MENGAPA PERLU MENULIS??

Firman Allah Taala dalam surah al-'Alaq ayat 1-5:

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."




Ada banyak sebab mengapa kita perlu menulis. antaranya ialah ;

1- PERANAN KITA SEBAGAI DAEI

# Untuk Berdakwah #

# Menurut Jejak Langkah Ulama' Silam


2- MEMBANTERAS AJARAN DAN ALIRAN SALAH

# Aliran Sekular #

# Golongan Anti Hadith #

dan banyak lagi....



Sahabat-sahabiah yang saya kasihi lagi saya sayangi kerana Allah Taala..

Tanggungjawab kita sebagai daie, ulama' pewaris Nabi khususnya kepada Azhariyyun adalah sangat berat dalam tugas meleraikan segala permasalahan masyarakat di tanah air yang kita cintai. Kita terpaksa mengorbankan masa, pemikiran dan harta benda semata-mata untuk merealisasikan tanggungjawab yang telah di amanahkan. Adalah wajib kita semua untuk tidak membiarkan umat Islam berada dalam keadaan runcing akibat beberapa aliran yang salah.

Islam juga menuntut kita untuk menyebarkan serta meninggikan kalimah sucinya dan menyampaikan alternatif penyelesaian Islam kepada masyarakat bahawa Islam mempunyai ketinggian dari agama-agama yang lain. Oleh itu, Islam amat menggalakkan kita agar membaca, menulis dan memperbnyakkan serta mempelbagaikan bidang bacaan agar cita-cita untuk menyampaikan visi dan misi ke hati-hati masyarakat Islam akan tercapai kelak.

kadang kadang saya terpukul bilamana ada dari kalangan sahabat-sahabat saya dari aliran bukan agama yang bercerita tentang golongan azhariyun yang balik kini ke Malaysia tidak lagi tajam taringnya seperti orang dahulu. Ya, mungkin ada benarnya. Saya tidak menafikan ramai yang begitu, termasuk diri saya yang hina ini.

Azhariyyun dan mereka yang berjiwa pembela Islam yang saya sayangi..
Kiat semua harus menerima hakikat bahawa kita adalah pewaris Nabi dan rasul. Tugas mereka sangat mulia kerana mereka menjadi guru, mengajar ajaran tauhid kepada manusia di seluruh sarwajagat. Begitu juga dengan para ulama' selepas itu yang telah meneruskan usaha murni utusan Allah Taala itu dengan menulis kitab-kitab dan menyebarkan ilmu-ilmu yang diwariskan oleh para nabi dan Rasul. Maka sudah sewajarnya kita selaku ilmuan Islam Yang bakal dinobatkan sebagai cendekiawan agama, warsatul anbiya' meneruskan tugas-tugas mereka menyampaikan dakwah dan menyebarkan syiar Islam. Siapa lagi yang diharapkan untuk menyiram dan membaja hati dan jiwa masyarakat dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan untuk tunduk pada Pencipta kalau bukan kita??

Kadang-kadang saya berasa amat takut bilamana melihat ramainya golongan penulis orientalis dan penulis-penulis Islam yang tersalah fahamannya yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dewasa ini. Mereka bukan sahaja berjaya menyebarkan fahaman mereka menerusi makalah yang mereka edarkan di sekolah-sekaloh, pusat pengajian tinggi, di kampung, di bandar dan lain-lain malahan mereka sangat menggunakan sepenuhnya media cyber untuk lebih menguasai sasaran mad'u mereka. Maka saya berfikir, tiada cara yang lebih halus untuk kita menentang mereka yang menyebarkan fahaman dakyah palsu yang sebegitu melainkan kita juga harus bayak membaca dan menulis.

'Saya tak retilah menulis hafizah, awak bagilah pada org lain untuk tulis artikel ni ye?
'cantiklah blog dia tu, banyak citer best aku dapat. aku pun nak buat blog cantik macam tu lah'

Bagi saya semua orang ada bakat menulis jika mahu. Ya, asalkan kita mahu semua perkara akan menjadi kan? alangkan belakang parang kalau diasah menjadi tajam, inikan pula kita yang diciptakan menjadi manusia bukan parang tadi..

Ayuh, sahabat-sahabat,,tulislah sesuatu yang bermanfaat untuk UMMAH. janganlah kita berlumba-lumba menghias blog hanya untuk tampak atau menjadi cantik tapi isinya 'tarak'. Saya tidak menunding jari kepada sesiapa, kerana jari yang menaip kalimah inilah yang terlebih dahulu akan disoal.

Akhir kalam dari saya yang hina ini,
saya yakin setiap orang punya alasan tersendiri mengapa dia membuka ruangan blog peribadi. Saya menyedari bahwa usia saya tidak panjang, maka saya berharap saya dapat membuat sesuatu sementara usia masih berbaki. Semoga saya dapat tinggalkan sesuatu untuk umat ini. Saya belum mampu untuk menulis kitab mahupun sebuah buku, maka saya perlu memupuk mahu menulis yang simple-simple agar saya mampu menulis untuk penyebaran dakwah Islam kelak. saya pohon doa dari sahabat-sahabat agar mendoakan saya dapat menjadi seperti Zainab al-Ghazali, bonda yang saya rindui..saya teringin untuk mati sebagai syahidah.

Kepada kamilah, terima kasih kerana menceritakan mimpi mufid melihat saya menjadi seorang penulis hebat di masa hadapan. saya sangat terharu. mungkinkah dapat saya realisasikan mimpi mufid sedangkan saya baru merangkak untuk belajar menulis? insyaAllah..

kepada k.ila, ahli ghurfah yang saya sayangi..terima kasih kerana selalu menghiburkan dan memberikan kata peransang buat saya kala diri kesedihan dan disaat semangat saya hampir pudar sirnanya.

kepada semua sahabat-sahabat saya di mana jua kalian berada, ketahuilah saya sayangkan kalian semua kerana Allah taala. Moga kita semua dapat bersama di Syurga kelak..