anak cina menjual tauhu
tauhu di jual dengan Pak we
apakah ikhwah tak tahu?
zaman sekarang zaman akhawat POWER..
Tahniah saya ucapkan kepada akhwat mansurah meliputi kuliah Al-Azhar, kuliah Qiraat mahupun Medic Mansurah yang telah berjaya beraksi di gelanggang futsal sempena SULAM '08 tahun ini..saya tahu sangat sukar untuk golongan ikhwah sbnrnya nk percaya bagaimana akhwat yg brtudung litup labuh, berjubah mampu beraksi di padang bersama bola sepak ikhwah...
saya sendiri pun payah nak percaya tahun lepas tika permainan ini mula diperkenalkan, tapi itulah realiti.. jika mad'u kita di luar sana mampu beraksi 'futsal', maka akhwat juga perlu tahu selok belok 'permainan' ini..dan bagi saya 'skill' ini perlu dan amat penting saat kecemasan jika akhawat 'diganggu' arab bukan?
syabas buat k.nihlah, yang berjaya menggondol hadiah tempat pertama pertandingan tulisan khat, rabiah yang turut berjaya mendapat johan pertandingan sajak, begitu juga habibah dan izwa yang telah membolot hadiah petama bagi pertandingan nasyid..kesemua mereka adalah ahli bait saya...hanya saya je yang tak dapat menggondol apa-apa.. Syabas semua, walaupun saya tidak berjaya membolot apa-apa hadiah pertandingan, tapi tak pe..korang menang pun sudah cukup buat saya rasa gembira sebab jadi ahli bait korang..(jangan marah ye..)
Tahniah juga buat semua yang telah menjayakan program BAZARIA ASEAN dan SULAM '08..kepada yang menang jangan lupa untuk berkongsi hadiah dengan saya ye? kepada yang kalah, jangan sedih-sedih kita boleh cuba dalam SULAM tahun depan ok..? Bagi semua sahabat-sahabat tahun tahun akhir, semoga kita mampu menggondol kecemerlangan MUMTAZ tahun ini. bukan untuk diri kita semata, tapi untuk IZZAH ummah. YAKIN BOLEH kata ayahanda Zamri Shapiq, insyaAllah..
*"sudah pupuskah ikhwah di dunia? kenapa dalam program kehadiran ikhwah sangat kurang memberangsangkan hingga pernah dalam satu pertemuan hanya seorang sahaja ikhwah yang hadir..?"tanya seorang sahabat kepada saya..
Ayuh kita ke muktamar Sanawi PMRAM esok dan lusa dengan idea untuk memantapkan persatuan.
0 ulasan:
Catat Ulasan