Apa ada pada Fitna??
Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48 saat dan 15 minit yang memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam.
Niat sebenar pembikinan filem ini tidak jelas kerana ia hanya mengambil potongan ayat di bahagian tengah sahaja tanpa mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan, sedangkan kita mengetahui bahawa setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya.
Begitu juga, dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut.
"Perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul," Mufti Perak.
Filem pendek tersebut seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan.
Filem ini adalah sangat mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya.
Penghasilan Fitna adalah gambaran kepada keadaan orang Barat yang semakin takut dengan perkembangan ajaran Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat di banyak negara.
"Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas." Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Filem tersebut juga dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Filem tersebut dihasilkan Geert Wilders cuba menyelitkan imej peristiwa 11 September 2001 dan serangan bom di Madrid pada 2004 yang dikaitkan dengan Islam.
PANDANGAN ULAMA TENTANG ISU FILEM FITNA:
1. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Menegaskan kepada seluruh umat Islam agar menggariskan lima perkara penting dalam menangani perkara ini bagi memperlihatkan kesucian Islam itu sendiri antaranya :-
1- Kita perlu menolak kenyataan-kenyataan mereka secara Ilmiah dengan melihatkan kepada mereka tentang sejarah-sejarah Nabi S.A.W. tedahulu dalam berhadapan dengan golongan-golongan kafir musyrikin.
2- Penolakan Dari segi siasah, Negara-negara Islam yang ada perlu meletakkan satu mauqif secara tegas bagi mempertahankan baginda Nabi dan juga Islam itu sendiri.
3- penolakan kebangsaan atau bangsa dengan menekankan pemerintahan kaum muslimin utk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannnya (Islam)
4- Penolakan di lapangan seni dan penyiaran atau budaya,Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan kepentingan kepentingn kerja-kerja media eletronik khususnya filem2 dan cerita berangkai di dalam usaha untuk memperbetulkan gambaran salah terhadap islam.
5. Penolakan dari segi Ekonomi dengan memboikot produk-produk keluaran Belanda. Dr Yusuf Al-Qaradhawi memibaratkan barangan boikot seperti " Senjata yang akan menyakitkan sesebuah kaum "
2. Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria
- Menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan melalui medium tersebut.
- "Hakikatnya, Geert Wilders itu adalah pihak yang menabur fitnah bukannya Islam yang menjadi fitnah. Justeru, para ilmuan dan pendakwah Islam hendaklah berganding bahu bagi menjelaskan fitnah yang cuba dipalitkan kepada kesucian Islam,"
Pendirian pihak mufti-mufti menurut Mufti Perak berhubung isu penayangan filem tersebut:
- "Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.
- "Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes,"
3. Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor:
- "isu ini adalah isu bersifat individu dan bukan kolektif yakni negara."
- "Ini bukan isu berbentuk 'state terrorisme' tetapi 'individual terrorisme' yakni Geert Wilders yang mahu meraih populariti dan keuntungan,"
- Pemuda PAS menentang keras tindakan Geert tersebut kerana ia melibatkan soal maruah nabi dan umat Islam itu secara umumnya.
- "Kita masih merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di samping memboikot produk keluaran negara tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak merendah-rendahkan Islam dan penganutnya,"
4. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang :
- Membantah sekeras-kerasnya filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
- Merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.
- Menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
- PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.
5. Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub:
"Apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia."
6. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan :
"Berkemungkinan kita akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf."
"Langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut."
7. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud:
"Kerajaan Malaysia kelihatan tidak tegas biar pun pemimpin negara berulang kali cuba menganggap negara ini sebagai sebuah negara Islam."
"Sepatutnya Malaysia yang dianggap mempelopori Islam Hadhari mengambil langkah tegas bagi mempertahankan kesucian agama Islam."
"Kalau boleh kita cadangkan kepada kerajaan mengkaji balik hubungan diplomatik dengan negara terbabit kerana membiarkan rakyatnya menfitnah Islam secara terbuka."
"Sepatutnya kena ada langkah tegas diambil bagi menggambarkan kita serius mempertahankan Islam."
- Menyokong cadangan pelbagai pihak supaya umat Islam memboikot barangan daripada Belanda sebagai usaha memberi tekanan kepada negara tersebut.
- Beliau juga mempersoalkan pembunuhan ramai penduduk Islam di Bosnia dan Sepanyol yang berlaku suatu ketika dahulu sudah cukup membuktikan agama Kristian sebenarnya menganjurkan keganasan.
- Begitu juga ketika tentera Kristian menawan Sepanyol daripada pemerintahan Islam pada 1491 tidak ada seorang pun orang Islam yang tinggal, di mana semuanya mati dibunuh.
- Portugis yang menawan Senegal di Afrika juga telah membunuh ramai penduduk Islam. Orang Islam juga ramai yang mati dibunuh ketika penjajahan berlaku di tempat lain.
KEWAJIPAN MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH ‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL
Di dalam buku 'Ke arah kesatuan gerakan Islam' karangan Fathi Yakan menyebut pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi tuntutan syara’ dan Islam, kedua-duanya berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah dan menegakkan daulah yang berhukumkan syari’at Allah.
Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara Islam dan jahiliyyah juga bukan setakat perbincangan ilmiah semata mata atau dalam batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah yang ganas.
Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang berat. Cabaran yang dihadapi datang Iebih dari satu pihak. Hukum hukum Islam dan undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walau di mana sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran materialisma ciptaan manusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah dan prinsip akhlak, itulah yang sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan intelek generasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah. Kezaliman sistem yang memerintah dan undang-undang yang berjalan, serta kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahaman Marxisma yang menafikan keujudan Allah menyerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan, membela mereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin proletariat (yang tertindas).
Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para pendakwah menggunakan segala senjata yang menghancurkan, senjata dalam bentuk pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah, khianat, tashkik (usaha untuk timbulkan keraguan) dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa adalah di antara cara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul Islam dan menghapuskna para pendakwah di setiap tempat.
Sesungguhnya seluruh dunia pada hari ini umumnya hidup dalam kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan, kekosongan dan tidak normal.
Dunia yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam kewujudan, akhlak dan pemikiran manusia. Satu lagi alasan yang memerlukan kewujudan sebuah harakah Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu, iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma, freemason, komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya; gerakan-gerakan
yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin, malah tidak harus dihadapi kecuali dengan kemampuan pada peringkat yang sama.
Alasan-alasan ini dan lain-lain alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuah harakah Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkat persediaan yang sama dalam pertembungan dengan musuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan persediaan. Firman Allah s.w.t.:
وأعدوالهم استطعتم من قوة ومن ربا ط الخيل ترهبون به عدعدوالله ودوآم
WAHANA
Teknik propaganda pada zaman sekarang adalah amat berbeza dengan zaman dahulu. jika zaman dahulu kita hanya menggunakan medan ceramah atau perhimpunan atau risalah dan surat semata, namun kini semuanya boleh diperolehi dengan mudah di hujung jari sahaja. Dengan internet semua perkara boleh samapi kepada masyarakat; wanita mahupun lelaki, di rumah atau di pusat perniagaan, di pejabat mahupun di ladang.
oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita seluruh pendokong dakwah islam untuk menguasai semaksimum mungkin perkara yang berkaitan dengan teknologi guna mendepani ummah.
Buat seluruh angkatan pemuda dan pemudi yang saya kasihi lagi saya cintai kerana Allah Taala sekalian...
Sesungguhnya seluruh dunia pada hari berada di dalam keadaan cengang -bengang lagi bergejolak. Segala sistem yang ada kini telah gagal mengubatinya. Tidak ada sebarang ubat untuk menyelamatkan dunia ini melainkan dengan Islam jua.
Oleh itu wahai Pemuda-pemudi khususnya Mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar, tampillah ke hadapan dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia itu kerana seluruh umat manusia sedang bertunggu-tunggu ketibaan seorang penyelamat dan juru penyelamat ini tidak akan berlaku melainkan dengan mengamalkan risalah (perutusan) Islam, iaitu risalah yang dibawa obor-obornya oleh kamu. Bangkitlah dan siarkanlah nya ke seluruh alam. Buktikan pada Dunia bahawa graduan Al-Azhar tidak 'ceroi' seperti yang mereka sangkakan.
Salam Imtihan buat semua, moga kita semua berjaya meraih kecemerlangan di tahap paling maksimum untuk Islam yang kita intima' lagi kita cintai ini.
Ayuh sahabat-sahabiah kita bangkit merealisasikan HARI ESOK ADALAH UNTUK ISLAM!
TAKBIRRR!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan