memberi kebaikan kepada masyarakat sekeliling….amin..
yang menyayangimu:
hafizah
0 ulasan:
Catat Ulasan