"Saya mencadangkan agar istilah kempen basmi 'couple tak syarie' ditukar kepada kempen IKTILAT NERAKA dan ANTI MUQADDIMAH ZINA". Seorang perwakilan (saya kurang ingat dia dari mana) bangun memberikan cadangan tika membahaskan ucapan dasar Presiden PMRAM pada 5hb April 08 tempohari di Dewan Solah kamil, Hayyu Sadis, Kaherah.

Satu istilah yang cukup 'ganas' namun cukup mantap saya kira. Cadangan tersebut mendapat tepukan gemuruh dari ahli sidang muktamar pada hari itu.


lain pula halnya apa yang saya petik dari akhbar harian metro hari ini:

“Saya seperti seorang puteri, umpama aktres Julia Roberts dalam filem Pretty Woman,” kata Sufiah Yusof, mengenai layanan terhadapnya oleh mereka yang melanggannya.

“Mereka gembira kerana saya mampu memberi rangsangan terbaik untuk minda dan tubuh mereka. Pengalaman saya tidak dibazirkan. Malah, saya biasanya membawa kerja rumah atau mengulang kaji sebelum memenuhi temujanji,”

“Ramai menganggap khidmat teman sosial pekerjaan keji tapi tidak bagi saya. Saya memiliki keinginan seks yang tinggi dan kini saya miliki apa yang saya inginkan. Hakikatnya, ramai lelaki melayan teman sosial lebih baik daripada teman wanita mereka.

“Malah, ada antara pelanggan saya kagum dengan minat saya dalam matematik. Saya pernah melayan seorang lelaki sambil bercerita mengenai matematik ketika melakukan seks,” katanya lagi.

Bapa Sufiah kini dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya.

"Eeee...makin teruk kan Sufiah sekarang ni" celoteh teman baik saya petang tadi tika dalam perjalanan pulang dari maahad.

Entah mengapa Hatiku menjadi sayu apabila mengenangkan Sufiah. Saya tahu mungkin ramai di luar sana yang melemparkan berbagai tuduhan kepada sufiah.

Entah kenapa saya teringatkan kata-kata seorang kenalan saya dari pondok pasir tumboh tentang perempuan hari ini yang tidak boleh dipercayai. Suka mempermainkan lelaki, perempuan lah punca segala fitnah, curang, suka bermain kayu tiga dan bermacam lagi tohmahan yang dilemparkan pada mereka yang bernama perempuan.

Ya memang benar, tiada siapa yang dapat menyangkalnya tentang bahaya fitnah wanita. Tetapi berapa ramaikah yang bangkit menyatakan ketidakpuashatian terhadap wanita beserta cadangan pelaksanaan dan kesediaan untuk memperbaiki mereka??


BERKECAINYA SEBUTIR PERMATA

Seperti kata Iqbal yang saya petik dari buku al-Mukminah as-Solehah:

"la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya."

Manusia moden dilengkapi dengan kekuatan tetapi berpandangan cetek. Orang yang menjumpai kuasa matahari (solar radiation) tidak dapat menerangi jalannya sendiri, dan orang yang mencari orbit bintang-bintang —dan jika Iqbal ditakdirkan masih hidup pada hari ini ia mungkin akan berkata, orang yang menuju ke bulan tidak dapat mengembara dunia fikirannya sendiri dan menjadikan rumahtangganya tempat yang bahagia. Orang yang menukar dunia menjadi syurga berakhir dengan menjadikan rumahtangga sebuah neraka. Banyak dari keluarga-keluarga Barat yang tidak dirahmati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa mereka mencarinya di kelab-kelab dan lain-lain aktiviti luar.

Saya pernah membaca kisah Sufiah ini satu masa di zaman persekolahan dulu. Dulunya Sufiah Yusof, 23, adalah merupakan kanak-kanak genius matematik di Oxford University ketika berumur 13 tahun, tetapi kini ia dilapurkan sebagai wanita yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di rumah flat murahnya di Salford, Mancester.

Apa yang menyedihkan lagi dalam kisah Sufiah Yusof ialah kepintaran beliau dalam bidang pengajian akademik. Alangkah beruntungnya sekiranya beliau dan pelajar-pelajar Islam Malaysia seperti beliau dididik dalam masa yang sama dengan tekun dibidang Islam seperti menghafaz Al-Quran, hadis sahih Bukhari dan Muslim, Usul Fiqh, Fiqh Ekonomi Islam dan Perakaunan. Sufiah mungkin boleh menjadi seorang mujtahid kewangan dan ekonomi Islam abad ini, berjuang berdepan sistem ekonomi berasas riba yang masih dominan menjadi dasar dan falsafah banyak negara termasuk Malaysia. Sistem ekonomi Islam, bank dan institusi kewangan Islam sangat berhajat kepada pelopor-pelopor genius seperti Sufiah. Boleh sahaja para genius seperti ini mengaggotai EPU (Economic Planning Unit) negara, mengeluarkan polisi-polisi memandu negara dan umat mencapai dan mencabar dominasi Barat terhadap ekonomi dunia. Alangkah...

Potensi yang ada pada Sufiah Yusof dan seumpama beliau saya ibaratkan seperti permata bagi umat Islam hari ini. Jika digilap baik dan diletakkan dicincin, tempat yang selayaknya, maka keindahannya akan terserlah kepada semua. Namun kita hidup di dalam dunia zaman kini yang penuh Jahiliyah disegi sistem dan aktornya. Bukan sahaja penyimpangan dari jalan Allah ini telah dan sedang memusnahkan banyak harta dan jiwa yang tidak berdosa, tetapi juga sistem dan insan Jahiliyah ini telah membunuh begitu banyak potensi seperti Sufiah, samada di negara kita, di dunia Arab maupun di dunia ini.

Islam datang untuk menggilap potensi insan dengan Al-Quran, menunjukki baginya jalan As-Sunnah lalu berperanan membawa kesejahteraan kepada dunia dan bani insan.

Sungguh banyak sebenarnya kisah seumpama Sufiah di luar sana. Semuanya hanya menanti kita untuk bersama menggembeleng tenaga membaiki ummat buih, mencurahkan bakti dengan ilmu yang telah di timba.

Alangkah indahnya syair yang berjudul "Al-Karaib" yang dihafal oleh seluruh anggota ikhwanul muslimin:

"Kami adalah lemah lembut bila malam tiba, Kami kerumuni mihrab kami dengan rasa sedih, Kami adalah perajurit-perajurit perkasa di medan laga, Musuh memandang kami tak terkalahkan bagaikan singa. "

Untuk itu, ayuh! Wahai anda yang lelap tenggelam di peraduannya, Bangkit lah wahai para pemuda pemudi Islam sekalian. Bangunlah, ingatlah Yang Hidup, Yang Tidak Pernah Tidur, Tuhanmu memanggilmu untuk ingat kepadanya. Sedang anda terlena oleh kenyenyakan tidur.

Ampunilah dosa kami yang Hina ini ya Allah..