MUKTAMAR gabungan mahasiswa islam se-malaysia (gamis)
KALI KE-18
25-26 julai 2008

“MENUJU WAHDAH MENGEMBALI IZZAH”

GERAKAN MAHASISWA YANG MENOREH SEJARAH DUNIA

Wahai saudara-saudaraku, anak-anak muda Islam yang beriman! Wahai orang-orang yang ingin lepas dari ikatan! Wahai orang-orang yang ingin memecahkan belenggu, yang memasung kaki dunia Islam, dari hujung ke hujung, dari barat ke timur!

Ketahuilah! Sejarah itu ada kerana adanya pemuda, sejarah itu pun hidup kerana hidupnya para pemuda. Hidup yang bererti bercahaya ruhaninya, mengakar pemikirannya, dan berkembang gerakannya. Anes Baswedan, Rektor Universiti Paramida menyebut “….Kalau kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan diri mereka pada lapangan lokal saja, tetapi harus dilihat pada lapangan global, sekurang-kurangnya benua Asia. Kerana anak muda dilahirkan tidak hanya untuk negeri, tapi juga untuk dunia…”

Gerakan mahasiswa adalah sebahagian dari gerakan anak muda yang sangat ditakuti pemerintah. Rejim Papandreou di Yunani tumbang dengan keguguran seorang mahasiswa National Union of Greek Students pada saat memperjuang hak asasi manusia di gedung Parlimen. Di Amerika Latin, diktator Batista ditumpas oleh tokoh muda revolusioner Che Guevara. Di Turki pada tanggal 29 Mei 1960, para mahasiswa berhasil menggulingkan Bapak Menderes yang korup dengan korban nyawa hampir 20 Mahasiswa. Pada tahun yang sama, Mahasiswa Korea Selatan membuat sejarah dengan menurunkan rejim korup Dr. Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun. Peristiwa Black Friday menyaksikan gerakan mahasiswa berperanan menjatuhkan kerajaan Shah Iran yang zalim di Iran. Kejatuhan 32 tahun pemerintahan diktator Soeharto di Indonesia juga dikaitkan dengan peranan dan pengorbanan gerakan mahasiswa Universiti Trisakti. Jose Rizal adalah pengerak kebangkitan patriotik mahasiswa dalam menghalau kemasukan penjajah ke Filipina. Begitu juga kita melihat kebangkitan mahasiswa di China, Korea.

Di negara-negara Asia Barat, munculnya kepimpinan pejuang yang telah mengembalikan maruah dan kemuliaan bangsa seperti apa yang berlaku di Mesir. Lihatlah kebangkitan mahasiswa diterajui oleh salah seorang pelajar Al-Azhar yang berasal dari Daerah Halab (Aleppo) di Syria iaitu Sulaym an Al-Halabi mengusir keluar tentera Napoleon Bonaparte yang telah menyerang Al-Azhar. Penubuhan Ikhwan Muslimin pimpinan Ustaz Hasan Al-Banna antara penyebab kebangkitan mahasiswa dalam menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Kebangkitan ini kebanyakan dipelopori oleh mahasiswa universiti al-Azhar. Di Afghanistan, golongan yang bersusah payah menghalau kemasukan Soviet Union ke atas bumi ini ialah golongan mahasiswa yang dikenali Taliban yang dipimpin oleh Mullah Omar. Di Malaysia, pemuda dan mahasiswalah yang merencana Angkatan Perpaduan Ummah dan Parti Keadilan Rakyat. Dan banyak lagi peristiwa dalam lipatan sejarah yang membuktikan kehebatan dan peranan mahasiswa dalam mencatur politik dunia.

Dominasi Gerakan Mahasiswa Islam di Malaysia pada awalnya bermula dengan tertubuhnya Barisan Bertindak Mahasiswa Negara. Namun, kedudukan minoriti Islamic Groups dalam MPP telah meletakkan BBMN tidak lagi releven. Realiti ini telah membawa pada penubuhan Gerakan Mahasiswa Islam Se-Menanjung (GAMIS) pada sesi akademik 1989/90. GAMIS ditubuhkan oleh Mohd Yusof Abdullah, Presiden PMIUM. Pertimbangan kepemimpinan mahasiswa Islam pada ketika itu cukup unik. Walaupun Islamic Groups gagal menguasai MPP di kampus-kampus utama, namun mereka masih mendominasi PMIUM, ISIUKM, PMUTM, PMIUSM dan mempunyai circle tersendiri di beberapa kampus kecil. Demografi di atas ini adalah suatu kekuatan (strenght) dan peluang (opportunity) bagi Islamic Groups demi menggarapkan semula gelombang perubahan walaupun BBMN tidak releven lagi.

Para muktamirin-muktamirat yang saya kasihi,

Demikianlah kuasa mahasiswa, kuasa anak muda yang bisa menggoncangkan bukit-bukau dan mencipta gelombang perubahan dalam memimpin minda rakyat. Namun, saya ingin menegaskan supaya tiada guna kita terus nostalgic dengan sejarah, sedangkan kita masih tercari-cari arah. Ingatlah :

”Bukan seorang pemuda yang begitu asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku”.

Kita telah disajikan betapa golongan pemuda yang menjadi tulang belakang paling ampuh dalam 23 tahun perjuangan Rasul menegakkan Islam. Kita juga telah acapkali didodoikan dengan kisah pembukaan Kota Constantinopel oleh anak muda 23 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh. Namun, kenapakah kita dan gerakan kita terus dilihat bergerak secara bermusim dan “sekejap ada sekejap tiada” ? Kelesuan gerakan mahasiswa Islam hari ini dalam memaksimakan peranan sebagai jurubicara ummah berbekalkan modal intelektual yang mahal amat dikesali pelbagai pihak yang meletakkan high-expectation kepada kita, khususnya apabila memasuki era baru pasca ‘tsunami’ politik Malaysia pada 8 Mac 2008. Hampir setiap hari, bahkan kurang dari 24 jam sahaja, akan berlaku pelbagai gempa pergolakan politik-sosial-ekonomi Malaysia yang menuntut kita dan GAMIS bangkit menyatakan pendirian. Namun harapan rakyat untuk melihat aksi itu terus tidak kesampaian. Mengapa ?

Adakah kita masih menuding jari pada kekangan-kekangan musuh atas nama AUKU sebagai punca kelesuan kita? Atau tarbiyah dan sistem pembinaan jatidiri kita yang selama ini gagal memberi jawapan kepada gejala kelesuan ini?

AYUH MENUJU WAHDAH MENGEMBALIKAN IZZAH GAMIS !

Adik-beradik keluarga GAMIS yang saya cintai kerana Allah,

Sang pujangga Iqbal pernah bersajak,

“Walaupun satu keluarga kami tidak mengenal,

Himpunlah daun-daun yang berhamburan ini,

Hidupkanlah ajaran saling mencintai,

Ajar lagi kami berkhidmat seperti dahulu”

Secara praktikalnya, GAMIS, walaupun dianggap “keluarga” gerakan-gerakan mahasiswa Islam kampus, ia belum mencapai “wahdah” yang kita kehendaki. Bahkan, kita seolah-olah terperangkap dalam sangkar kampus, atau blok kenegerian, atau mungkin saya boleh sifatkan kita terikat dengan pembentukan tarbiah di kampus masing-masing. Ya, kita menghormati dan memahami setiap kampus memiliki identiti tarbiah dan upaya kualiti yang tersendiri, namun sekiranya kekuatan dan keunikan ‘domestik’ itu tidak mampu kita himpunkan bersama, lalu kita hapuskan “blok kampus” yang banyak memerangkap kita selama ini, maka percayalah anda dan GAMIS akan terus lesu dan terkebelakang. Sesungguhnya, natijah daripada kesatuan yang wujud dengan telus, saksikanlah kasih sayang dan ukhuwah Islamiah sesama kita pasti terserlah, walaupun kita berjauhan geografi dan berbeza kekuatan. Kepimpinan GAMIS tidak mahu lagi melihat kampus terus sibuk hanya urusan kampusnya, negeri dengan negerinya, sebaliknya kita inginkan lihat SATU dan KESATUAN dalam melahirkan gerakan yang lebih cergas lagi lugas.

Seolah-olah, semuanya adalah GAMIS. Ya, seolah-olah semuanya GAMIS. Bedanya, kita berada di kampus yang berlainan sehingga menuntut kita memainkan aksi berdasarkan realiti tempat dan suasana kita. Namun, pemikiran, keinginan, keazaman, kasih sayang, semangat bahu-membahu, semangat ukhuwah, daya eksistensi, idealisme, semuanya adalah satu, ibarat anak-anak panah yang berada dalam satu busur, namun dilepaskan ke sasaran yang berlainan.

Tidak akan kuat melainkan melalui kesatuan. Nah, kalian saksikan bagaimana kawasan Amerika Utara, Tengah dan Selatan yang bernaung di bawah NAFTA, kesatuan Negara-negara Pasifik dalam APEC dan Negara-negara Eropah dalam EU, maka kita mesti bersatu dalam GAMIS. Sekiranya kita masih lagi mengamalkan budaya acuh tak acuh tentang nilai ukhuwah dan sense of belongings, sikap tidak concern dan malas mengambil berat berkenaan kampus lain, maka dibimbangi gerakan Islam GAMIS tetap statik dalam suasana kejumudan dan kebekuan.

Justeru, bagi menjayakan misi besar GAMIS akan datang ke arah “Menuju Wahdah Mengembalikan Izzah” yang hilang, saya ingin rumuskan 7 paksi utama iaitu :

1. Laksanakan “Orde Baru” Tarbiyah
2. Agresifkan Dakwah Sebagai “Movement”, Bukan Sekadar Program
3. Tajamkan Agenda Siasah Untuk Lahirkan “Future Leader”
4. Menjuarai Isu-isu Kewanitaan Secara Tepat di Arus Perdana
5. Tingkatkan Daya Intelektual Aktivis
6. Terapkan Budaya Kerja GAMIS
7. Hidupkan GAMIS Negeri

PAKSI PERTAMA : LAKSANAKAN “ORDE BARU” TARBIAH

Wahai jiwa yang membara-bara demi menegakkan tertegaknya daulah Islamiah,

Telah lama GAMIS melaungkan gagasan tarbiah kepemimpinan yang dinamika, percambahan kaderisasi yang produktif, pembinaan karismatik minda dan keupayaan praktikal. Telah lama GAMIS gagaskan pembangunan infrastruktur daya kepemimpinan yang sofistikated dan canggih-manggih dalam mencabar dunia ultra-moden yang sarat dengan simpang-siurnya yang tersendiri. Ia bukannya retorika fatamorgana atau bahasa propaganda yang kosong lagi kontang. Inilah asas yang diletakkan oleh kepimpinan GAMIS kali ini apabila bertekad untuk melakukan “down to earth” kepada 70 buah kampus GAMIS melalui Ijtimak-ijtimak Zon yang telah diadakan.

Tidak melampau jika saya katakan bahawa kita mahukan peremajaan tarbiah, yang tidak terikat dengan kepegunan warisan tanpa penilaian semasa dan waqi’i. Kita umpamakan tarbiah sebagai peneguh terlazim menyeluruh yang mampu mencetuskan al-yaqazah al-ruhiyyah (kesedaran rohani) kalangan ahli dalam memangkin pembentukan Order Baru GAMIS. Kita tidak mahu tarbiyyah yang kita jana tidak subur dek kerana kita tidak punya keprihatinan dalam mengembalikan nutrien berkhasiat yang mampu meransang kembali pertumbuhan kualiti dan kuantiti ahli-ahli JIK.

Ayuh semua kita bajakan kembali tanah ini. Kita perlukan mekanik-mekanik tarbiah yang berkemahiran tinggi dan punya hati yang bernyala-nyala dan tidak kering dengan keindahan akhlak serta ketinggian budi pekerti juga kemolekan ilmu. Kita inginkan penggerak-penggerak tarbiah yang berselera dan ghairah menjadikan agenda jihad dan pemerkasaan terlekat dalam hati mereka.

Wahai sekalian pencinta tertegaknya Negara Islam,

Apakah kalian lupa bagaimana ‘Asim bin Amru bersama-sama 600 orang tentera yang menyeberangi Sungai Dajlah dengan kuda-kuda mereka dalam menakluk Istana Putih Parsi sehingga musuh menganggap mereka jin bukannya manusia. Apakah kalian lupa al-‘Ala’ bin al-Khadrami yang turut menyeberangi lautan Bahrain hanya dengan kuda? Apakah kalian lupa peristiwa batalion malaikat terbaik yang turun membantu tentera Badar? Semua mereka mendapat pertolongan daripada Allah kerana hati mereka bersih, sebersih salju yang turun berguguran. Mereka berjuang untuk Islam dan dalam masa yang sama mereka menjaga hati dan ibadat mereka, seolah-olah merekalah singa di siang hari dan abid yang soleh di malamnya.

Mulut mereka terkumat-kamit dan senantiasa basah dengan bacaan al-Quran dan zikir yang tidak putus-putus. Jiwa mereka sentiasa terang dengan semangat mujahadah dan muhasabah sehingga menerbitkan kesedaran jiwa dan pencerahan hati. Kalangan mereka, ada yang mengerjakan solat Isya’ dua jam lamanya. Kalangan mereka tenggelam dan lemas dalam tangisan sehingga orang menyangka mereka hilang akal pemikiran. Kalangan mereka menjadikan al-Quran sebagai sahabat mereka sehingga mereka boleh resah jika berjauhan dengan al-Quran.

Wahai sekalian perindu negeri akhirat, kita tegaskan, GAMIS bukan sahaja gerakan politik yang tenggelam dalam dunia idealisme dan aktivisme, bahkan GAMIS menyediakan pemimpin gerakan dan negarawan masa depan yang meletakkan Allah dalam hati, sentiasa bertaubat, sentiasa merendah diri, banyak dan khusyu’ beribadat, sentiasa berasa tidak puas dengan zikir yang diungkapkan, malah tenggelam, tenggelam dan hanyut dalam keasyikan bercinta dengan Sang Pencipta.

Sehubungan dengan itu, pemerkasaan tarbiah dalaman ahli itu paling kita utamakan, sebelum kita memukau orang lain untuk menyertai perjuangan kita dengan hati yang khalis dan keinginan yang hanya untuk Allah yang Maha Perkasa. Maka saya menyeru di kesempatan yang ada ini supaya kita semua menyemai perasaan zuhud dalam diri yang menyebabkan kita tidak melihat kepada keduniaan, perasaan tawadhu’ yang menjauhkan kita daripada perasaan egoistik, qanaah dengan bercukup pada apa yang ada dengan penuh keredhaan dan kesyukuran, khusyu’ dan khudhu’ dalam menunaikan segala perintah Allah dengan saksama, amanah dalam melaksanakan segala tugasan yang diberikan, siddiq dalam percakapan, tabligh dalam menyebarkan kebenaran tanpa perasaan gentar serta bijaksana dalam mengembangkan sayap Islam ke merata alam.

PAKSI KEDUA : AGRESIFKAN DAKWAH SEBAGAI “MOVEMENT”

Para soldadu Islam yang berani,

Dakwah yang kita maksudkan adalah menarik masyarakat Islam masa sekarang yang kian gersang dengan mata air Islam kepada dunia Islam yang sebenar. Perjuangan untuk memindahkan manusia daripada satu dimensi kehidupan kepada satu dimensi kehidupan yang lebih baik menuntut kepada kesungguhan dan komitmen yang tinggi dan upaya yang berterusan tanpa rasa lemah dan mudah berputus asa.

GAMIS mengimpikan al-sahwah al-fikriyyah yang tercerna melalui kesungguhan gerak kerja ahli-ahli GAMIS di semua kampus. Kita ingin tegaskan bahawa kita mahu menyahkan fenomena budaya acuh tak acuh dengan gerak kerja dakwah. Kita tidak mahu ahli GAMIS rentung dalam dunia retorika yang hanya melaung tetapi tidak bertindak, bercakap tetapi tidak beraksi, mengkritik tetapi tidak konstruktif. Dakwah bukannya kata-kata keramat yang ada kuasa tersendiri, sebaliknya dakwah adalah praktikal, kerja, dan lebih banyak “memberi” dari “menerima”. Tiada guna dakwah jika tahu tetapi tidak mahu melaksana. Tiada guna juga mahu tetapi tidak mampu bertahan dengan karenah mad’u.

GAMIS mahu mengintegrasikan antara idealisme dengan aktivisme. Kita tidak mahu ahli-ahli GAMIS mandul upaya dan eksistensi dalam melestarikan renstra (rencana-rencana strategik) yang munazzamah dan al-nahdah al-harakiyah (kebangkitan yang dirasai oleh orang lain, bukan “syok sendiri”). Kebejatan sosial, budaya kuning yang kian menular, meluasnya penderhakaan, mampatnya hiburan, rosaknya pemikiran, semuanya saya tegaskan merupakan perancangan dan konspirasi musuh Islam dalam melembapkan bahkan menghapuskan umat Islam dari mukabumi. Mereka tidak kisah sekiranya kita tidak mengikut agama mereka asalkan kita mengikut budaya dan pemikiran mereka sehinggalah ke lubang biawak sekalipun. Ambillah pengajaran daripada kejadian makhluk kecil seperti serangga perosak tanaman kobis plutella yang sehingga hari ini tidak ada racun yang mampu melenyapkan serangga itu disebabkan perubahan demi perubahan selepas ancaman racun yang dikenakan padanya.

PAKSI KETIGA : TAJAMKAN AGENDA SIASAH UNTUK MELAHIRKAN FUTURE LEADER

Wahai para pencinta keadilan,

Saya ingin tegaskan bahawa GAMIS mesti memperjuangkan politik nilai (value political movement) dan kuasa moral (moral force) yang merentasi politik kekuasaan (power political movement), dalam menjana satu biah yang solehah. GAMIS mesti bergerak sebagai satu gerakan yang bertindak untuk memperbetulkan nilai sosial yang kian songsang melalui gagasan social engineering. Sebab itulah kita tidak pernah gentar untuk memberikan teguran bukan sahaja kepada kerajaan malah parti pembangkang itu sendiri. Budaya nilai, bukan budaya kekuasaan. Budaya nilai adalah budaya yang telus lagi mulus. Budaya perjuangan nilai tidak terperangkap dengan budaya memperjuangkan kekuasaan sebagaimana yang berlaku dalam kancah dunia politik. Nah, saya tegaskan! GAMIS mesti bebas daripada rantaian kepartian. GAMIS mesti kaya dengan pandangan tersendiri dan miliki kredibiliti yang sukar digugah dan digugat. Atas dasar menggalas sumpah bahawa “ agama itu nasihat” kepada sesiapa sahaja, GAMIS mesti berani untuk memberikan teguran tanpa berselindung kepada mana-mana pihak dengan kita jelas memahami satu perkara yang tidak perlu saya terangkan secara jelas di sini, bahawa kita sudah punya bai’ah, namun manifesto dan terjemahan bai’ah itu tidak perlu kita zahirkan demi kebaikan yang merata.

PAKSI KEEMPAT : MENJUARA ISU-ISU KEWANITAAN SECARA TEPAT DI ARUS PERDANA

Kekuatan kuantiti yang dimiliki muslimat sekarang menyaksikan muslimat memegang peranan sangat penting dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan GAMIS. Oleh itu, HELWANI GAMIS yang mewakili “womens’ wing” di dalam GAMIS harus tetap lurus dengan perjuangan asasinya atau ‘basic job’ iaitu; menggerakkan semua muslimat untuk bersama-sama membantu menjayakan agenda perjuangan GAMIS melalui segenap cara di samping menjuarai isu-isu yang berkaitan wanita.

Agenda pemerkasaan HELWANI akan datang harus terlebih dahulu menganalisa masalah utama yang melanda masyarakat. Kedudukan Malaysia yang sedang pesat membangun dan sedang membina nama di persada dunia menyaksikan rakyatnya didominasi oleh dua golongan iaitu golongan sederhana atau ‘middle class’ di bandar-bandar dan pinggir bandar - yang berpendidikan dan terdedah kepada isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara - dan berpendapatan sederhana. Golongan kedua yang juga besar kuantitinya adalah golongan luar bandar. Negara sekarang sedang berhadapan dengan ketidakstabilan yang sedikit sebanyak menyaksikan rakyat terhambat di dalam kekeliruan dan keserabutan dunia politik dan ekonomi yang tidak menentu. Akhirnya ada sesetengah daripadanya menjadi taksub membabi buta atau liberal keterlaluan di dalam menilai sesuatu isu atau masalah. Hasil daripada mentaliti yang keliru ini akan menatijahkan banyak tindakan-tindakan yang tidak tepat.

Maka adalah diharap HELWANI GAMIS di dalam rangka awalnya mengorak langkah maju ke hadapan tidak sama terjebak di dalam kekeliruan dan keserabutan berfikir masyarakat sekarang. Agenda membetul dan meluruskan mentaliti dan fahaman muslimat sangat penting agar respon dan tindak balas yang diberikan terhadap apa sahaja permasalahan ummah adalah tepat dan relevan.

Pemerkasaan muslimat tidak terhenti setakat itu sahaja, HELWANI GAMIS juga diharap menggerakkan muslimat melalui apa sahaja wadah untuk mengembalikan muslimat ke dalam arus perdana dunia. Perjuangan dunia Islam kini menuntut kita sentiasa maju dan peka dengan setiap isu berkait akademik, isu ekonomi, isu politik, isu sosial, isu alam sekitar, isu antarabangsa dan domestik. “Berada di bawah gelas kaca” tidak boleh terus menerus dijadikan budaya di dalam jamaah ini. Jika perubahan mentaliti dan sikap ini dapat dijayakan, muslimat akhirnya diharap dapat menyumbang seoptimum mungkin melalui pelbagai channel ke arah kecemerlangan ummah, lantas menyelesaikan masalah keciciran golongan muda dari arus perdana yang hanyut dalam hiburan keterlaluan dan hal remeh-temeh.

Di samping meneruskan perjuangan muslimat yang punya kelainan dan keunikannya yang tersendiri, muslimat GAMIS mestilah tetap terus dengan kebersamaannya bersama muslimin di dalam menjayakan pelbagai agenda bersama. Prestasi cemerlang yang dipamerkan muslimat dalam pelbagai lapangan adalah aset penting untuk melahirkan ummah yang lebih berdaya saing akan datang.

PAKSI KELIMA : TINGKATKAN DAYA KEINTELEKTUALAN AKTIVIS

Era tahun 90-an menyaksikan zaman kejatuhan gerakan mahasiswa Islam sesudah ia mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 80-an. Entah di mana silapnya, gerakan mahasiswa Islam hari ini seperti kehilangan arah. Tiada pemikiran terbuka, tidak kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapaknya yang terdahulu. Adakah kerana kemalasan untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujah juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa oleh mahasiswa Islam tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan oleh mahasiswa Islam tentulah cetek dan tidak mendalam (sharp). Bahkan, kebanyakan mahasiswa Islam lebih cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu “kulit” seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu “isi” yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik oleh mahasiswa Islam.

Teman – teman sepejuanganku dunia akhirat,


Realitinya, gerakan mahasiswa Islam hari ini gagal untuk pergi lebih jauh dari perjuangan “politik simbol” dan yang bersifat “kulit” ini berbanding falsafah atau isi Islam itu sendiri di dalam kerangka perjuangannya. Kerana itu perjuangan persatuan-persatuan mahasiswa Islam (PMI) cenderung menjadi “eksklusif” dan hanya merangkumi mahasiswa Melayu-Islam sahaja sedangkan realiti di dalam kampus universiti (dan juga negara Malaysia) terdapat pelbagai kelompok lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Serani, Orang Asli dan sebagainya yang juga merupakan kelompok yang harus dirangkumkan di dalam gagasan perjuangan PMI yang lebih bersifat “inklusif” . Kita harus ingat selalu, orang Islam di negara ini hanya 54% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia!. Kegagalan untuk aktivis mahasiswa Islam mengemukakan pemikiran dan gagasan-gagasan perjuangan yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang plural, kelemahan mengartikulasi isu-isu isi dengan baik dan kecenderungan untuk membawa isu-isu moral dan kulit serta obsesi berlebih-lebihan terhadap ritual dan simbol agama adalah antara faktor-faktor kenapa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin terpinggir dan menjauh dari masyarakat mahasiswa yang lain. Kejatuhan kelompok mahasiswa Islam ini tidak akan berhenti, malah semakin lama ia akan semakin jatuh dan tidak akan naik-naik lagi kecuali beberapa perubahan radikal berlaku di tahap pemikiran dan gagasannya

PAKSI KEENAM : TERAPKAN BUDAYA KERJA GAMIS

Dalam proses menggilap potensi ahli bagi melahirkan world-class leaders, maka saya menyeru seluruh saf pimpinan kampus untuk meningkatkan takat keilmuan dan kadar thaqafah dengan membudayakan tradisi membaca bahan-bahan yang berat sifatnya, mewacanakan pemikiran-pemikiran dan isu-isu semasa dalam mempertajamkan sudut pandang politik, menghidupkan budaya brainstorming yang berterusan, berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berpandangan jauh di samping cuba semampu mungkin untuk menguasai maklumat-maklumat antarabangsa. Read to lead, hapuskan culture of inferiority complex, diskusikan tokoh-tokoh, wacanakan pemikiran dan upaya berfikir di luar batasan sempadan kebiasaan, lateral bukannya vertikel, luas bukannya sempit, mencair bukannya membeku. Jangan sesekali kita terperangkap dengan himpitan information super highway tanpa kita sendiri tidak membudayakan amalan mengkaji dan menyelidik.

Budayakan aksi, bukannya budayakan retorika percakapan. Cukuplah selama ini kita dengan perjuangan air liur, kita mahukan tindakan yang menceritakan siapakah kita. Kita tidak mahukan ahli yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak memberikan cadangan yang prolifik. Kita tidak mahu gerakan kita ditegakkan dengan bahasa mulut semata-mata bahkan kita mahukan ia tertegak melalui bahasa tindakan, praktikal dan juga jihad. Namun kita tidak menafikan al-ihatah al-nazariyyah (pencermatan teori) dalam meneguhkan tindakan. Kita yang ingin memimpin politik negara (initiator), bukannya kita terikut-ikut (reactor) dengan politik negara. Mahasiswa yang sepatutnya mencipta dan menggores suasana, bukannya mahasiswa yang terikut-ikut dengan suasana.

Maka teladanilah ashab Yaa Siin yang rela tubuhnya dicincang-cincang demi mempertahankan kebenaran. Contohilah ashab al-kahfi yang merempuh kebatilan walau dihimpit konspirasi terancang. Telitilah perjuangan ghulam al-dakwah yang tidak kering dengan semangat dakwah dan keberanian yang kental dalam mentalqinkan ashab al-ukhdud. Jadilah seperti golongan ashab al-yamin yang menampilkan cerminan Islamik yang tulen.

Ahli GAMIS juga perlu mengamalkan budaya pantas bertindak, tangkas berfikir, on-call, cepat refleksi, responsif, berdisiplin, tidak banyak alasan, mencari kerja untuk Islam bukannya melarikan diri, rasa ghairah dan sangat berselera untuk memuliakan ummah dan melonjakkan Islam ke tempat asalnya, sentiasa resah mengenangkan nasib Islam yang kian tandus dalam kekejaman musuh yang membenci kemurnian Islam. Saya teringat bagaimana Sa’id Hawwa menceritakan perihal gurunya yang sentiasa bergerak untuk memastikan kebaikan buat Islam seolah-olah Islam merupakan kambing yang akan disembelih.

Ahli GAMIS mesti berani. Ahli GAMIS mesti jangan bersikap bacul, pengecut dan penakut. Ahli GAMIS mesti sedia berkorban. Disebabkan itulah kita ingin menyeru kepada seluruh ahli GAMIS untuk melepaskan diri daripada menjadi mangsa himpitan globalisasi yang kian mengekang. Apa mungkin kita boleh bergerak selaju cahaya jika kita sendiri mengkapankan pemikiran kita dalam dunia kejumudan! Apa mungkin kita mampu mensinergikan gerakan yang lebih energetik jika kita masih berada dalam kepompong lama tidak mahu berubah! Apakah mungkin kita mampu memberikan satu sinar harapan yang baru buat ummah sedangkan pemikiran kita masih berada pada tahun 2000 dan jasad kita berada dalam tahun 2008! Apakah mungkin kita mampu mengejutkan kesedaran kita yang masih tertidur nyenyak dibuai mimpi indah sedangkan kita takut melawan sejarah dan warisan!

Ahli gerakan Islam yang saya cintai,

Bergerak dan terus bergerak. Jangan jadi seperti air yang bertakung sebaliknya mengalirlah sebagaimana seruan al-Syafei. Singa akan terus kelaparan jika ia tidak keluar daripada guanya. Panah tidak akan mengena sasaran jika masih berada dalam busurnya. Think globally, act locally. Jasad berada di kampus, tapi pemikiran seluas negara. Jadilah champion dalam domestik kita dalam mempamerkan keizzahan mahasiswa Islam sehingga memukau seluruh lensa. Sehubungan dengan itulah kita menyeru seluruh ahli kampus untuk mengimplementasikan campus development secara vertikel dan horizontal bukan sekadar konseptual yang terawang-awangan.

PAKSI KETUJUH : PERKASAKAN GAMIS “NEGERI”

Dalam memperkasakan GAMIS secara holistik di seluruh negeri, maka kepimpinan GAMIS melakukan satu transformasi yang bersepadu dengan menghapuskan sistem zon kepada sistem negeri. Perkara ini berdasarkan kepada beberapa tujuan seperti mengatasi masalah ketempangan mutu kepemimpinan kampus, menangani kerapuhan generasi pelapis pimpinan negara yang kian kronik dan membarah, memperkasa wahdah, meneguhkan istiqamah, serta membentuk sofwah al-mukhtarah yang punya abjadiyyat al-khutuwwat dan al-ma’rifah al-maydaniyah yang terpimpin selain mengikis kegersangan ahli daripada igauan idealisme dan kerapuhan eksistensi selaku jurubicara ummah.

Dalam menjayakan agenda bertindak yang jauh daripada omongan kosong ini, kita telah mengadakan program-program untuk pimpinan tertinggi kampus melalui blok zon. Kita cuba sedaya upaya untuk membentuk ketrampilan intelektual melalui wacana-wacana yang bersifat berat dan berjiwa, mencorak kekuatan berfikir melalui slot asak minda dan brainstorming yang mana semuanya bertujuan untuk membentuk kepimpinan yang berdaya dan bernafas segar.

Kita cukup mengerti bahawa terdapat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mengongkong pemikiran, menjajah keberanian dan emansipasi gerakan melalui racun-racun ideologi berbisa. Namun peremajaan inteligensia dan keampuhan intelektual hasil refleksi keimanan telah bangkit untuk menentang segala usaha pengekangan itu daripada terus berakar umbi dan membekukan kita.

Biarkan saya menyatakan impian saya…

Kita mahukan GAMIS negeri yang tidak mandul teori dan praktikal…

Kita mahukan GAMIS negeri yang tidak kering dengan aksi yang memukau lensa…

Kita mahukan GAMIS negeri yang berani melawan ketakdiran sejarah…

Kita mahukan GAMIS negeri yang mampu menjadi mekanik kepada usaha-usaha tarbiah, siasah, dan dakwah…

Kita mahukan GAMIS negeri yang tidak membeku dalam warisan silam…

Kita mahukan GAMIS negeri yang mampu mempamerkan visual Islamik yang kontemporari…

Seolah-olah, GAMIS seluruh Malaysia sama rentaknya, sama kuatnya, sama teguh dan utuhnya, ibarat mendayung perahu menongkah samudera yang kacau ombaknya, jika patah pendayung, dengan tangan kita sama-sama tongkahkan jua. Ketika itulah, kita akan sama-sama mengepal tangan ke angkasa melaungkan impian kita, bahawa kita mahukan ahli GAMIS yang soleh lagi muslih, bahawa kita mahukan jamaah kampus yang berdaya dan bernyawa, bahawa kita inginkan GAMIS yang akan membuka satu lanskap renaissanse yang baru dalam perjuangan menegakkan Islam agar subur buahnya, menyediakan seramai mungkin bakat kepemimpinan yang bukan calang-calang kepada gerakan Islam dan negara, dan kita tidak teragak-agak untuk menyatakan hasrat terakhir kita, bahawa kitalah kelak yang akan menjadi batu-bata tertegaknya negara Islam yang berdaulat disegani kawan digeruni lawan.

BERSAMA MEMBINA WAWASAN “20 TAHUN KEDUA” GAMIS

“Cara terbaik meramal masa depan adalah dengan mencipta masa depan.” – Peter Drucker

GAMIS semakin mencecah usia mudanya 20 tahun. Dalam memercikkan api perubahan usia ini, GAMIS telah meletakkan visi utama ke arah melahirkan pimpinan dan negarawan yang bertaraf dunia yang kita rangkumkan dalam lenggok bahasanya iaitu “producing world-class leaders”. Kita telah meletakkan wawasan terutama dalam memangkin realiti al-nahdhah al-harakiyyah al-qawiyyah yang berpaksikan keimanan mendalam, keikhlasan mendasar, semangat meluap-luap dan amal yang berterusan.

World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang berfikir seperti mana negarawan yang melihat daripada skop yang lebih luas dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang turun ke lapangan ummah (down to earth) untuk melihat jerih-perih masyarakat dan mengesat air mata rakyat. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang punya nilai integriti dan interpersonal yang mempesonakan. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang punya nilai keilmuan dan estetika thaqafah yang mendalam dan meluas. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang memadukan antara igauan fantasi dan aksi realiti. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang memikirkan secara serius perihal pembentukan daulah Islamiah. World-class leaders yang kita maksudkan ialah sebagaimana yang disimpulkan oleh Anis Baswedan iaitu seseorang tidak dilahirkan untuk negerinya sahaja bahkan dilahirkan untuk dunia. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang boleh memimpin bukan ahli yang dipimpin. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang profesional dan berkemampuan luar biasa. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang berusaha membebaskan manusia daripada azab neraka menuju pencerahan syurga, ingin merasai kedinginan air telaga al-kauthar suapan tangan Rasul yang tercinta dan mencari keredhaan dan maghfirah Allah.

Sidang muktamirin muktamirat yang dikasihi,

Dalam menjayakan usaha untuk melahirkan kepemimpinan bertaraf dunia, maka seyogia dengan itu saya menyeru seluruh akar umbi kepimpinan kampus untuk serius dalam usaha mengupayakan kekentalan tarbiah, mengocakkan kesedaran siasah sehingga kita mampu berpencak bukan sahaja di kampus malah di lapangan ummah yang lebih nasional sifatnya dan menggerakkan enjin dakwah dan kebajikan sepenuh jiwa dan kemampuan kita secara lebih komprehensif sehingga tegarnya Islam di muka bumi Allah yang kita sayangi ini. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari sekalian akan tiga peranan kita yang ditegaskan oleh al-Raghib al-Asfahani bahawa kita merupakan hamba Allah yang hanya menyembah Allah dan tidak akan mensyirikkan-Nya dengan sebarang ideologi, khalifah yang menggantikan nubuwwah dalam menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya sebagaimana takrifan al-Mawardi dan kita akan memakmurkan bumi Allah ini dengan merumputkan Islam itu sendiri dirasai oleh setiap jiwa yang bernyawa.

Tarbiah yang kita maksudkan adalah tarbiah melahirkan pakar yang professional dan master dalam bidang masing-masing. Siasah yang kita perlukan ialah kita yang menguasai dan membimbing masyarakat ke arah mencari keredhaan Allah. Manakala dakwah yang kita ertikan ialah menjaga kebajikan setiap orang yang memerlukan dan memasukkan nilai-nilai Islam ke dalam dada mereka sehingga mereka berkeyakinan bahawa Islamlah matlamat akhir hidup mereka.

Kita mahukan semua ahli gerakan kampus ada inisiatif menggerakkan GAMIS, bukan hanya individu-individu tertinggi kepimpinan PMI sahaja. Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk memaksa kebatilan menuju jalan mati dan kita akan melaungkan ‘shahmat’ (check-mate) terhadap mereka. Kita mahukan pecahkan budaya lama yang bersifat ortodoks dan pimitif. Perubahan, ya, perubahan. Perubahan, ya, demi perubahan. Perubahan, ya, untuk perubahan.

Kita mahu suatu hari nanti GAMIS akan berjaya menyatukan diri dengan seluruh gerakan-gerakan mahasiswa Islam di Asia khususnya untuk bangkit memimpin dunia dengan acuan Islam yang sebenar. Saya sudahi ucapan saya dengan memetik kata-kata Roger Graudy “ bersikap setia kepada nenek moyang kita (tradisi) bukan bererti mengekalkan abu daripada bara yang ditinggalkan tetapi ialah untuk menyemarakkan obor yang baru.”

Saya mengharapkan agar muktamar ini akan menjadi titik permulaan kepada GAMIS melakar sejarah lebih besar khususnya dalam suasana baru politik Malaysia saat ini.

Allahu Akbar !!!

MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR,

Presiden,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

2007-2008

SALAM ALAIKA YA RASULULLAH...

Layakkah aku jadi ummatmu? Persoalan ini seringkali menghantui aku. Apakah aku layak untuk berdampingan denganmu? Apakah boleh aku menatap wajahmu di syurga kelak? Atau aku hanya menjadi bahan untuk menyalakan api neraka. Ya Rasul, aku sungguh-sungguh berasa takut.

Seringkali dadaku berasa sesak bila mengingatinya.

Aduhai kekasih Allah, dalam ribuan umat yang mencintaimu, apakah engkau akan memegang tanganku yang penuh dengan kekotoran ini? Aku bimbang sekali, jika kelak bukan sahaja tanganku, malah wajahku sendiri pun engkau meluat untuk melihatnya.

Aku tidak menafikan, betapa aku umatmu yang dina dan banyak dengan kantung dosa. Engkau orang yang mulia, sedangkan aku orang yang hina. Aku sedar, hanya mulutku berbicara menyatakan cinta, tapi perbuatan aku jauh sama sekali.

Aku juga bukannya benar-benar berjihad menyebarkan dan memperkukuhkan agama ini. Aku bukan benar-benar mengingatimu dalam erti kata sebenar. Aku bukannya kaki ibadah yang sentiasa melazimi zikir dan istighfar. Aku bukannya orang yang sentiasa menatap dan mentadabbur makna dan isi kandungan al-Quran.

Kata periwayat, jalan hidupmu merupakan suri taulan yang mulia. Tiap inci langkahmu diikuti. Hatta air luirmu sekalipun menjadi rebutan untuk disapu ke muka dan tubuh. Orang mengatakan, wajahmu berseri-seri bak bulan purnama, tutur katamu lembut menawan. Aduhai, hatiku jadi rawan bila mengingati mu.

Ya Rasulullah,

Saban hari aku cuba belajar untuk mencintai mu dengan senantiasa berselawat kepadamu. Aku cuba untuk mengikuti setiap bait-bait pesanan yang kau tinggalkan dalam sunnahmu walaupun sedikit sekali.

Namun, aku masih gagal ya Rasulullah. Gagal dalam membendung diri dari melakukan maksiat terutama maksiat hati dan gagal menghalang maksiat yang berlaku di hadapanku.

Aku takut ya Rasulullah. Bagaimana untuk aku melahirkan pejuang-pejuang Islam dari kantung rahimku kelak sedang aku saban hari hari bermandikan maksiat.

Kadangkala, serasa ingin aku lari dari kehidupan dunia ini. Ku tahan ya Rasulullah setiap kali berdepan dengan godaan syaitan dan nafsu yang buas dan menggila.

Rasulullah yang aku rindui...

Tolonglah doakan hambamu ini agar aku jadi mukminah yang solehah, permata untuk Islam. Thabat dalam perjungan islam yang tercinta ini. Aku kepingin sekali untuk jadi wanita yang cekal dan tabah, punya ketauhidan yang tinggi seperti khadijah, aisyah, khaulah dan semua perempuan yang dalam ada hidupmu.

Walaupun aku seorang perempuan, namun aku beharap moga satu hari nanti aku diizinkan untuk mengucup tanganmu laksana seorang anak dengan ayahnya di syurga kelak. amin..

Satu hari seorang adik menangis teresak-esak berjumpa saya.

"Kak, boleh tak kalau kita ambil akak jadi kakak ipar kita. Tolonglah kak, kita kesian tengok abang kita." Luahnya.

"Baru ni kita buka frienster kak min, bakal kakak ipar kita. kita tengok gambar dia teruk sangat kak. Dia dah tak macam dulu, macam masa kita kat sekolah maahad dulu kak. Mak abah tak tahu lagi ni. Kalau mak dengan abah tahu saya yakin tentu diorang suruh abang putuskan hubungan. Abang juga mesti kena rotan teruk." sambungnya lagi.

Bukan tidak terdetik perasaan kasihan di hati adik itu, lantaran sudah berapa kali isu yang sama di luahkan kepada saya. Namun, permintaan tersebut terlalu tinggi amat untuk orang yang sangat dhaif, tidak memiliki apa-apa untuk beri apa-apa seperti saya berbanding abangnya. Maafkan akak adik..

Sebagai senior di tingkatan 4 di sekolah dulu sememangnya saya amat mengenali abang kepada adik sal memandangkan dia merupakan antara barisan pimpinan sekolah yang hebat. Ditambah lagi dengan sttus wara' dan thiqah (kata kawan-kawan saya) menjadikan abang sal seorang yang amat di segani dalam era persekolahan kami di maahad.

Tempohari seorang teman lama saya di Malaysia menggesa saya mengaktifkan semula akaun frienster saya yang telah saya lupa passwordnya dengan membuka akaun baru lantaran hampir tiga tahun saya tidak sign in di laman tersebut.

Entah kenapa hati saya terlalu berat. Tidak tahu bagaimana untuk saya untuk meluahkan pada teman baik saya itu.

Alhamdulilah, gejolak hati saya berakhir dengan penemuan artikel di bawah. Artikel tulisan di bawah saya petik dari blog 'hembusan':

KENAPA SAYA MENINGGALKAN FRIENSTER

Sebab utama saya meninggalkan Friendster adalah demi menjamin kualiti sebuah ikatan persahabatan. Bagi saya, Friendster membuatkan saya kurang menghargai rakan-rakan, sama ada yang dekat atau jauh, yang mengelilingi diri saya. Sejak zaman turunnya Nabi Adam dari syurga, dan sejak manusia buat kali pertama tinggal di atas muka bumi, ikatan persahabatan tidak berfungsi seperti hari ini.

Di zaman mereka, persahabatan bermakna pertemuan dan perpisahan. Kadang-kala perpisahan itu ada pertemuannya sekali-sekala, dan kadang-kala terus lesap macam asap. Persahabatan hari ini, yang dibantu dengan teknologi Friendster menjadikan erti persahabatan itu sebagai sebuah pertemuan (dan sebuah pertemuan), dan tiada perpisahan. Akibatnya, persahabatan menjadi online 24 jam, 7 hari seminggu, walaupun seorang di benua Amerika, dan rakannya itu pula di benua Asia.

Bagi saya perpisahan (atau lama tak jumpa dan tahu khabar) menjadikan saya menghargai rakan-rakan yang ada. Saya dapat merasakan perbezaan ketara apabila bertemu dan berbual di dunia nyata dengan rakan yang ada di dalam senarai Friendster saya berbanding rakan yang tiada Friendster. Borak saya dengan rakan bukan Friendster, yang lama tidak berjumpa, adalah lebih bermutu dan menyeronokkan. Ini memandangkan saya tidak tahu langsung apa-apa tentang perkembangan dirinya. Jadi perbualan akan lebih menarik. Dan inilah dia persahabatan! Kamu bertemu, kamu berpisah, dan kemudian kamu bertemu lagi untuk bersembang hal-hal menarik sepanjang kamu berpisah.

Kalau kamu sudah tahu bahawa rakan kamu sudah berkahwin dan sudah ada anak, dan anda tahu berita gembira ini hanya dengan melihat profil Friendsternya, apakah tidak pelik dan janggal untuk bertanya kepadanya apabila bersua muka di alam nyata, "Eh, engkau dah kahwin ke?" Saya rasa tidak seronok mengetahui berita tentang rakan saya hanya dengan melihat profil dan gambar-gambar yang diletakkan di profil mereka. Memang faedahnya kita akan dapat mengetahui perkembangan terkini sahabat handai, tetapi adakah PERLU bagi kita untuk mengetahui perkembangan mereka pada setiap bulan, atau pada setiap minggu, atau pada setiap hari, atau pada setiap jam? Adakah perlu? Dan adakah ini menjamin kualiti dalam persahabatan?

KUALITI

Saya berpendapat persahabatan begini kurang kualitinya. Saya lebih rela lama tidak berjumpa kawan yang saya ada dan kemudian tiba-tiba berjumpa mereka 10 tahun di akan datang. Ini lebih menarik dan mengujakan. Berjumpa kawan, sama ada yang jauh atau dekat, tiap-tiap hari di Friendster adalah sesuatu yang sangat membosankan. Ada orang berhujah bahawa sebab utama dia menyertai Friendster adalah untuk mencari semula kawan-kawan lama.

Memang betul. Friendster meningkatkan kebarangkalian untuk bertemu semula dengan teman-teman lama. Selalunya, apabila mereka bertemu kembali dengan kawan lama di Friendster, mereka akan berasa sangat-sangat terkejut, terkesima, dan teruja. Ada juga rasa riang di dalamnya. Kemudian mereka saling bertukar-tukar testimonial dan mesej dengan sangat kerap.

Namun, kekerapan ini semakin berkurangan apabila masa semakin menuju ke depan. Testimonial yang pada awalnya saling bertukaran 2 kali sehari, akhirnya bertukar kepada sebulan sekali, dan akhirnya 3 bulan sekali. Dan apabila masa semakin lagi bergerak, testimonial yang pada dulunya memiliki aroma seperti "Eh, bestnya jumpa kau. Apa cerita kau sekarang..bla..bla..bla.. (panjang sangat nak tulis)", akhirnya berubah menjadi "Eh, kau ni memang la. Takkan setakat lalu aje kat profile aku. Alang-alang dah lalu tu, bagi la testimonial".

Di samping itu, perkembangan sahabat lama kita akhirnya tidak lagi diberitahu in-person. Sebaliknya kitalah yang perlu membuka profil mereka untuk mengetahui apa cerita mereka sekarang. Sounds familiar? Percayalah, dengan tidak memiliki Friendster, anda pasti akan menemui sesuatu yang lebih menarik dan mengujakan dalam setiap ikatan persahabatan yang terjalin.

Ketika ibu saya kecil, dia memiliki seorang rakan baik. Namun demikian, mereka berdua telah berpisah. Pada satu hari, kira-kira 40 tahun kemudian, ibu saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita. Wah, rupa-rupanya si pemanggil itu adalah rakan ibu saya sewaktu kecil! Dari mana dia dapat nombor telefon rumah saya, saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi, ada udang di sebalik batu rupanya.

Dia menelefon ibu saya untuk menjemput menghadiri kenduri kahwin anak lelakinya. Anak lelakinya adalah salah seorang anggota kumpulan rap yang sangat terkenal kira-kira 10 tahun dahulu (maaf saya rahsiakan nama kumpulan itu). Sebelum berlakunya kenduri kahwin itu, agak kerap juga ibu saya dan dia berbual di telefon. Selalunya dia yang akan menelefon ibu saya. Tetapi setelah perginya majlis itu, tidak pernah rasanya dia menelefon ibu saya. Apabila kakak saya kahwin pula, ibu saya menjemputnya datang, dan Alhamdulillah, jemputan itu berjaya ditunaikan olehnya.

Dan kemudian mereka berdua berpisah lagi. Sudah jarang menghubungi. Inilah persahabatan. Bertemu dan berpisah. Datang dan pergi.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Maka, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.

KESAN PSIKOLOGI

Kesan psikologi komuniti sosial maya mungkin masih belum kita rasakannya. Setakat pengetahuan saya, masih tiada lagi sebarang kajian ilmiah untuk mengkaji kesan Friendster, MySpace dan sebagainya kepada psikologi manusia. Saya cuma berteori, kesannya hanya dapat kita lihat kira-kira 20 tahun dari sekarang. Friendster adalah sesuatu yang baru dan ia masih lagi dalam proses bertatih. Belum pun lagi mencecah separuh dekad usianya. Friendster semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Semakin ramai orang yang lebih suka bersosial di Friendster dan Yahoo Messenger berbanding di alam nyata. Tidakkah ini berlawanan dengan fitrah manusia?
Kadang-kadang saya berasa aneh apabila melihat gelagat manusia yang begitu asyik melayan rakannya di komputer, sehingga rakan yang ada di sebelahnya dilayan acuh tak acuh (saya juga kadang-kala terjebak dengan perbuatan tak bagus ini).

Pernah sekali saya memasuki bilik rakan saya. Di bilik itu ada 3 orang penghuni. Sebelum saya masuk, saya sangka tiada orang di bilik itu kerana senyap sunyi sungguh. Tiada suara manusia. Jika ada semut bersin, mungkin saya akan mendengar bersinan semut itu. Rupa-rupanya, masing-masing sibuk dengan internet, YM dan Friendster.


Inikah persahabatan yang kita mahukan? Persahabatan yang kurang menghargai sahabat yang ada di sebelah? Saya mahu sembang-sembang dengan mereka pun rasa teragak-agak memandangkan masing-masing sudah hanyut di internet. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk keluar sahaja setelah bertanya satu dua patah soalan yang dijawab secara sambil lewa.

Dari kesan psikologi yang lain, apa akan terjadi kira-kira 20, 30, 40 tahun dari sekarang, apabila banyak profil di Friendster yang menampilkan profil-profil orang yang sudah mati. Saya rasa, sesuatu yang agak depressing apabila melihat satu demi satu rakan-rakan Friendster kita meninggal dunia. Jika anda adalah rakan MySpace kepada mangsa pembunuhan bersenjata yang dilakukan oleh Cho Seung Hui di Virginia Tech, apa yang mungkin anda rasa sekarang?1
MEMBUANG MASA

Masa juga menjadi sebab utama mengapa saya meninggalkan Friendster. Kebanyakkan orang memiliki alasan ini untuk meninggalkan Friendster. Seorang rakan saya, memberitahu bahawa semasa di zaman Friendsternya, secara purata dia menghabiskan 3 jam sehari melayari Friendster. Ya, 3 jam. Oleh kerana sehari ada 24 jam, maka dia menghabiskan 1/8 waktu hariannya di Friendster.

Saya pula dalam 1 jam sehari. Tapi apa yang saya dapat dalam 1 jam melihat profil sekian-sekian orang, yang kadang-kala tiada kaitan langsung dengan diri saya? Saya mungkin tidak mendapat dosa dengan melihatnya (belum tentu lagi), tapi saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang lagha dan tidak ada manfaat, baik bagi kehidupan dunia mahu pun akhirat. Kalau ada manfaat dunia, masih okay lagi, tetapi apabila saya memikirkan tiada langsung manfaat dunia dan akhirat, lebih bagus saya belajar buat roti canai.

Di dalam bab fiqh Islam, ada satu masalah furu' yang bersifat khilaf tentang hukum bermain catur. Para fuqaha berbahagi-bahagi pendapat tentang hukumnya. Pendapat majoriti fuqaha mazhab Hanbali adalah haram bermain catur, dan hukum haram ini adalah hukum paling kuat ataupun rajih di dalam mazhab Hanafi.

Ada juga ulama yang mengelaskan hukum bermain catur sebagai jatuh dalam grey area. Malah ada juga ulama-ulama besar yang mengatakan harus hukum bermain catur. Dalam mazhab Shafi'i pula, hukum bermain catur tidaklah haram, cuma ia tidak digalakkan.


Namun demikian, secara umumnya hukum pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh para fuqaha itu ada melibatkan konsep masa. Ulama-ulama ini bimbang kalau-kalau umat Islam terlalu asyik dan leka bermain catur.

Para ulama adalah golongan manusia yang benar-benar memahami dan menghargai nikmat masa yang Allah kurniakan ke atas kita. Bagi mereka, satu saat yang digunakan secara sia-sia akan membuatkan manusia menangis dan benar-benar menyesal di hari Akhirat nanti.

Bayangkan, bagaimana agaknya kalau para ulama yang mengeluarkan hukum bermain catur itu masih lagi hidup pada hari ini, dan kemudiannya mereka melihat pemuda-pemudi Islam menghabiskan banyak masa mereka di Friendster, MySpace, X-Box, PS3, anime, soap opera, Yahoo Messenger, dan sebagainya? Ini realiti remaja Islam sekarang. Perjuangan Islam memerlukan tenaga orang muda.

Adakah orang muda Islam hari ini mampu melakukan sehebat Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Istanbul (Constantinople) dari cengkaman Empayar Byzantine ketika usianya baru sahaja 21 tahun?

Saya sudah pun melepasi had umur 21 tahun, dan saya masih tidak melakukan sumbangan besar kepada Islam. Adakah anda mampu memecahkan rekod Sultan Muhammad al-Fatih, seperti dengan membebaskan kota Palestin dari rejim Zionis pada usia 20 tahun?

Mungkin itu terlalu besar bagi diri kita. Ibarat mahu mengumpul bintang-bintang di langit. Taqwa kita dan taqwa Sultan Muhammad al-Fatih besar bezanya. Taqwa yang lemah tidak mampu menggentarkan Zionis dan musuh-musuh Islam yang lain. Maka, kita beralih kepada sesuatu yang lebih kecil.

Bolehkah kita pada hari ini, sekurang-kurangnya membaca setengah juzuk Al-Quran setiap hari? Angkat tangan siapa boleh!

Saya tahu, tak ramai yang mampu. Setengah juzuk Al-Quran hanya memerlukan kira-kira 30 minit untuk membacanya. 30 minit terasa seperti 30 jam apabila orang-orang yang berhati kotor membaca Al-Quran. Tetapi kita dengan mudah mampu melayari Friendster sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Aneh bukan?

Mungkin ini ada kaitannya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Einstein. Satu petikan kata-katanya untuk menjelaskan teori relativiti yang kompleks ke dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam ialah:

"Put your hand on a hot stove for a minute, and it seems like an hour. Sit with a pretty girl for an hour, and it seems like a minute. That's relativity."Agaknya pada hari ini, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa umat Islam, tanpa mereka sedari telah memiliki satu rumus paradigma: hot stove = Al-Quran, dan pretty girl = Friendster.


PERUBAHAN

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tentang Friendster. Tidak mengapa. Saya tidak paksa anda untuk meninggalkannya secara serta-merta. Sebab itu artikel ini bertajuk Kempen Menjauhi Friendster, dan bukannya Kempen Memboikot Friendster.

Saya tidak syadid atau keraskan perkara ini kepada anda. Saya hanya syadid pada diri saya sendiri. Saya bimbang kalau-kalau saya ketagih Friendster, maka saya gunakan kaedah cold turkey3 untuk mengatasinya.

Bagaimana saya mampu untuk menghalang manusia dari menyertai komuniti sosial maya ini, sedangkan ia semakin menjadi budaya kehidupan manusia zaman moden? Pada tahun 2006, carian utama di Google adalah Bebo (tangga pertama) dan MySpace (tangga ke-2)4. Bebo juga merupakan satu lagi rangkaian sosial maya yang semakin meraih populariti masyarakat dunia. MySpace, Bebo, Friendster, dan lain-lain, adalah realiti hari ini.

Tapi percayalah, hati manusia itu sifatnya sentiasa berubah. Mungkin hari ini anda memandang Friendster itu sebagai sesuatu yang elok dan bermanfaat. Saya juga begitu satu ketika dahulu. Tetapi, apabila alam ini semakin mendewasakan saya, pandangan dan paradigma saya telah berubah.

Sama ada kita sedari atau tidak, satu hari nanti kita pasti akan berubah dan menjadi semakin dewasa (hanya semata-mata anda berumur 40 tahun, itu tidak bermakna anda telah dewasa). Muhammad Ali, bekas jaguh tinju termasyhur di dunia pernah berkata:
A man who views the world the same at fifty as he did at twenty, has wasted thirty years of his life.

Satu hari nanti, apabila datang detiknya anda tiba-tiba terfikir untuk meninggalkan alam Friendster, maka janganlah ragu-ragu untuk melaksanakannya. Sedangkan pengasas Friendster sendiri, iaitu Jonathan Abrams juga telah meninggalkan Friendster, mengapa anda juga tidak boleh? Apa yang bezanya, selepas Jonathan Abrams meninggalkan Friendster, beliau telah melabur di dalam sebuah kelab malam di San Francisco, iaitu Slide. Dan kemudian mengasaskan satu lagi rangkaian sosial lain, dinamakan Socializr pada tahun 2006.

Jonathan Abrams mengasaskan Friendster dan Socializr dengan matlamat asalnya yang berbeza. Beliau mendapat idea menubuhkan Friendster setelah dia gagal dalam percintaan. Jonathan Abrams tidak boleh hidup tanpa kehadiran wanita di sisinya. Maka dengan kewujudan Friendster, ia akan membantu Jonathan Abrams untuk mencari teman wanita yang baru yang cantik5.

Socializr pula diwujudkan dengan bisnes dan wang sebagai matlamat utama setelah Friendster memasuki zaman suramnya (yang akhirnya membawa kepada penarikan dirinya dari syarikat yang diasaskan olehnya ini).

Kita selaku umat Islam, janganlah setelah meninggalkan Friendster dan kemudian terlibat aktif pula di dalam MySpace! Kita umat Islam mesti memiliki pandangan hidup yang berbeza dengan mereka yang bukan Islam.

Matlamat kita akhirat, bukan dunia. Dunia adalah alat, dan akhirat itu matlamat. Maka gunakanlah alat-alat yang ada di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, setelah kita menarik diri dari Friendster, fokuskan usaha kita pada perkara-perkara yang lebih membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Bak kata Sidi Ahmad al-Zarruq6 di dalam wasiatnya:
"Berkerjalah di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tetapi beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."


MENCARI SAHABAT
Gunakanlah Friendster secara ala kadar. Jangan terlebih-lebih kadar. Dan jangan fikir dengan ada beratus-ratus orang kawan di dalam senarai sahabat Friendster anda, itu menandakan anda sangat popular dan memiliki ramai kawan. Sahabat baik susah dicari. Sebab itu Rasulullah saw sendiri pernah bersabda di hampir penghujung usia Baginda, yang maksudnya lebih kurang,
"Orang yang paling aku percayai adalah Abu Bakar. Jika aku mahu mengambil seorang sahabat baik, nescaya aku memilih Abu Bakar di tempat itu."

Semua umat Islam kenal Abu Bakar as-Siddiq. Beliau merupakan lelaki pertama yang benar-benar percaya kepada wahyu Allah yang dibawa oleh Rasulullah, di kala ramai orang mengatakan Nabi sudah terkena penyakit gila dan schizo. Beliau adalah seorang lelaki yang sanggup mengambil risiko menemankan Rasulullah dalam hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah walaupun dirinya sentiasa berada di dalam keadaan ketakutan sepanjang perjalanan hijrah tersebut. Beliau adalah salah seorang dari 10 orang sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga. Beliau adalah seorang lelaki yang apabila dibentangkan Syurga dan Neraka di hadapannya, pasti tidak akan bertambah lagi keyakinannya terhadap segala janji dan ancaman Allah kerana keimanannya sudah berada di tahap paling maksimum.

Beliau jugalah yang berkata, "Jika sebelah kaki aku berada di dalam Syurga dan sebelah lagi di luar, maka aku masih lagi berasa tidak selamat. Jika kedua-duanya sudah berada di dalam Syurga, barulah aku boleh berkata Alhamdulillah."

Abu Bakar begitu istimewa. Beliau adalah sebaik-baik calon sahabat idaman. Siapa yang tidak mahu menjadikan manusia semulia Saidina Abu Bakar as-Siddiq ini sebagai seorang teman sejati? Namun demikian, apabila menyentuh tentang konsep persahabatan, Nabi tetap mengatakan "Jika aku mahu mengambil seorang sahabat baik, nescaya aku memilih Abu Bakar di tempat itu." Padahal, Abu Bakarlah antara manusia yang paling rapat dengan Nabi di sepanjang perjuangan Baginda menyebarkan dakwah Islam yang penuh dengan ranjau dan duri.

Apa yang boleh dikatakan di sini, sesungguhnya seorang sahabat sejati itu sangat sukar dicari.

Sidi Ahmad al-Zarruq sekali lagi di dalam wasiatnya menasihatkan supaya mencari seorang teman baik bagi menolong kita di dalam urusan-urusan duniawi dan akhirat. Dan dalam masa yang sama juga, beliau memberikan amaran bahawa sahabat baik yang benar-benar berada di sisi kita dalam keadaan susah dan senang adalah amat sukar dicari (jangan lupa bahawa Sidi Ahmad al-Zarruq hidup pada 846-899 Hijrah, iaitu lingkungan tahun 1400-an. Di zaman itu pun susah untuk mencari sahabat baik, maka apatah lagi di zaman 2000-an yang semakin materalistik ini).

Ada orang yang suka bermegah-megah dengan ramainya kawan yang mereka ada. Tapi betulkah kawan yang mereka ada itu benar-benar seorang kawan? Ketahuilah bahawa anda sebenarnya tidak memiliki ramai kawan.

Oleh itu jika anda memiliki seorang kawan baik, anda sebenarnya terdiri dari golongan yang sangat bertuah di dunia. Dan jika anda ada dua orang kawan baik, buatlah sujud syukur banyak-banyak kepada Allah. Ini kerana sahabat akan bersama-sama dengan kita dalam susah atau senang. Dan jangan lupa juga bahawa seorang musuh yang kita ada adalah jauh lebih banyak dari 1000 kawan di sekeliling pinggang.

Kawan yang hanya bersama kita di waktu senang, itu tidak dinamakan kawan. Itu dinamakan parasit. Saya pernah sahaja mendengar beberapa kisah sahih tentang persahabatan dunia moden. Dua orang ini siap pernah berbai'ah, atau pun taat setia. Tetapi apabila yang seorang lagi benar-benar di dalam kesusahan, tiba-tiba rakannya itu tidak mahu menolongnya. Ini kes kawan yang lari di waktu kita susah, belum lagi masuk bab kawan makan kawan, atau kawan tikam belakang.

Untuk bacaan lanjut sahabat-sahabat boleh layari laman di bawah:

http://hembusan.blogspot.com/2007/04/kempen-menjauhi-friendster-1.html
http://hembusan.blogspot.com/2007/04/kempen-menjauhi-friendster-2.html
http://hembusan.blogspot.com/2008/07/generasi-friendster.html#lagi


Moga ada manfaatnya untuk kita bersama.
Salam Juang untuk Islam :)

Anda pernah kenal orang ini?

Bagi yang telah kenal, syabas dan tahniah saya ucapkan. Anda memang seorang pendakwah yang peka dengan semua perkembangan dunia. Pastinya juga anda seorang yang tidak kekok untuk berdepan dengan siapapun mad'u anda.

Bagi yang baru kenal macam saya, tahniah juga tapi sedikit kurang rasanya. Mudah-mudahan Allah lebihkan kita pada 'part' lain.

Apa komen anda melihat gambar ini?

Seperti tiada apa-apa bukan?

Tapi tahukah anda siapakah sebenarnya dia?

Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi nasyid yang telah menaynyikan sebuah lagu "Kau Kekasih Awal dan Akhir" dengan penuh kemerduan. Saya tidak pernah mendengar suaranya. Namun, carian saya di internet mengatakan beliau punya suara yang amat merdu hingga mampu membuatkan penonton terkasima dan memberikan tumpuan penuh kepadanya...

Azhan Atan, peserta AN 2008 adalah orang kurang upaya (OKU). Jika anda melihat dia, tentu anda akan berasa sedikit pelik. Dia akan tersenyum sendiri tak pasal-pasal. Mata dia pun tidak seperti manusia normal. Pandangan dia tidak senormal pandangan manusia biasa. Dia bukan sekadar mahu menyanyi, tetapi dia mahu berdakwah. Walaupun dia OKU, tapi dia mempunyai cita-cita tinggi iaitu sebaris dengan pendakwah2 normal yang lain.

Apa yang lebih menyentuh hatiku bukan sekadar beliau dari kalangan individu kurang upaya, tapi rupanya seorang yang turut sama menyatakan iltizam untuk memperjuang Islam. Rupanya Azhan Atan adalah Ketua Pemuda Pas Tanjung Piai, Johor...Ya Allah...

Ya Allah, seorang hambamu yang kurang upaya ini, punyai 1001 alasan untuk tidak kenal sedikitpun tentang fikrah perjuangan Islam, tetapi rupanya beliau sebaliknya...iltizamnya pada perjuangan Islam tampak jauh lebih tinggi dari anak-anak muda di menara gading... Aku yang sempurna mata dan tubuh badan ini bagaimana ...? Apa alasanku di depan Allah nanti...?

Buat Azhan. Teruskan perjuangan...Dunia ini diciptakan bukan semata-mata untuk golongan sempurna sepertiku. Jika Prof Dr Ismail Md Salleh (Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia) boleh melakar sejarah Malaysia apabila dilantik menjadi anggota Dewan Negara yang pertama daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kenapa tidak anda.

Nothing is impossible sekiranya ada "burning desire" di "azhan" (minda dan cara berfikir) kita...

Seorang tokoh pimpinan di Malaysia ada menyebut:

“Keputusan cemerlang bukanlah piawaian utama dalam dunia intelektual, tetapi sikap seseorang terhadap ilmu itulah penting. Jelmakan dalam mematangkan pemikiran & tingkah laku."


Berkali-kali beberapa orang teman bertnyakan natijah peperiksaan syahadah saya baru-baru ini. Tak kurang pula yang memesan awal-awal lagi untuk saya membuat pengunguman dalam blog. Saya tahu ramai yang mendoakan saya sofi, terima kasih sahabat-sahabat.

Walauapapun, kuasa Allah Taala mengatasi segalanya. Alhamdulillah saya lulus peperiksaan dengan dur madah al-Quran tahriri dan Qiraat tahriri. Sungguh saya tidak menyangka kerana pada benak fikir saya, saya telah berusaha memberikan jawapan yang terbaik untuk dua madah tersebut berbanding madah tarikh quro' yang saya kira telah saya tukar jawapan untuk soalan pertama lagi awal-awal lagi.

TAHNIAH SAHABATKU

Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan tahniah saya buat ain, n, tini omar, tini ibrahim, anom, susi, zalina yang mendapat keputusan sofi dalam peperiksaan baru-baru ini. Tahniah kepada Zalina, yang mendapat 'ranking' tertinggi dengan keputusan jayyid jiddan.

Walaupun saya tidak tersenarai dari kalangan kalian, namun saya amat gembira dengan kejayaan kalian semua, terutamanya zalina yang sebagai salah seorang ahli usrah saya yang terkenal sebagai seorang yang cukup kuat daya igatannya.

Seorang teman memberitahu saya tentang plan sahabat-sahabat saya yang sofi untuk membuat sijil syahadah mereka di safarah minggu depan. Entah kenapa hati saya terusik tiba-tiba. Mampukah saya untuk 'cover' dalam imtihan dur sani bulan hadapan.

"Sangka baiklah pada Allah, fizah..boleh jadi Allah Taala ingin awak menyelami bagaimana perasaan orang yang Allah uji dengan kegagalan dalam peperiksaan dunia yang tidak pernah awak rasai.." nasihat yang cukup panjang lebar dari seorang teman rapat saya yang dapat membaca ksedihan yang saya cuba tutup dengan kesibukan berprogram dalam persatuan.

"Kak, pandanglah ujian sebagai peluang dari Allah Taala." Sms dari adik x-pngarah IQ, merangkap ketua unit pembangunan insan PCM, yang cukup saya segani. terima kasih adik atas sokongan..

GAGAL BUKAN BEERTI KALAH

Ramai orang yang memandang mereka yang mempunyai Intelligence Quotient atau IQ adalah penyumbang utama kejayaan mereka.

Percaya atau tidak, kefahaman ini adalah tidak benar. Di dalam buku, Mendidik Anak Genius karangan Faziyah Ahmad Najib menyatakan hanya beberapa orang sahaja yang memiliki IQ yang tinggi berjaya dalam hidup.

Kebanyakan mereka yang mempunyai IQ yang sederhana lebih mendapat kejayaan lantaran keperibadian dan penampilan yang mereka miliki. Di samping itu, asas kejayaan sebenar ialah bersungguh-sungguh dan mempunyai cita-cita yang besar. Kawalan kejayaan yang tertumpu pembelajaran yang diukur melalui peperiksaan kemungkinan berjaya di sekolah dan IPT tapi tidak pasti di alam pekerjaan. Oleh yang demikian IQ bukanlah penentu kejayaan seseorang.

Dunia hari ini memperlihatkan bukan masalah IQ yang menjadi persoalan, tetapi sikap atau perangai mahasiswa itu sendiri. Alangkah ramainya golongan mahasiswa yang kita biarkan mereka berulit hanya dengan buku mereka, tanpa kita mengajak mereka berfikir tentang masalah kebejatan ummah.

Alangkah pilunya bilaman kedapat segelintir mahasiswa yang bukan sahaja malas menekuni pelajaran bahkan mereka juga terlibat dengan masalah sosial. Kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan penemuan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori ‘berisiko tinggi’ yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks. Mungkin ini fakta kes daripada pelajar bagi sekolah menengah, tetapi pernah anda berfikir jika kajian ini dijalankan diperingkat universiti? Bayangkanlah...

GELANGGANG UNTUK KITA MENCIPTA KEJAAYAN SANGAT LUAS

Peperiksaan sememangnya merupakan indikator kejayaan seseorang mahasiswa tetapi bukanlah kejayaan yang hakiki. Kejayaan yang sebenarnya ialah mereka yang bukan sahaja berjaya dari sudut intelektual tetapi berjaya menunjukkan akhlak dan sahsiah yang tinggi kepada semua yang hadir dalam hidupnya. Moga kita semua menjadikan dunia ini sebagai ladang untuk mengecapi dunia akhirat yang kekal selamanya.

Buat teman-teman yang dipilih Allah taala untuk mengecapi nikmat gagal dalam imtihan kali pertama baru-baru ini, usah bersedih.

Yakinlah bahawa Allah taala tidak pernah sesekali memberikan taklifan kepada hamba-hambanya yang soleh dan solehah melainkan Allah tahu bahwa kita sangat layak untuk untuk memikulnya. Boleh jadi juga kerana di sisi Allah itu kita masih belum layak untuk terjun ke dalam masyarakat kerana ilmu yang kita pelajari dan kita tuntut belum sepenuhnya kita kuasai.

"Usah berputus asa dengan rahmat Allah."

Ya Allah, kau ampunilah hamba-Mu ini ya Allah. Seringkali hamba-Mu ini cepat benar mengeluh dan bersangka yang bukan-bukan setiap kali kau timpakan ujian berupa keburukan padaku, sedangkan nikmat-Mu berupa kebaikan yang banyak seringkali aku lupai..

Aku jadi malu sebenarnya pada-Mu ya Allah..
Malu kerana aku masih belum mengerti dan memahami dengan mendalam cara-Mu dalam mempamerkan kasih sayang-Mu padaku..
Semakin banyak nikmat kau beri, semakin aku jauh dari-Mu,
Ampunkan daku ya Ghafur, ya Rahman, ya Rahim...

Ya Rasulullah,
Ku tahu tuan hamba punya rasa sedih kerana hamba tidak menunaikan amanah sebagai pemegang panji dakwah ini sebaiknya,
Bagaimana mungkin bukan untuk hati yang kotor ini mengetuk hati ummatmu yang mungkin lebih bersih dariku?
Ku tak mampu ya Rasulullah,
Aku teramat lemah..

sungguh ku tidak terbayang, andai ain, zizah, husna, milah, fisah, solehah, syikin, syamila, amani, nud dan seluruh sahabat-sahabatku yang lain di pelawa ke syurga sedang aku terkapai-kapai di luar lantaran dosa yang ku lakukan saban hari. Aku tidak mampu ya Allah..Namun, andai itu balasan setimpal yang perlu aku tebus, maka ku pohon rahmat dan belas ihsan dari-Mu ya Allah. Izinkanlah ya Allah untuk aku melihat wajah-Mu ya Allah. amin....

HARUMAN NAILOFAR YANG SAYA RINDUI

Hari itu kami berusrah di rumah zalina. saya dan kelop menyiapkan kek yang gerseng kata ezwa. (Sebetulnya kek saya hampir hangus dalam dapur kisaei. Nak cepat punya pasal..)

elly, husna, milah, ain menyiapkan mee sup.

"alhamdulillah,wah...sape yang kalau tengok gambar kek kita ni pasti takkan tahu yang kek kita ni hancur isi kat dalamnya. Nak makan ni nanti kena guna sudu tau." Kelop cuba menggembirakan hati saya..

Modul kami hari tu ialah cantumkan kek saya yang hangus tu dengan hiasan ising atasnya dan masak mee sup.

"Mudah-mudahan satu hari nanti walaupun kita dah beranak cucu tapi kita msih dapat buat usrah." Senagja saya ingin menguji kekentalan mereka.

Saya melihat wajah anak usrah saya seorang demi seorang. Masing-masing tersenyum penuh makna tersirat. Saya tahu mungkin ada anak buah saya kurang faham dan tak menyangka saya akan buat usrah sampi macam tu.

"Takpelah, mereka akan faham nanti apa maksud usrah sebenarnya. Mereka belum rasi kemanisan ukhwah itu hafizah"Hati kecil saya menenangkan benak fikir saya yang bercelaru mungkin.

Sebetulnya, saya bukanlah naqibah asal mereka dan tidak layak untuk menjadi naqibah mereka sebenarnya lantaran di antara kami kelop lebih thiqah dan masyi dalam pelajaran. Begitu juga ain yang mahir dalam selok belok dakwah. Zalina yang masyi menghafaz al-Quran dan mudah mengingati nombor-nombor terutamanya tarikh lahir dan no. plat kereta. kamilah yang rajin dan tinggi tahap pengorbanan. Elly yang yang sangat menepati waktu. hajar yang ceria. Hazrina yang bijak. Fariha yang tawadhuk. Husna yang cekap dan teliti orangnya dan Ja yang prihatin berbanding diri saya yang kerdil ini.

"Fizah, kamu masih buat usrah ye?" tegur housemate saya kelmarin.

"hari tu koi dengar anak buah awak duk sembang-sembang sambil gelak kata awak ni terlebih rajin. Orang lain dah tak buat usrah tapi awak buat buat lagi." Tambah sahabat saya.

"Ye ke, kalau macam tu lagi lah saya nak buat usrah." sengaja saya mengusik sahabat saya itu.

"Baguih ler, koi ni dah tak ingat koi ni usrah ngan sape. berapa kali je kitorang wat liqo" sememek je muka sahabat baik saya.

Saya tahu saya tidak boleh menyalahkan sesiapa terutamanya ahli biasa lantaran semua orang setahu saya sudah ma'ruf kumpulan liqo' usrah akan berubah setiap tahun. Ini menyebabkan kebanyaakn usrah hanya akan buat usrah memenuhi silibus jumlah 'wajib' kena buat usrah.

Yang berjaya di kaderkan menjadi orang yang faham Islam alhamdulillah, yang tak berjaya ada yang di biarkan terkapai. Bukankah ini mengharukan. Saya terbayang, alangkah pilunya hati saya jika saya dipilih Allah berada di kalangan mereka yang terkapai tanpa bimbingan dari naqibah saya.


APAKAH ITU USRAH SEBENARNYA?

Saya memetik kalam di bawah dari blog salah seoarng pimpinan UM.

Usrah merupakan satu daripada enam elemen yang diperkenalkan oleh Ikhwan al-Muslimun dalam meningkatkan mutu pertarbiahan ahli gerakan Islam. Ia bermatlamatkan membina ukhuwah atas sendi aqidah, fikrah, kesedaran, dan cita-cita. Matlamat ukhuwah diletakkan sebagai matlamat tertinggi di samping proses menerapkan kefahaman dan membina kaderisasi yang bernilai.

Ukhuwah dianggap sebagai asas kejayaan bagi sesebuah gerakan sebagaimana termaktub dalam nas-nas yang sorih. Ia dijadikan sebagai imad dan autad yang menjadi pemangkin, seolah-olah akar yang mencengkam bumi, jauh ke dalam. Proses membina ukhuwah mestilah kreatif dan biasanya ia terbina setelah melalui halangan-halangan kepayahan.

Puzzle adalah gambarannya, ada yang besar dan ada yang kecil, saling melengkapi antara satu sama lain. Konsep ithar melangkaui walaw kaana bihim khasasah adalah tahap tertinggi dalam konsep ini, sekurang-kurangnya berlapang dada dan meletakkan segala keburukan pada diri sendiri dan menyahkan perasaan prasangka tidak menentu terhadap orang lain.

Konsepnya sebegini: Lupa kebaikan diri, tetapi ingat kebaikan orang. Ingat keburukan diri, tetapi lupa keburukan orang. Dalam usrah, soal ini yang dibina. Seolah-olah, tayar sahaja tidak dianggap kereta. Stereng juga tidak boleh dikatakan kereta. Tetapi gabungan kesemua termasuk pintu, baru membentuk sebuah kereta. Kepala tidak indah tanpa rambut sebagaimana tangan tidak berguna tanpa oto-otot yang menggerakkannya. Tubuh pula tidak bernyawa tanpa jantung yang berfungsi.

ELEMEN-ELEMEN PENGUAT USRAH

Elemen terpenting dalam pembentukan adalah murabbi. Murabbi adalah penternak yang berjiwa dan mempunyai selera yang tinggi untuk memenangkan Islam dengan apa cara sekalipun. Ini digambarkan oleh Sa’id Hawwa berkenaan gurunya, betapa gurunya bekerja mempertahankan Islam seolah-olah Islam seekor kambing yang disembelih.

Murabbi tidak boleh hanya seorang yang soleh tanpa menafikan kesolehan sebagai faktor terpenting. Murabbi perlu melengkapi dua faktor utama mencakupi kesolehan dan kebijaksanaan. Ia boleh kita sebutkan juga sebagai kuasa Al-Quwwah wa al-Amanah. ‘Umar menyatakan kebimbangan terhadap maksiat-maksiat yang dilakukan kerana dibimbangi akan menghilangkan keberkatan, dan dalam masa yang lain beliau menyatakan kegusaran terhadap orang yang tinggi taqwa tetapi tidak strategis.

Murabbi menghayati makna mas’ul dan melengkapi raa’in. Mereka mendidik ahli mengikut kesesuaian zaman mereka, bukan mengikut zaman mereka ditarbiah. Mereka memahami kalam Albert Enstein: Permasalahan masa dahulu akan dapat diselesaiakn dengan pemikiran masa sekarang.

Idealisme mereka memuncak dan mereka mencintai pembaharuan. Seorang sarjana menyebut, perkara yang sentiasa berganjak dan tidak static adalah perubahan. Mereka sentiasa mencari strategi untuk membentuk ahli mereka.

Elemen seterusnya adalah manhaj tarbiah. Namun manhaj tarbiah dan elemen seterusnya bukanlah satu perkara yang terpenting jika dibandingkan dnegan murabbi, kerana dalam membentuk fard muslim yang bernyawa, seorang murabbi tidak akan mengira siapa sahaja yang menjadi anak didik mereka. Tidak perlu kita katakan nilai kesetiaan dan kepatuhan itu penting, cukuplah dikatakan sebagai supplement dan perencah menambah rasa.

Namun janganlah sampai kita mengabaikan manhaj ini kerana sesuatu yang bermanhaj akan melicinkan lagi perjalanan. Ia ibarat minyak pelincir yang banyak memberikan manfaat kepada gerakan Islam. Struktur manhaj boleh diperhalusi berdasarkan sirah-sirah nabi SAW dan apa yang telah disusun para ulama haraki yang faqih, bukan hanya alim.

Pembentukan ahli jangan hanya dilihat dari kaca mata nilai budi dan ilmu semata-mata, kerana sejarah membuktikan Islam pernah bangkit di tangan orang yang kurang nilai budi dan kurang berilmu. Khalid al-Walid telah melanggar beberapa arahan nabi dan bertindak semberono tetapi beliau merupakan enjin utama kepada gerakan. Ikramah belum sempat mendalami ilmu sedalam mungkin tetapi mati sebagai syuhada’ dalam membela Islam.

Senangnya disebut, kita jangan menyangka hanya orang yang ‘baik’ menjadi pemenang kepada Islam. Justeru, pemilihan ahli mestilah meluas. Kita mungkin boleh menyandarkan kekuatan kita kepada kata-kata Umar al-Khattab: Sesungguhnya nilai Islam ini berkurangan sedikit demi sedikit apabila tiada lagi orang yang mengenal jahiliyah dalam Islam.

MEKANISME USRAH

Apabila dikatakan pemilihan ahli ini luas dan tidak terbatas dalam satu-satu sempadan, maka nilai kekreatifan dan kritis sangat mustahak. Mungkin usrah akan berbentuk ilmu jika ahlinya terdiri daripada pencinta ilmu, atau boleh jadi juga sebaliknya. Usrah mungkin boleh jadi praktikal dan bersifat amali jika ahlinya terdiri daripada orang yang banyak bergerak daripada bercakap, namun boleh juga jadi sebaliknya sebagaimana di atas.

Usrah boleh dibuat dalam bentuk daurah yang leboh menitik-beratkan soal perbincangan. Alangkah baik sekiranya apa yang dibincangkan dimuatkan dalam satu kertas kerja idea lalu dibentangkan di peringkat yang lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya dijadikan sahaja bahan rujukan.

Usrah boleh dibuat dalam bentuk yang agak ‘memaksa’ dalam melatih ketekunan dan kekuatan ahli sekaligus menjadikan ahli sebagai nadi utama gerakan. Malah ia boleh juga dibuat dalam riadah, ziarah, dan sebagainya. Kita tidak boleh terlalu rigid dengan usrah sehingga kita menganggap usrah sebagai medan yang agak ‘ortodoks’ dan beku, sebaliknya usrah mesti digerakkan dalam bentuk fluidity yang mencair dan menyerap, bagaikan aliran air yang tidak mampu disekat oleh mana-mana batu.

Justeru, kemungkinan naqib akan membuat tayangan video, atau belanja makan malah ‘dibelanja’, bermain teka-teki, belajar bersama-sama, membuat operasi khusus Malam Merdeka atau Malam Tahun Baru, bermain carrom atau chess, belajar skill computer, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya. Semua ini anjal dilaksanakan dengan syarat unsur kefahaman dan kesedaran mesti diberikan secara implisit dan eksplisit.

TADRIJ

Unsur tadrij sangat penting dalam mana-mana tarbiah. Kita tidak boleh memetik buah sebelum masaknya, atau menggerakkan kereta di waktu pagi tanpa memanaskan enjin terlebih dahulu. Malah nabi SAW mengajar kita, untuk bertahajud sekalipun memerlukan kepada solat sunat dua rakaat yang ringkas.

Tadrij bermaksud beransur-ansur. Bermakna, dalam tarbiah memerlukan kepada pemeringkatan dalam memastikan ahli usrah akan melalui kesmeua pengalaman tarbiah dalam bentuk yang lebih membumi. Seseorang yang tidak melalui unsur tadrij akan mudah tenggelam dan lemas sekalipun pada awalnya mereka merupakan seorang yang sangat bersemangat.

Dalam tadrij, satu perkara yang boleh dikadikan peringatan ialah, jangan kita ingin melihat hasil sesuatu perkara dalam jangka terdekat kerana perjuangan memerlukan kepada jangka hayat yang panjang dan memerlukan nafas yang tidak semput.

PENUTUP

Terlalu banyak perkara yang ingin disentuh berkaitan dengan usrah. Perbincangannya terlalu panjang dan ia memelukan kepada syarahan lisan dan pembacaan yang meluas. Kita tidak boleh lagi terikat dengan pendekataan Al-Banna secara rigid tetapi mengadaptasikannya mengikut kesesuaian.

TEMANKU....
Berkahwinlah untuk Islam. Sesungguhnya nabi berbangga dengan umatnya yang ramai. Berkahwinlah dengan harapan agar lahirnya zuriat-zuriat yang akan dipersembahkan kepada jalan jihad dan merelakan anak sebagai korban syahid. Didiklah generasi masa depan, dan berniatlah agar kesemua mereka menghafaz al-Quran dan menterjemahkannya dalam kehidupan.

Sungguh saya betul-betul terkejut bila mendapat tahu dari seorang sahabat tentang perkahwinan k.aisyah Ho.

Sebetulnya saya tidak menyangka k.aisyah akan melangkah ke gerbang perkahwinan lebih awal dari saya. tak de lah gurau je. Memang kak.aisyah dah sangat layak.

"akak dah tengok belum ni gambar kahwin k.aisyah ho? hensem tau suami dia" tanya adik asma sambil berseloroh kepada saya satu hari.

K.aisyah Ho pada pandangan saya amat bertuah sekali.

Pertamanya, Islamnya k.aisyah bukan kerana Islam baka seperti kita. Punya ibu dan ayah yang sedia mentarbiah kita nilai-nilai Islam. Bahkan beliau merupakan seorang muallaf yang berasal dari bangsa cina yang dibesarkan dalam keluarga melayu Pulau Pinang. Negeri di bawah pemerintahan Lim Guan Eng sekarang.

Kedua, K.aisyah telah menjadi insan pilihan Allah taala untuk menghafal al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Baru biarpun tanpa memiliki bebola mata, pancaindera penglihatan seperti yang di miliki oleh orang lain. Allah taal mengurniakan hati yang celik buatnya.

Ketiga, kedatangan beliau ke Darul Quran pada tahun 2003 pada masa itu sebenarnya ialah untuk belajar membaca al-Quran. Namun, kuasa Allah Taala mengatasi segalanya. Beliau yang baru sahaja belajar membaca al-Quran mampu menghafal al-Quran setanding mereka pelajar lain yang telah mahir membaca al-quran.

Semasa awal perkenalan kami di Darul Quran, sewaktu minggu orientasi saya diberitahu amira, naqibah saya merangkap timbalan programmer minggu orientasi ketika itu bahawa k.aisyah perlu di jaga dengan baik lantaran ibu dan ayahnya yang sedang mencarinya untuk membawa kembali k.aisyah ke pangkuan agamanya yang asal.

Saya pernah sekali pergi ke rumah ibu k.aisyah ho yang pada masa itu masih belum memeluk Islam mengikut beberapa orang teman.

Sungguh amat berdebar juga lantaran itulah pertama kali saya memimpin seseorang yang tidak punya pancaindera penglihatan menaiki bas loncat-loncat.

Sepanjang perjalanan kami meninjau-ninjau. Berhati-hati agar kedatangan kami tidak diketahui oleh bapa k.aisyah. Saya kurang pasti tentang maklumat sebanar bapa k.aisyah berkenaan perkara ini.

Setiba kami di jalan Ipoh, sebelum sampai ke kawasan perumahan kami membawa k.aisyah ke masjid untuk menukar pakaian jubah dan tudung labuh yang di pakainya untuk ditukar kepada baju kurung biasa dan tudung bawal.

"Ibu k.aisyah tak pernah lihat k.aisyah berpakaian macam korang. Jadi k.aisyah bimbang dia akan terkejut." Pesan k.aisyah.

Kami akur, kerana k.aisyah pastinya lebih tahu tentang ibunya.

Setelah selesai kami membawa k.aisyah ke restoran cina tempat ibu k.aisyah bekerja.

Subhanallah.Saya serasa ingin mengalirkan air mata sederas-derasnya. Babak yang sungguh menyayat hati bila saya melihat ibu k.aisyah memeluk erat dan mencium k.aisyah berkali-kali.

Hati ibu, sungguhpun mereka berlainan agama tetapi ikatan ibu dan anak takkan putus sampai bila-bila.

Tanpa menghiraukan mata yang memandang kami yang bertudung labuh, jubah dan ada yang berniqob kami minum air tin cincau yang di jamu oleh ibu k.aisyah.

"InsyaAllah air ni halal" seloroh seorang teman.

Alhamdulillah, barangkali hati ibu k.aisyah yang dapat merasa kami tidak selesa berlama di situ menunggu waktu rehat ibunya tiba, akhirnya mengajak kami pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari situ.


BUAT YANG INGIN BERKAHWIN

”Engkau akan kukahwinkan dengan anakku yang pekak, bisu, dan buta. Ini merupakan hukuman terakhir terhadap engkau kerana telah memakan buah epalku tanpa izin dariku,” tegas orang tua pemilik kebun itu kepada Abu Soleh Jongi Dost.

*Rupanya yang jelita itu, PEKAK daripada mendengar yang lagho. BISU daripada mengungkapkan perkataan yang kotor dan BUTA daripada melihat kemaksiatan. Muslimah yang mulia adalah yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya. Bagaimana seorang muslimah inginkan teman yang baik sedangkan dia sendiri tidak pernah pandai menjaga kehormatan dirinya termasuklah berpeleseran dengan mana-mana lelaki*

”Wahai ayahku, ambillah pemuda ini bekerja dengan kita, kerana sesungguhnya pekerja yang baik adalah yang kuat lagi amanah,” saran puteri Syu’aib kepada ayahnya.

*Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang mempunyai kekuatan dalam banyak perkara dan berskap jujur malah dipercayai agamanya. Ia menjadi satu peringatan kepada mana-mana lelaki yang ingin mendapat teman yang baik, maka seharusnya melengkapkan diri dengan kebaikan terlebih dahulu. Kita jangan hanya mengharapkan teman yang baik sedangkan kita sendiri bukanlah orang-orang yang sebegitu*

”Aku kahwinkan engkau dengan anakku yang menjadi rebutan ramai termasuk anak khalifah ini, meskipun engkau seorang yang tidak berharta,” ungkap seorang ulama besar kepada muridnya apabila ia melamar muridnya menjadi menantunya setelah khalifah cuba melamar untuk anaknya.

*Orang yang terbaik adalah yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Jika perempuan itu dinikahi dengan empat sebab, maka lelaki cuba dikahwini kerana ilmu dan agamanya. Jangan hanya menuding jari terhadap muslimah supaya menyediakan diri dengan empat aset penting sedangkan diri kita kontang dengan ilmu dan taqwa*

”Menyentuh babi yang penuh dengan lumpur lebih baik daripada memegang kulit wanita,” sabda Nabi SAW sebagai satu peringatan kepada wanita dan lelaki dalam bersahabat

*Kita mengetahui marahnya nabi terhadap pasangan yang terlalu berlebihan dalam berhubung. Bukan sahaja mereka berpegangan tangan, malah berpeluk-pelukan dan ia berlaku setiap kali berada di atas motor. Maka bagaimana pasangan ini akan mendapat kebaikan daripada Allah dan apakah akan lahir zuriat-zuriat yang baik daripada pasangan sebegini?

Masih ingat kata-kata Mustafa Masyhur menyatakan kepada gadis pilihannya???

"Aku ingin mengawinimu tetapi haruslah engkau maklum bahawa aku telah berkahwin. Perempuan itu tersentak lalu bertanya siapakah isterinya. Mustafa Masyhur bingkas menjawab: Bakal madumu adalah perjuangan."


*Alangkah indahnya kata-kata yang terpacul keluar itu. Ia merupakan lambang kesucian jihad yang diterjemah keluar oleh mujahid Ikhwan ini. Begitu kisah Zainab al-Ghazali yang tidak mengharapkan apa-apa harta kekayaan daripada suaminya asalkan suaminya tidak menghalang kerja dakwah yang dilakukannya selama ini.

Saya kepingin sekali mengikut jejak langkah beliau. Saya juga sering mendoakan kebaikan buat orang yang meletakkan perjuangan di atas pundak bahu-bahu mereka, tidak lupa juga sahabat saya ati dan fisah yang juga seorang yang menghafal al-Quran di dada, bukan hanya di lisan yang telah mendirikn bait quran. Moga cahaya mata yang di lahirkan menjadi penerus perjuangan Islam kelak amin...

Bonda saya juga sudah tidak sabar melihat menantunya yang diharap juga seorang yang meletakkan Islam sebagai matlamat hidup.

teman...
Di kegelapan yang hitam pekat ini
aku menatap kalian dengan mata hatiku
aku datang dari jauh menuju fajar baru
dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu
untuk mengangkat panji Islam kembali
seperti dahulu. AMIN..



"Jangan hanya pada semangat sahaja fizah" Nasihat seorang teman kepda saya suatu hari.

"Awak boleh tersungkur atau tercicr dari 'jalan ini' jika bekalan awak hanya pada semangat" teman saya itu menambah lagi.

Terima kasih sahabat-sahabat kerana sering mengingatkan saya, dan mengizinkan saya untuk menumpang berpaut tatkalA diri hampir tergelicik, menggelunsur ke juram ke'futuran'. Moga Allah Taala temukan kita semua di syurga kelak. amin..

BUATMU TEMAN

Jika anda fikir anda sudah dikalahkan, maka anda sudah kalah,
Jika anda fikir anda takut, maka anda tidak berani,
Jika anda mahukan kemenangan tapi anda fikir anda tidak boleh,
Anda hampir pasti tidak akan menang.

Perjuangan hidup bukan hanya untuk mereka yang kuat atau yang pantas semata,
Kerana lambat laun…
Mereka yang menang ialah
Mereka yang fikir mereka mampu MENANG!


Hanya kepercayaan pada diri anda akan mampu membuat anda mencapai tahap optima potensi yang ada pada diri anda.


katakan pada minda KITA BOLEH!
Dan Allah Taala pasti dan pasti dan pasti dan pasti akan berikan kemenangan pada kita.
KUATKAN SEMANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KALAU TUDUHAN ITU BENAR, MUNGKIN SENARIO POLITIK AKAN BERUBAH



Artikel di bawah saya petik dari blog albakistani :

Tuduhan Liwat terhadap Anwar Ibrahim menjadi perbualan politik di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Ada sebilangan yang tidak mempercayainya. Juga agak tidak wajar dinafikan kewujudan ramai yang mempercayainya.

Orang yang mempercayai itu, sekiranya dari orang UMNO dan Barisan Nasional, itu perkara yang tidak perlu dianggap penting, tetapi kalau yang percaya itu adalah orang PAS, PKR dan DAP sendiri, ini sesuatu yang perlu dianggap serius.

Aku secara peribadi, masih meragukan tuduhan tersebut, tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa liwat itu mungkin berlaku, jika merujuk kepada qarinah-qarinah yang ada.

QARINAH

Jika merujuk kepada Islam, sesuatu tuduhan perlu disertai bukti. Pun begitu, Islam tidak menolak qarinah-qarinah yang didatangkan sebagai mengukuhkan pembuktian.

Ini dibuktikan dengan apa yang telah berlaku pada zaman nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S yang telah diceritakan oleh Nabi SAW dalam satu hadis;

كَانَتْ امْرَأَتَانِ مَعَهُمَا ابْنَاهُمَا جَاءَ الذِّئْبُ فَذَهَبَ بِابْنِ إِحْدَاهُمَا فَقَالَتْ صَاحِبَتُهَا إِنَّمَا ذَهَبَ بِابْنِكِ وَقَالَتْ الْأُخْرَى إِنَّمَا ذَهَبَ بِابْنِكِ فَتَحَاكَمَتَا إِلَى دَاوُدَ فَقَضَى بِهِ لِلْكُبْرَى فَخَرَجَتَا عَلَى سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ فَأَخْبَرَتَاهُ فَقَالَ ائْتُونِي بِالسِّكِّينِ أَشُقُّهُ بَيْنَهُمَا فَقَالَتْ الصُّغْرَى لَا تَفْعَلْ يَرْحَمُكَ اللَّهُ هُوَ ابْنُهَا فَقَضَى بِهِ لِلصُّغْرَى

Maksudnya;
“Dua orang perempuan yang kedua-duanya mempunyai anak. Salah seorang dari anak mereka telah dilarikan oleh serigala. Berkata salah seorang dari kedua-duanya, serigala itu melarikan anak kamu. Berkata satu lagi, serigala itu melarikan anak kamu. Lalu mereka berjumpa dengan Nabi Daud untuk dijatuhkan hukuman tersebut. Nabi Daud berhukum agar anak itu adalah kepunyaan perempuan yang tua. Kedua-dua perempuan itu keluar kepada Nabi Sulaiman bin Daud dan memberitahu kepada baginda (tentang hukuman Nabi Daud tersebut). Nabi Sulaiman berkata, datangkan kepadaku sebilah pisau, aku ingin belah anak ini untuk diberikan bahagian masing-masing. Lalu berkata perempuan yang muda, tolong jangan lakukan, mudah-mudahan Allah merahmatikan. Anak itu adalah anak (perempuan tua itu). lalu Nabi Sulaiman berhukum bahawa anak itu adalah kepunyaan anak perempuan muda[1].

Dari hadis ini, dapat dilihat bahawa Nabi Sulaiman berhukum bahawa anak kecil itu adalah kepunyaan perempuan muda disebabkan qarinah yang wujud, iaitu belas kasihannya perempuan muda tersebut terhadap anaknya yang terbukti melalui ketidak sanggupan anaknya itu dibelah dua oleh nabi Sulaiman.

Melihat si perempuan tua tidak sensitive ketika mendengar bahawa anak tersebut akan dibelah dua, menunjukkan bahawa ianya bukan ibu kepada anak tersebut. ini kerana, mana mungkin seorang ibu redha anaknya dibunuh.

Dari ini, jelas kepada kita bahawa dalam islam, qarinah boleh dijadikan sebagai sesuatu pengkuat pembuktian dalam menentukan satu kesalahan atau tidak.

Begitujuga, kisah Nabi Yusuf A.S dan isteri kepada pemerintah mesir ketika itu yang kisahnya tersebut dalam Al-Quran.

Firman Allah;

قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ * وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ * فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

Maksudnya;
“Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. * Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar." * Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."”

(Surah Yusuf : 26-28)

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang kehadiran dua orang saksi yang menyatakan bahawa, sekiranya qamis atau baju yang dipakai Yusuf itu koyak di hadapan, menunjukkan yusuf memang bersalah. Adapun jika baju yusuf itu koyak di belakang menunjukkan bahawa Isteri pemerintah yang bersalah.

Ini kerana, jika benar isteri pemerintah mendakwa bahawa yusuf ingin merogolnya, sudah pasti baju yusuf akan koyak di hadapan, disebabkan isteri pemerintah akan menghalang jika yusuf mahu merogolnya. Tetapi, hakikat sebenar adalah, baju yusuf terkoyak dibelakang, menunjukkan, Yusuf ketika itu mahu lari dari godaan isteri pemerintah, tetapi ditarik oleh isteri pemerintah sehingga baju yusuf terkoyak dari pihak belakang.

Begitujuga, qarinah tersebut boleh dirujuk melalui firasat. Ini disandarkan kepada kisah yang berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab menjadi Khalifah.

Menurut Ibnu Quddamah dalam kitab Mughni, diceritakan seorang perempuan muda telah datang berjumpa dengan Omar yang ketika itu, Kaab bin Sur sedang duduk bersama dengan Omar.

Perempuan itu berkata;

يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، مَا رَأَيْت رَجُلًا قَطُّ أَفْضَلَ مِنْ زَوْجِي ، وَاَللَّهِ إنَّهُ لَيَبِيت لَيْلَهُ قَائِمًا ، وَيَظَلُّ نَهَارَهُ صَائِمًا

Maksudnya;
“Wahai Amirul Mu’minin, aku tidak melihat seorang pun lelaki yang lebih baik daripada suamiku. Demi Allah, malamnya sentiasa qiyamullail, dan siangnya sentiasa berpuasa.

Mendengar perkataan perempuan itu, Omar memuji suaminya itu. Perempuan itu merasa malu dan terus pulang dengan wajah yang hampa.

Melihat keadaan itu, Kaab berkata kepada Omar;

يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، هَلَّا أَعْدَيْت الْمَرْأَةَ عَلَى زَوْجِهَا ؟ فَقَالَ : وَمَا ذَاكَ ؟ فَقَالَ إنَّهَا جَاءَتْ تَشْكُوهُ ، إذَا كَانَتْ حَالُهُ هَذِهِ فِي الْعِبَادَةِ ، مَتَى يَتَفَرَّغُ لَهَا ؟

Maksudnya;
”Wahai Amirul Mu’minin, apakah tuan tidak mengira masalah perempuan itu terhadap suaminya? Omar berkata : apa sebenarnya? Lalu berkata (kaab), sesungguhnya perempuan itu datang untuk membuat laporan kepada kamu. Apabila suaminya sentiasa dengan ibadat, bilakah masanya suaminya meluangkan masa untuknya (dengan jimak)?”

Mendengar kata-kata kaab, Omar menyuruh suami perempuan itu dipanggil. Ketika suami itu berada di hadapan Omar, Kaab diminta agar menjatuhkan hukuman terhadap suami tersebut.

Kaab terus berkata;

فَإِنِّي أَرَى كَأَنَّهَا امْرَأَةٌ عَلَيْهَا ثَلَاثُ نِسْوَةٍ ، هِيَ رَابِعَتُهُنَّ ، فَأَقْضِي لَهُ بِثَلَاثَةِ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ يَتَعَبَّدُ فِيهِنَّ ، وَلَهَا يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ


Maksudnya;
”Sesungguhnya aku melihat, seakan-akan lelaki ini mempunyai tiga orang isteri. Dan isterinya (yang datang) itu adalah isteri yang keempat. Maka aku hukumkan kepadanya, tiga hari dan tiga malam merupakan hari dia beribadat (puasa dan qiyamullail), dan bagi isterinya adalah hari yang keempat pada siang dan malamnya”

Omar bertanya, bagaimana kamu berhukum ini? Kaab menjawab, aku berdalilkan firman Allah SWT;

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

Maksudnya;
” maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat”

(Surah An-nisa’ : 3)

Mendengar ini, Omar terus berkata;

وَاَللَّهِ مَا رَأْيُك الْأَوَّلُ بِأَعْجَبَ إلَيَّ مِنْ الْآخِرِ ، اذْهَبْ فَأَنْتَ قَاضٍ عَلَى أَهْلِ الْبَصْرَةِ

Maksudnya;
”Demi Allah, pandangan kamu dalam perkara pertama adalah bersangatan aku kagum berbanding satu lagi. Pergilah kamu menjadi qadi kepada penduduk Basrah[2]”

Dari kisah ini, membuktikan kepada kita bahawa qarinah juga merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan bukti yang boleh diguna pakai, bahkan ianya telah diterima oleh golongan salaf terdahulu.

ISU ANWAR

Dalam kes tuduhan liwat, memang amat susah untuk Saiful mendatangkan saksi seramai 4 orang. Pun begitu, jika diperhatikan dari sudut qarinah, didapati ada sesuatu yang tak kena berlaku. Antaranya adalah seperti berikut;

a. Boleh dikatakan semua setiausaha Anwar Ibrahim mempunyai rupa paras yang agak ”jambu”, seperti Nik Nazmi, Ezam, Azmin, Saiful dan sebagainya.

b. Dakwaan diliwat adalah perkara melibatkan maruah. Dalam keadaan yang melibatkan maruah pun, Saiful sanggup mengaku diliwat.

c. Keberanian Saiful untuk bersumpah berbanding Anwar (merujuk kepada lamanweb tunang Saiful[3])

Dari ketiga-tiga qarinah ini (mungkin lebih), menunjukkan tuduhan saiful itu adalah suatu perkara yang tidak mustahil sebenarnya berlaku, pun begitu, ianya tidaklah merupakan bukti yang boleh menentukan perkara tersebut sememangnya berlaku.

Mungkin keadaan ini perlu merujuk kepada kenyataan Al-Fadhil ustaz Hasan Syukri yang dalam awal anwar dilepaskan dari tahanan, beliau pernah menyatakan agar PAS berhati-hati dengan Anwar Ibrahim.

Oleh itu, dari pihak PAS, diharapkan agar berhati-hati dari menyokong segala kenyataan Anwar Ibrahim, kerana dibimbangi sokongan tersebut akan ”makan tuan”.

PENUTUP

Setelah bersembang dengan sebilangan pendokong PKR, banyak dari kalangan mereka sudah agak kurang percaya dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya menunggu sahaja keputusan siasatan, adakah benar anwar Ibrahim meliwat atau tidak.

Mungkin tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan saksi dan bukti-bukti yang kukuh, tetapi sedikit sebanyak, dengan qarinah-qarinah yang ada, menyebabkan dari sudut hati kecil, kepercayaan rakyat terhadap Anwar akan terhakis.

Jika keadaan ini berlaku, kebanyakkan mereka mendakwa bahawa mereka akan lompat Parti, dari PKR kepada PAS. Keadaan ini, tidak sekadar berlaku diperingkat bawahan, bahkan kepada pimpinan-pimpinan tertinggi PKR sehingga yang memegang jawatan exco-exco kerajaan Negeri.

Di Selangor, pihak PKR yang menjadi Exco adalah seramai 5 orang termasuk Menteri Besar. Jika mereka lompat Parti, sudah pasti PAS akan mendominasi kerajaan negeri yang seterusnya PAS akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Di peringkat parlimen juga, mungkin keadaan yang sama akan berlaku. Yang seterusnya, Perdana Menteri dari pakatan rakyat, bukan lagi Anwar Ibrahim atau Wan Azizah atau Lim Kit Siang, bahkan Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang kemungkinan besar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Mungkinkah ini akan berlaku???? Kita tunggu dan lihat....


my site

Islamic Calendar

Islamic Clock

Profail Penulis

Profail Penulis
No. 201, Blok E2, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Pengikut

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Powered By Blogger

About this blog

“Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)