Gambar di atas bukanlah gambar nana..

Tapi,takpelah kan. sekadar hiasan.

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah buat sahabat baik saya Noraziana bt Abd Aziz yang berjaya melanjutkan pelajaran ke USIM hari ini (katanya sedang minggu orientasi).

Sungguh saya, mufid, kamilah dan sahabat-sahabat di mesir terutamanya amat terharu dan bangga dengan kejayaan anti. Mungkin akan ada sahabat-sahabat yang jeles kenapa saya memilih nana. Sabar tau,lain kali saya cerita pulak pasal kawan-kawan yang lain..

Saya mengenali nana tika kami di tingkatan satu di Maahad al-Tarbiah al-Islamiah, batu 8. Saya dan Nana amat rapat sebab kelas kami bersebelahan sahaja.

Seterusnya kami sama-sama menuntut di Darul Quran, mengharungi pahit maung,suka duka bersama.

Walaupun menghadapi masalah kesihatan dan tekanan keluarga dan lain-lain tekanan yang cukup hebat nana tidak pernah mengalah.

"Nana nak jadi muslimah yang hebat untuk Islam" Semangat sungguh Nana pada masa tu.

Selepas tamat Diploma Darul Quran, nana turun mengambil Peperiksaan STP semula di maahad. Kata Nana, saya akan buktikan saya juga boleh berjaya macam orang lain!!

Dan hari ini alhamdulillah, dia mampu buktikan pada semua bahawa dia mampu.

"Nana ambil bidang FIQH FATWA" message Nana pada saya pagi tadi.

Kejayaan Nana CUKUP memBUATkan SAYA TERUJA!!!

Ya, ayuh sahabat-sahabat kita pasakkan semangat yang tinggi.

Yakinlah bahawa MUSLIMAT JUGA MAMPU MENGALAHKAN NAGA.

Muslimat juga harus ada sumbangan untuk memartabatkan Islam.

TAKBIR!!! :)

Ini adalah cover baru bagi novel "Tunggu Teduh Dulu":




Sedang yang ini adalah cover lama novel tersebut;



sahabat-sahabat pernah baca tak buku ni? Sangat menarik ceritanya. Saya cuba nak baca untuk kali kedua, tapi rasanya tak mampu dah kot buat masa ni walaupun tak lah tebal sangat,cuma 678 muka surat je.Reading Quran first. ini lebih penting untuk di baca dan di kaji..

Saya memiliki buku yang ber'cover' lama.

Saya sebenarnya bukanlah pecinta tulisan beliau pada awalnya. Tapi bermula dengan buku ni saya telah mengumpulkan banyak koleksi buku beliau selepas itu.

Buku ini adalah hadiah daripada abang Said (kawan satu yayasan Restu k.ila)kepada saya sebab sudi bawakan barang-barang untuk kelab khat kepada k.ila masa saya tahun satu; balik bercuti ke Malaysia tahun 2006 yang lalu.


SINOPSIS BUKU INI

Saya memetik sinopsis buku ni dari blog faisal Tehrani sendiri;

Tunggu Teduh Dulu, mengangkat imej wanita berperibadi ampuh, Salsabila Fahim, yang berhadapan dengan konflik sebagai petani moden dan pada masa yang sama menangani percintaan dengan dua sahabat lama, Kamil dan Lam (Syaifullah). Semangat meneruskan perjuangan wanita dalam bidang ekonomi cuba direalisasikan oleh penulis menyamai kisah Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w yang berjaya menjadi tokoh korporat berjaya pada zamannya. Ini merupakan satu dakwah secara tidak langsung kepada golongan wanita supaya mempunyai semangat dan ketabahan dalam menempuh dugaan hidup dalam apa bidang sekali pun.


IMPIAN SAYA DARI BUKU INI

Nak tahu ke impian saya?

Setelah baca buku ni saya berdoa moga Allah taala ijabkabulkan saya dengan bakal 'teman seperjuangan' saya di masjidil haram;Baitullah. Siapakah orangnya? saya sendiri pun tak tahu...hehe..saya cuma berdoa sahaja.

Dua tiga orang sahabat saya telah teruja dengan impian saya dan berangan ingin sepertinya juga. Sahabat-sahabat pula bagaimana??

kata kawan saya;

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT...

"WALLAHUALAM…

p/s: Doakan ye agar Allah Taala kabulkan permintaan saya :)




Duhai hatiku sayang..

"Ingatlah bahawa Allah tak akan berhenti menguji engkau. ingatlah, ujian yang diberikan adalah tanda kasih sayang dan perhatian Allah. Bukan pencetus bala dan noda. Pelajarilah cara Allah memperlihatkan kasih sayang-Nya. pasti dan pasti kau akan mengerti."

Usah bersedih andai tiada kasih manusia untuk-Mu. Kerana pintu cinta Allah tidak pernah walau sekali tertutup buatmu hingga kini.

Jangan berduka andai seluruh manusia membencimu lantaran kesilapan yang kau lakukan kepada mereka. Kerana Kasih sayang-KU dan kelembutan-KU kepadamu sebagai hamba lebih mengatasi kemarahan-KU kepadamu.

Duhai hatiku,kembali kepada ALLAH dengan JIWA YANG MUTMAINNAH

Usah bersedih duhai hati kerana Allah s.w.t.amat mencintaimu..


ya Allah...
aku ini insan yang kalah
balutlah hatiku yang terbelah
juga terpisah-pisah

ya Allah...
hanya pada-Mu meminta
dan hanya pada-Mu ku memohon
mohon dengan sabar

ya Tuhanku...
apa lagi yang salah dariku
kusujud pada-MU
ampuni dosaku

ya Tuhanku...
hanya Engkau yang dapat mengerti
kesepian yang merobek diri
ku tak tahan lagi....

ya Allah...
jangankan biarkan aku terpisah
terjerat dalam pusara rindu
rahsia kasih-Mu

ya Allah...
Kepada-Mu aku menyeru
kupohon jangan pisahkan daku
Mohon dengan sabar

ya Tuhanku...
Apa lagi yang salah dariku
bersujud ku memohon kepada-Mu
ampuni dosaku

ya Tuhanku...
Hanya Engkau yang dapat mengerti
kesepian yang merobek diri
ku tak tahan lagi

ya Allah
jangan biarkan aku terjerat pusara rindu
rahsia Kasih-MU



dipetik dari:nasyid kumpulan irsyadee
MOHON DENGAN SANGAT


ku dambakan cinta-MU ya Allah..
izinkan daku bertemu untuk melihat wajah-Mu


Alhamdulillah, ramai yang akan berumahtangga sempena tamat imtihan tahun ini. Tidak kurang juga adik serumah saya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga awal mei yang lalu.

Bukanlah topik itu yang ingin saya ketengahkan pada kali ini.
InsyaAllah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat dan teman tentang apa yang patut kita lakukan andai suatu hari nanti Allah Taala menguji kita dengan memberikan kita peluang untuk bercinta.

IMPIAN SAYA

Saya ada impian. Saya yakin kawan-kawan juga punya impian.
Dan saya telah menjumpai impian seorang teman yang saya kira sangat elok untuk kita sama-sama renungi dan praktikkan. Selamat membaca:

InsyaAllah, jika saya diberikan peluang untuk berkasih dan bercinta, saya akan cuba gunakan kasih dan cinta saya terhadap si dia dengan cara yang paling menarik:

Pertama, saya berazam akan berusaha untuk menjadi orang yang terbaik kerana mengikut konsep yang saya fahami adalah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Sifirnya mudah sekali, saya menjadi baik, maka saya mendapat yang baik.

Kedua, saya berusaha menjadikan teman wanita yang saya kasihi itu sebagai muslimah dan wanita yang baik. Caranya mudah, saya tidak membuang masanya dengan bercouple dengan saya, saya tidak akan mengambil kesempatan ke atas dirinya walau memegang tangan, saya akan menghadiahi buku-buku ilmiah dan agama, sms saya terhadap dia sebagai satu sms perkongsian ilmu dan peringatan terhadap kehidupan dunia yang sempit dan sementara.

Dan saya akan tekankan kepada si dia, bahawa saya memilih dia bukan untuk kehidupan dunia semata-mata, tetapi saya memilih si dia kerana Allah dan untuk kehidupan akhirat.

Ketiga, saya tidak akan berjumpa dengan dia untuk melepaskan rindu dan sebagainya. Saya akan menanam perasaan malu untuk berjumpa, malah untuk menegur pun tidak.

Saya juga akan tanam perasaan malu walau untuk menyebut namanya sekalipun seorang diri. Apabila kami jarang berjumpa dan tidak bersama, maka kerinduan itu akan bertambah dan memuncak, dan segalanya akan diluahkan semasa hari perkahwinan yang kami nanti-nantikan.

Keempat, saya akan menegur salahnya dan membuka peluang untuk ditegur. Saya tidak akan bersikap angkuh untuk tidak mahu menerima teguran dari seorang perempuan kerana mereka pun ada nilai. Budaya tegur-mengur adalah budaya pembaik pulih yang dianjurkan dalam Islam. Bukan begitu tuan moderator?

Seterusnya, saya tidak akan bersikap memilih kasih walau dia merupakan seornag yang sangat istimewa bagi saya. Saya akan berpegang dengan konsep nubuwah, sekiranya Fatimah sendiri yang mencuri, maka akan kupotong tangannya, sabda nabi dengan tegas.

Saya juga akan jadi begitu, tidak kira sama ada dia merupakan seorang yang sangat rapat di hati atau tidak, yang penting, nilai kebenaran mesti ditegakkan.

Tindakan saya yang seterusnya, saya akan sentiasa mendoakannya agar dia menjadi wanita yang beriman dan dekat dengan Allah, sentiasa rajin menuntut ilmu dan yang paling penitng, menjadi bakal suri dalam hidup saya yang sentiasa menunjangi saya dengan nasihat-nasihat dan sokongan-sokongan dengan berpaksikan nilai taqarrub dan tawadhu'.

Inilah apa yang akan saya jelmakan kepada teman wanita saya dalam membentuk satu jalinan kasih yang terpandu. Anda pula bagaimana?


Sahabat-sahabat pengunjung blog saya yang dikasihi, saya sangat menganjurkan anda mencari teman hidup yang solehah dan sesuai dengan anda. Dan tolong jangan bazirkan masanya untuk anda, tetapi pesani dia, agar 'membazirkan' masa untuk Allah dan untuk menegakkan agama Allah.

Bagi saya, bercinta dengan saya sangat mudah. Sekiranya anda merasakan saya menjauhkan diri anda daripada Allah, maka saya rela ditinggalkan. Kerana saya ingin ingatkan kepada yang bercinta, jangan letakkan diri kita sebagai orang yang perlukan perhatian dan kasih sepenuhnya daripada si dia, kerana yang terpenting adalah biarlah si dia mengasihi Allah dan Muhammad melebihi segala-galanya. Siapalah kita untuk telalu dikasihi, walhal kita sendiri pun bukanlah 'kasihkan' Allah sangat pun.

Kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas kematian. Andai anda bercinta dan kemaruk dengannya, maka perhatikan, adakah anda masih mampu meneruskan ekspedisi cinta anda hingga ke alam selepas kematian?

Adakah si dia mampu mengingatkan kepada anda tentang indahnya syurga dan dahsyatnya neraka? Sekiranya si dia hanya asyik berbicara tentang rindu, cinta, dan kasih tidak habis-habis, dipanggil pula nama timang-timangan sebagai sayang dan lain-lain, maka ketahuilah bahawa itu bukan teman kalian yang baik.

Biar saya berbicara dengan anda bagaimana bentuk sms yang dikirimkan oleh teman yang berhati mulia:

"Slm. Saya hanya ingin ingatkan, jangan lupa baca al-Quran, krn ia kata-kata Tuhan kita. Kata2 Tuhan kita, jauh lbh indah berbanding ayat2 msg sy. p/s:Tdk perlu reply"

"Tlg doakan sy, spya dosa sy diampuni Ilah"

"Saya sering mendokan sedari, agar sentiasa rajin belajar, bukannya rajin ber'sms' dgn sy. rajin membaca buku, bkn tidur di atas buku"


Atau mungkin ada ayat yang manis kita gunakan untuk menegur si dia, sebagai contoh:

"Sedari nampak sangat rajin. Saya rasa sangat senang hati" (untuk menegur yang pemalas)

"Ramai memuji sedara sbg orang yang suka menolong dan ringan tulang. Kt mrka, mrka sgt gmbira dpt kwn spt sedara" (untuk yang berat tulang)

"Sy tdk menipu, sedari orang pertama mencuit ht sy krn sentiasa bertolak ansur dan bersikap pemaaf"
(untuk yang keras hati)

Saya mengingatkan diri saya dan lain-lain, berkawan biar berpada-pada, jangan samapi pengajian tergadai. Biarlah akhirnya anda berkawan kerana ingin berkahwin, bukan berkawan untuk mempermain-mainkan. Jangan bersikap terlalu memilih rupa, kerana yang tegang akan berkedut. Pilihlah yang beragama, berakhlak dan berilmu, kerana yang sempit akan lapang.

Kaya bukan bermaksud banyak harta, tetapi kaya bermaksud kaya jiwa. Miskin bukan bererti tiada harta, tetapi miskin bermaksud kontang ilmu dan cetek jiwa.

Beribadatlah, berzikirlah, berdoalah, banyakkan bersyukur, dan jadikan persahabatn dan perkahwinan anda sebagai satu cara menegakkan Islam dalam jiwa, sekaligus tertegaklah di tanah air.

"Tuhan, berilah kami isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata, dan jadilah kami pemimpin bagi yang bertaqwa.


Menarik kan? Tak menarik? Saya rasa kita ni ada masalah hati yang kronik kalau artikel ni lansung tak menyentuh hati kita. Hati-hati sahabat, jasad yang hidup akan dianggap mati meskipun masih bernyawa sekiranya hati kita mati. Moga mati kita dalam iman. amin..

"Akak nak tahu sesuatu??" Seorang adik menegur saya di YM.

" ….walaupun saya ni adalah anak usrah akak yang paling malas pergi usrah suatu masa dulu tapi sehingga kini saya tak pernah lupa untuk mendoakan akak senantiasa berjaya dan cemerlang. Saya tahu akak amat kecewa dengan saya. Walauapapun saya tetap sayangkan akak…." Katanya lagi..

Air mata terasa begitu panas di pipi. Terasa ingin saya berlari, mendakap, memeluk, mendapatkan adik itu pada masa itu juga. Sungguh saya amat rindu. Syarifah Talha adalah anak usrah saya semasa kami di Darul Quran dahulu.

Terima kasih adik kerana senantiasa mendoakan akak, sungguh hati ini sangat terharu dan bangga dengan adik. Apatah lagi bila mendapat tahu adik adalah salah seorang dari mereka yang dapat sofi periksa baru-baru ini. tahniah!

Saya yakin dia bukan malas untuk ke usrah kerana usrah itu namanya usrah, tapi kerana saya yang gagal mempromosikan apakah itu sebenarnya USRAH.

Saya tidak menyangka dalam diam dia masih mengingati saya sebagai naqibat. Saya bukanlah seorang naqibat yang baik jika hendak dibandingkan dengan mufidah, kamilah, haiza, aisyah, hasanah, hafisah, ati, sarah, naim, tikah, ain, nana dan sahabat lain yang sudah saya anggap seperti adik beradik kandung saya sendiri. Bahkan mereka bagi saya lebih dari segalanya..

Saya terlalu rindukan kalian. Rindu yang tidak mampu untuk saya unggapkan dengan kata-kata…rindu yang amat.

Sungguh diri ini amat kagum dengan kalian yang berjaya melahirkan pelapis yang lebih hebat dan mantap dari kalian guna penggerak harakah islamiah. Moga usaha dan jerih perit kalian mendapat nilaian yang tinggi di sisi Allah taala.amin.


LAPAN RESOLUSI NAQIBAT

Semalam saya menghadiri satu daripada siri pertemuan naqibat Mansurah.

Walaupun tidak banyak masalah dalaman usrah yang diketengahkan oleh para naqibat berbanding siri-siri yang sebelumnya, namun saya yakin banyak sebenarnya perkara yang tidak terluah dan terbuku di hati naqibat, sahabat-sahabat yang saya kasihi fillah.

Antara resolusi tersebut ialah:

1. Memperkasa jati diri naqibat dengan memperbanyakkan taqarrub ila Allah Taala.
2. Memperhebatkan sistem tarbiah dan biah solehah dalam jiwa naqibat.
3. Memperkasa thaqafah dan ukhwah dikalangan naqibat dan ahli usrah.
4. Melahirkan naqibat yang pandai mengambil hati ahli usrah.
5. Melahirkan naqibat yang bijak dalam berkomunikasi dan celik ICT.
6. Mempelbagaikan suasana usrah untuk menarik perhatian ahli usrah.
7. Menitikberatkan penggunaan bahasa terutamanya bahasa inggeris dan bahasa arab dikalangan naqibat dan ahli usrah.
8. Memperkasakan sistem modul dalam menjayakan usrah.

"Saya rasa antara sebab kenapa mereka ini tidak berminat untuk datang ke usrah ialah kerana masalah kurangnya kehendak dalaman mereka sendiri untuk menyertai usrah." seorang naqibat bersuara.

Benarkah begitu??

Lupakah kita bahwa setiap kali satu jari menunding ke arah orang lain, empat jari sedang sedang menunding ke arah kita?

"Siapakah di antara naqibat di sini yang telah pergi ke rumah kesemua anak liqo'nya, dah tengok album keluarganya?" Kak Halimah selaku Timbalan Exco dakwah DPMM 08' bertanya kepada kami.

Saya antara orang yang TIDAK mengangkat tangan. Kerana saya sendiri sangat masih belum kenal secara mendalam setiap seorang adik beradik liqo' saya. Saya masih cuba.

Bagaimana dengan kalian? Saya yakin tentunya kalian sangat lebih BAIK dari saya kan.


SEMUA YANG BERLAKU ADALAH RAHMAT DARI ALLAH TAALA.

Pernah dengar kisah seorang tua yang meminta agar Allah Taala mengabulkan permintaannya untuk memiliki bunga dan rama-rama?

Allah Taala akhirnya mengabulkan permintaan orang tua tersebut. Tetapi bukanlah dengan memberikan bunga dan rama-rama. Allah Taala memberikan hadiah kepada orang tua tersebut dengan hadiah berupa ulat dan kaktus.

Kalau anda menjadi orang tua tersebut, agaknya apa yang anda fikirkan tentang Allah Taala pada masa itu ye? Tidak mustahil akan ada antara kita yang suu zhan dengan Allah Taala.

Orang tua itu tetap redha dengan pemberian Allah Taala. Kaktus yang pada awalnya kecil akhirnya membesar dan mengeluarkan bunga yang sangat cantik. Begitu juga dengan ulat tersebut, akhirnya menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Hebatkan tarbiah Allah Taala? Begitulah juga dengan hidup ini. Setiap satu ujian yang diberikan oleh Allah Taala tiada yang sia-sia.


KUATKAN SEMANGAT JUANGMU

Sahabat-sahabiah di jalan dakwah yang saya sayangi sekalian…

Seorang teman saya bercerita, mahasiswa masa sekarang sudah tidak bermaya untuk hidup dalam dunia akademik, malah hampir semua pada pandangan umum tidak mempedulikan dan cakna terhadap perkembangan tanah air dan semasa.

Mereka lebih memilih kehidupan mereka sendiri yang sarat dengan sajian hiburan dan kesenangan yang kadang-kadang agak malah sangat melampau. Setujukah anda dengan kenyataan ini? Pada saya anda kena setuju.

Adatlah orang tidak mahu diajak terus menjejakkan diri dalam dunia Islamik tanpa mengetahui apakah kebaikan dan keuntungan yang bakal diperolehi. Maka tidak seharusnya kita hanya menawarkan pahala dan syurga yang tidak nampak.

Sesuatu yang nampak di hadapan mata dan bersifat segera mesti disediakan dalam proses menarik hati orang. Gerakan juga mestilah bersifat menyediakan apa yang umum inginkan, bukan menyediakan apa yang gerakan mahukan.

Sebegitulah dalam kita menggerakkan usrah. Kita tidak boleh terlalu berharap semuanya akan jadi macam mee segera. Lebih cepat dimasak, lebih cepat dimakan. Tapi sedap ke kalu kita asyik makan maggi sahaja hari-hari sebab nak cepat masak??

Bukankah kari mamak tu sedap sebab hari-hari kena perangat. Yang kita makan kat kedai tu pun bukannya yang kari yang dia baru masak, tapi kari yang tah berapa hari, berapa minggu duk kat dapur dia. Paham tak ni maksud saya??

Kadang-kadang, wujud sesebuah gerakan yang mendabik dada apabila melihat ramai sekali penyokongnya dengan tidak mengambil kira ramai yang sebaliknya.

Gerakan tersebut sangat bertungkus lumus menyediakan pelbagai kemudahan yang mana semuanya berdasarkan pandangan mereka tanpa dilakukan satu kajian, apakah yang diinginkan oleh umum.

Kita perlu berubah. Zaman sekarang bukan lagi zaman kita berusrah hanya dengan mendobitkan kitab berdasarkan silibus semata. Tapi zaman kita untuk melahirkan kader yang bukan sahaj bijak akademik tapi turut sama sanggup untuk membuat kerja-kerja kebajikan.


MASALAH UMUM NUQABA'

Berikut adalah antara beberapa perkara dan permasalahan yang perlu diberi perhatian oleh Naqibat yang saya ambil dari catatan blog salah seorang pimpinan GAMIS (namun, telah saya ubah sedikit dari kanyataan asal beliau) ialah;

Betulkan pemikiran kita bahawa Nuqaba' hanya memilih orang yang baik sahaja untuk dikaderkan.

Hentikan beralasan "Saya sudah mesej adik-adik supaya datang tetapi mereka tidak datang."

Banyaknya Nuqaba' tidak mencari ahli usrah sebaliknya hanya menantikan ahli usrah datang bertemu dengan mereka.

Elakkan dari menjadi Nuqaba' yang hanya berbaik dengan ahli usrah dalam perbincangan sahaja. Apabila di luar perbincangan. mesej pun tidak, tegur pun tidak, malah melemparkan senyuman semasa berselisih pun tidak. Nuqaba' sebegini dinamakan "Nuqaba' Bulat-bulat" kata beliau..

Ramainya Nuqaba' hanya memegang adik-adik dalam masa satu penggal sahaja. Setelah adik-adik itu tidak berjaya dikaderkan, mereka terus meninggalkan adik-adik itu terkapai-kapai dahagakan pengisian.

Nuqaba' hanya menumpukan silibus buku sebagai bahan perbincangan tanpa meluaskan lagi skop perbincangan mereka kepada isu-isu semasa. Nuqaba' sebegini dinamakan "Nuqaba' Silibus". Ermm, ada macam terkena je kat saya.

Nuqaba' hanya memberikan arahan kepada ketua usrah untuk mengumpulkan ahli usrah sedangkan mereka hanya bergoyang kaki. Nuqaba' ini dinamakan "Nuqaba' Pemalas".

Nuqaba' yang asyik berasa rendah diri kerana kekontangan ilmu sedangkan mereka tidak sedar bahawa usrah umum adalah lebih kepada pembinaan ukhuwah manakala ilmu boleh didapati sekiranya nuqaba' membawa ahlinya mendengar kuliah-kuliah dsbg.

Nuqaba' yang sibuk memaksa ahli usrah untuk ke program PMRAM, DPM dan BKAN tetapi mereka sendiri tidak pernah ke tempat program yang dianjurkan oleh adik-adik usrah mereka.

Banyaknya kelemahan saya. Moga kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan ini guna memperkasakan gerakan dakwah Islam.














Cerita 1:

Dikisahkan seorang wanita dari Algeria hampir berasa putus asa dengan penyakit barah yang dihidapinya setelah berjumpa dengan puluhan doktor pakar yang kesemuanya memberikan jawapan bahawa barah yang dihidapi tiada harapan untuk sembuh, melainkan kematian yang bakal menjemputnya bila-bila masa sahaja.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Setelah puas merayu dan merintih kepada Allah Taala, penyakit wanita tadi akhirnya sembuh tanpa sebarang bantuan dari doktor pakar bernama manusia.

Kata wanita itu: "saya telah mengadu kepada DIA yang tiada tempat lain untuk saya pergi dan lari darinya; itulah Allah!!! Mintalah kepada DIA, pasti dan pasti dan pasti dan pasti ia akan memakbulkan.


Cerita 2 :

Hampir-hampir ketakutan saya kepada insan yang bernama mumtahin syafawi Quran dan Qiraat mengatasi rasa takut saya kepada Pencipta diri. Hampir kesemua mutun yang saya hafal hilang. Memang dah tak tahu nak baca apa dah. Pening..

Tapi, alhamdulillah saya mendapat mumtahin yang baik hati dalam memberikan soalan. Soalan pertama, saya dikehendaki untuk membaca mana-mana surah yang saya ingat dari keseluruhan al-Quran. Maka saya memilih untuk membaca surah yassin.

Soalan kedua, saya diminta membaca awal surah al-Baqarah. Manakala soalan ketiga saya diminta untuk membaca awal surah mukminun. Di dalam surah ini saya hanya ditanya satu soalan sahaja berkaitan perbezaan wajah qiraat pada perkataan 'solah', di mana sesetengah quro' ada yang membcanya secara jama' sedang setengah quro' yang lain membacanya secara ifrad.

Untuk soalan syafawi qiraat, saya hanya diminta membaca matan awal surah al-anbiya' sahaja. Baru sahaja membaca hanya tiga baris matan, saya telah diminta keluar. Selesai. Tanpa perlu syarah apa-apa.. alhamdulillah.

Sementara menunggu husna di bilik mumtahin, saya cuba menenangkan diri diluar. Tiba-tiba keluar mumtahin yang menyoal saya tadi. Katanya " saya balik dulu, jangan risau. Semua yang ambil peksa dengan saya tadi najah." Alhamdulillah.. semuaya berlaku di luar dugaan.


Cerita 3:

Jika berfikir kembali tentang jawapan yang telah saya curahkan sepanjang peperiksaan ini kadang-kadang terasa seperti akan ada yang…. Saya tidak mahu untuk menyebutnya. Walauapapun, saya bersyukur atas segala yang berlaku. Bukankah kita telah berusaha??. Namun, saya masih bimbang, penguasaan ilmu saya tidak semantap ain, azizah, tini dan kawan-kawan lain. Semangat saya juga tidak sekental k.intan, k.su dan kawan-kawan lain. Semangat dan kekuatan saya juga ada pasang surutnya..


ALLAH SENANTIASA MENERIMA DOA

"Dan apabila hambaku bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang Aku, (maka jawablah) Sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang bedooa kepada-Ku apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka akan mendapat petunjuk. (al-Baqarah:186).

Yakin lah sahabat-sahabat, Allah pasti dan pasti akan memakbulkan doa kita dengan memberikan untuk kita yang terbaik asalkan syarat taqwa yang kita tandatangani di alam barzah kita meterai dengan sebaiknya.

Betul ke Allah akan kabulkan semua doa kita? Kalau betul kenapa masih ada yang gagal??

Kita sambung nanti ok? jangan marah tau...nanti cepat tua.. :)

P/s Kewajipan lbh byk dari masa kn. Saya pohon doa dari sahabat-sahabat seluruhnya agar Allah izinkan saya khatam tasmi' al-Quran sblm pulang ke Malaysia tahun ni. Amin..

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra, katanya:

“Hendaklah penghafaz Al-Qur’an menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur’an ketika orang lain sedang tidur dan siang harinya ketika orang lain sedang berbuka. Hendaklah dia bersedih ketika orang lain bergembira dan menangis ketika orang lain tertawa, berdiam diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain membanggakan diri.”


Diriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali ra, katanya:

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu, menganggap Al-Qur’an sebagai surat-surat dari Tuhan mereka. Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.”

Diriwayatkan dari Al-Fuadhai bin Iyadh, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an tidak boleh meminta keperluannya dari seorang khalifah (penguasa)dan dari orang yang berada di bawah kekuasaannya.”

Diriwayatkan dari Al-Fudhai juga, katanya:

“Penghafaz Al-Qur’an adalam pembawa bendera Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang yang bermain dan lupa bersama orang yang lupa, serta tidak berbicara yang sia-sia dengan kawannya untuk mengagungkan Al-Qur’an.”

Diriwayatkan dari Jabir ra, dari Nabi s.a.w:

“Bacalah Al-Qur’an sebelum datang suatu kaum yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah dengan terburu-buru dan mereka tidak mengharapkan hasilnya di
masa depan."
(Riwayat Abu Dawud)

Diriwayatkan dari Fudhai bin Amrin ra, katanya: “Dua orang sahabat Rasulullah s.a.w memasuki satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat dari Al-Qur’an, kemudian dia meminta upah. Salah seorang dari keduanya berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un.’”

Hendaklah dia memelihara bacaan Al-Qur’an dan memperbanyak bacaanya. Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempo dan jangka masa Mengkhatamkan Al-Qur’an. Ibnu Abi Dawud meriwayatkan dari sebagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.

Setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam dan setengahnya mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam.

Banyak dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam. setengahnya mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dan ada pula dari mereka mengkhatamkannya dalam setiap lima malam.

Sedangkan setengah dari mereka ada yang mengkhatamkannya dalam setiap empat malam, setiap tiga malam atau setiap dua malam. bahkan setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sehari semalam.

Di antara mereka ada yang mengkhatamkannya dua kali dalam sehari semalam dan ada yeng tiga kali. Bahkan setengah dari mereka mengkhatamkkannya delapan kali, yaitu empat kali pada waktu malam dan empat kali pada waktu siang.

Diantara orang-orang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan ra Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Asy-Syafi’i dan lainnya.

Diantara orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari semalam ialah Sali bin umar ra Qadhi Mesir pada masa pemerintahan Mu’awiyyah.

Diriwayatkan bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud ra mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali dalam semalam.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan Qadhi Mesir bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali dalam semalam.

Asy-Syeikh Ash-Shahih Abu Abdurahman As-Salami ra berkata:

“Aku mendengar Asy-Syeikh Abu Usman Al-Maghribi berkata,‘Ibnu Khatib ra mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam.”

Ini adalah jumlah terbanyak yang saya ketahui dalam sehari semalam.

Diriwayatkan oleh As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan isnadnya dari Manshur bin Zaadzan ra, seorang tabi’in ahli ibadah bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an di antara waktu Zuhur dan Ashar, kemudian mengkhatamkannya pula antara maghrib dan Isyak pada bulan Ramadhan dua kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan Ramadhan
hingga berlalu seperempat malam.

Diriwayatkan dari Manshur, katanya:

“Ali Al-Azadi mengkhatamkan Al-Qur’an di antara Maghrib dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan.”

Diriwayatkan dari Ibrahim bin Said, katanya:

“Ayahku duduk sambil melilitkan serbannya pada badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya hingga selesai mengkhatamkan Al-Qur’an.”

Sedangkan orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak sekali hingga tidak terhitung jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu ialah Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair ra yang mengkhatamkan dalam setiap rakaat di Kaabah.

Manakala yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu, di antara mereka adalah Usman bin Affan r.a: Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka’ab ra Dan dari tabi in antara lain ialah Abdurrahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim rahimahullah. Hal itu berbeda menurut perbedaan orang-orangnya.

Barangsiapa yang ingin merenungkan dan mempelajari dengan cermat, hendaklah dia membatasi diri pada kadar yang menimbulkan pemahaman yang sempurna atas apa yang dibacanya. Demikian jugalah siapa yang sibuk menyiarkan ilmu atau tugas-tugas agama lainnya dan kemaslahatan kaum muslimin yang bersifat umum, hendaklah dia membatasi
pada kadar tertentu sehingga tidak mengganggu apa yang wajib
dilakukannya.

Jika kita belum termasuk ke peringkat yang di capai orang-orang yang disebut ini, maka bolehlah kita memperbanyak membaca Al-Qur’an sedapat mungkin tanpa menimbulakan kejemuan dan tidak terlalu cepat membacanya.

Bersambung................. :)



SUMBER RUJUKAN:

IMAM NAWAWI: KEUTAMAAN MEMBACA DAN MENGKAJI AL-QURAN

my site

Islamic Calendar

Islamic Clock

Profail Penulis

Profail Penulis
No. 201, Blok E2, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Pengikut

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Powered By Blogger

About this blog

“Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)