"saya sebenarnya berasa hampir futur setelah menjalani program-program di sini, saya rasa kekuatan saya hampir hilang dengan suasana yang kurang membina, sikap sahabat-sahabat dan macam-mcam lagi" tersentak saya dalam slot muhasabah malam itu tatkala mendengar luahan hati tersebut. Apabila saya cuba mengamati wajah insan yang melontarkan kalimah tersebut,nyata dia antara salah seorang adik ikhwah yang saya kagumi.

"apa yang akan awak fikir kalau saya kata saya rasa macam nak futur je?" luah seorang teman baik saya suatu hari.

Demi Allah saya sangat sayangkan kalian kerana Allah Taala, tidak kira ikhwah mahupun akhawat atas dasar ikatan Aqidah Islamiah. Walaupun saya menyedari betapa seringkali saya gagal menpamerkan rasa cinta saya kepada kalian. Mungkin kerana dosa saya terlalu banyak menyebabkan lontaran gelombang sayang saya 'pending' untuk sampai ke hati kalian.

para daie penerus risalah suci yang saya kasihi lillah..

Di sebut dalam kitab rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah oleh Fathi Yakan bahawa para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat “Rabbaniyyin”. Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan
‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri. Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain.

Beliau menambah lagi, orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa. OIeh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar
kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dan orang yang mendidik manusia lain.

Sesungguhnya pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.


الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ
( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ( 3

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk
mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3)


Di dalam hadith dinyatakan:

الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل

“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,
kemudian orang yang paling baik selepas itu.”


ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya
mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka
mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci
(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.


حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh
keghairahan syahwat.


Di dalam buku tersebut di nyatakan 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat
ii) Orang yang ‘abid
iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Orang yang berpuasa atau berkelana
v) Orang yang rukuk dan sujud
vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar
vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu
Wata’ala


bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah
Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut
dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i)Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak
ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur
iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan
memperkatakan yang bathil
v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap


Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:

i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya
ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya
iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala
v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala
vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala
vii) Redha
viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam


Sesungguhnya peranan pemuda Islam hari ini ialah suatu peranan dan tanggungjawab yang berat,jalannya penuh dengan onak. Tanggungjawab mendirikan Islam dalam realiti kehidupan manusia hari ini memerlukan kepada generasi Al-Quran yang baru mengikut generasi Al-Quran pertama. Pada hari itu barulah orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah. Semoga kita semua tidak futur dalam mendepani ibtila' yang mendatang. wallahu 'alam.