“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”
(SURAH FATIR; 32)

Allah Swt mengangkat darjat Ahl al-Qur’an (manusia yang senantiasa berinteraksi dengan Al-Qur’an) menjadi keluarga Allah Swt. (HR. Imam Ahmad)



Sesi perbincangan teknik menjawab soalan al-Quran Tahriri, Ulumul Quran dan Tarikh Mushaf kami buat di Nujhi 1 pagi itu.

Oleh kerana ramai yang jadi burung hantu musim imtihan ni, maka ramai jugalah yang terbabas tidurnya selepas subuh hari tu. Di tambah pula subuh yang awal pada masa tu (jam belum tukar), jadi ada jugalah insan yang tak tidur lansung waktu malam sehingga subuh, selesai je solat subuh baru tidur.

Ada orang kata memang mantaplah orang yang stail studi macam ni. Tepuk dada, tanya selera. Ada benarnya.. Namun, secara peribadi, saya kurang bersetuju, meskipun ada juga baiknya. Kenapa? Sabar… saya akan terangkan nanti.


AL-QURAN ITU MUKJIZAT

“Awak dah I’adah Quran berapa juzu’?" tanya seorang teman pada teman saya di sebelah kiri.

“Tak tahulah awak, saya ni kejap i’adah sini, berlubang sana, korek sini, bocor sana. Pening kepala di buatnya…tak tahu nak i’adah mana. Risau lah…"Jawab teman saya yang seorang lagi.

“Awak ngulang camne ye Fizah?” tanya teman saya lagi

“Saya pun macam awak juga.” Saya cuba untuk menenangkan kawan saya yang bertanya. Meskipun dalam hati bagai tsunami saya rasakan bila mendengar target soalan yang dibuat oleh teman-teman semasa perbincangan tadi.

Apa yang dapat saya simpulkan hasil dari perbincangan tersebut, nak tak nak kita kena masyi 30 juz. itu je..

Bantulah kami dalam mengingati kalam Mu ya Allah.. Kami teramat lemah..


TIP MENGULANG QURAN YANG BERKESAN


Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata kerana ia adalah al-Qur’an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam.

Sembilan tips menelaah al-Quran yang saya dapat:

1. Memiliki sikap ingin menelaah al-Quran
2. Membersihkan prasangka bahawa menelaah al-Quran akan menyebabkan kesesatan
3. Menyedari bawa al-Quran di turunkan oleh Allah
4. Menyedari bahawa al-Quran ditujukan kepad diri kita sendiri
5. Menjadikan al-Quran sbg pemimpin bukan sebaliknya
6. Membebaskan al-Quran dari batasan orang, masa dan tempat
7. Tidak memandai-mandai sendiri dalam mentafsirkan al-Quran
lagi dua saya lupa apakah dia, jika terjumpa nanti saya akan masukkan ye.


Ada banyak tips mengulang al-Quran, namun InsyaAllah saya akan cuba kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit daripda tips yang saya kutip daripada beberapa orang muallim, rakan juga sedikit tip yang saya amalkan.


*Pemakanan

Ada orang kata, makanlah apa sahaja, kalau tak ngulang tak dapat juga. Ya, saya setuju. Perkara ini turut dipegang oleh Ustaz Hamzah yang menjadi Imam Besar Masjid Negara sekarang. Namun saya lebih suka amalkan kena rajin “ngulang al-Quran dan jaga pemakanan”. Bukankah makanan mempengaruhi hati?

Selalu amalkan minum madu awal pagi dan sebelum tidur. Masa saya sekolah dulu, abang saya gemar membelikan saya badam dan zabit. tapi badam kan mahal sekarang ni? Jadi amalkan je ‘makan balah bil luz’. Ataupun beli kurma kering, rendam dalam air susu, lebih sedap lagi berkhasiat.


*Mengulang dalam solat

Untuk Ingatan yang kuat, kena rajin baca dalam solat, lagi-lagi kalau dapat bawa dalam solat di tengah malam” pesan seorang pensyarah saya.

Saya ada beberapa orang sahabat di Shoubra, namun suka saya kali ini untuk membawa sahabat-sahabat cerita seorang teman saya ustaz Syarafuddin yang baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama adik juga sahabat baik saya Hanifah Mazlan yang kini masih menuntut di tahun 2 Universiti Mu’tah Jordan. Alhamdulillah bait muslim akhirnya menjadi bait al-Quran.

Seoarang teman rapat saya pernah bercerita tentang beliau tentang cara beliau menjaga hafalan beliau. Mulanya memang kami tidak tahu, tapi setelah dikorek, akhirnya terbongkar juga.

Beliau istiqamah mengulang al-Quran dalam tahajjud. Kata beliau meskipun penat dalam mengurus urusan organisasi beliau akan cuba gagahkan juga diri untuk bangun, walaupun hanya dengan solat secara duduk.

Bagaimana dengan kita? Saya sendiri sangat culas, apatah lagi jika badan terlalu penat, maka sering juga saya tidak terbangun awal sebelum subuh.

Saya masih lagi ingat cerita Ustaz Zamri Shapiq semasa kami masih menuntut di Darul Quran suatu masa dahulu tentang cerita seorang pensyarah yang di temuduganya untuk pengambilan Pensyarah Jemputan Tasmi’.

Kesemua solan al-Quran yangh di ajukan oleh ustaz Zamri berjaya dijawab dengan baik dan lancar oleh ustaz yang ditemuga tersebut menandingi calon-calon sebelumnya. Maka apabila ustaz tersebut di tanya bagaimana caranya dia menjaga hafalan, Dengan tenang ustaz tersebut menjawab:

“Saya cuba mengulang sebanyak yang mungkin, terutamanya pada bulan ramadhan. Pada bulan ramadhan tersebut saya akan pastikan saya akan mengulang juz yang saya I’adah dalam sehari sebnyak 10 kali. Ini bermakna jika di darab, saya akan cuba mengkhatamkan al-Quran sekurangnya sebanyak 30 kali”

Aduh, tergamam dan terlopong sebentar saya mendengar cerita ustaz Zamri tika itu. Untuk saya khatamkan sekali dalam sebulan pun sudah begitu rumit, apatah lagi 30 kali. Satu motivasi untuk saya.

Saya juga tertarik untuk berkongsi dengan sahabat kisah allahyarham al-fadhil us Shahminan yang kami kasihi yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2003 tidak salah saya akibat sakit dalam perut (moga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah), tentang cara beliau menjaga hafalan al-Quran.

Beliau sangat gemar jika perjalanan dia untuk mengajar ke Darul Quran ada traffic jammed. Tabiat yang pelik bagi kita kan? Tapi bagi beliau, itulah masa yang paling disukainya kerana semakin banyak dan panjang perjalanan traffic jammed tersebut, maka semakin banyak al-Quran yang dapat di ulang.

Satu perkara yang cukup memberi kesan kepada saya dari cerita seorang teman saya ialah beliau sangat teringin untuk mati sebaik sahaja al-Quran betul-betul tamam dalam dirinya. Maha Suci Engkau ya Allah, pemilik al-Quran. Kalam Mulia lagi Agung.

Imam Syukbah bin ‘Iyash bin Salim dengan kuniahnya Abu bakar, perawi kepada Imam Qiraat ‘Asim bin Abi Najud sendiri telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak lapan belas ribu kali sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau bukan sahaja alim kabir dalam Qiraat bahkan merupakan salah seorang dari ulama’ besar dalam ahli sunnah.

Subhanallah… sungguh terbalik dengan diri ini, semakin sibuk, semakin jauh dari Quran. Sangat berbeza dengan mereka ya Allah. Sunnguh terasa kerdil hamba-Mu ini ya Allah… Jadikanlah kami ya Allah orang yang mengikuti jejak langkah mereka. Amin..


*Camne nak ngulang saat akhir-akhir untuk peksa ni?

Sebenarnya al-Quran tak boleh kita paksa untuk ingat sebab nak exam. Mengapa perlu kita pulun untuk pastikan kita boleh jawab mumtaz depan mumtahin maahad nanti? Tak takut ke kalau ditakdir kan kita mati masa tu, al-Quran akan akan mengadu pada Allah tentang kelakuan kita. Ampunilah hamba-Mu yang dhaif ini ya Allah…

Ada orang yang mumtaz semasa di Malaysia dulu, tapi di sini Allah Taala uji dia kena ngulang lagi setahun. Apakah masalah dia yang sebenarnya? Salah teknik ngulang ke? Ayuh, kita analisis bersama.

Seorang ustaz yang kami jemput dalam SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN untuk pelajar Qiraat bercerita, pernah seorang ustaz ni dia boleh jawab 19 soalan Quran syawafi. Tapi oleh sebab dia gagal hanya satu soalan terakhir, maka takdir Allah Taala menetapkan dia gagal untuk periksa kali tu.

Lain pula halnya dengan cerita seorang lagi teman kita, orangnya tampak tenang sahaja meskipun dari berbagai soalan yang ditanya oleh mumtahin, hanya 2 sahaja yang mampu dijawabnya. Itupun setelah beberapa kali tukar soalan. Tapi alhamdulillah, setelah keputusan periksa keluar, dia antara orang yang lulus dalam madah Quran syafawi.

Tak kurang juga ada yang rezekiya agak baik, dapat soalan surah al-Baqarah je. Syeikh yang jadi mumtahin siap senyum lagi,tahu-tahu keluar natijah MUMTAZ. Mak ai..


*Mampukah kita mengulangi sejarah

Saidina Uthman r.a bersama beberapa orang dari para sahabat yang terdiri daripada kalangan muhajirin dan ansar telah bertungkus lumus dalam usaha penyalinan semula mushaf selepas zaman Abu Bakar r.a.

Mereka sangat teliti dalam memastikan al-Quran yang di salin semula itu adalah benar-benar ayat al-Quran yang tidak dinasakhkan bacaannya serta kekal dalam semakan terakhir Rasulullah s.a.w. bersama Jibril.

Ketelitian itu dapat dilihat ketika mana mereka memastikan ayat-ayat tersebut bukanlah ayat-ayat yang mereka ambil dari orang perseorangan, melainkan wajib membawa dua orang saksi bersama. Mereka juga tidak mengambil Selain dari ayat al-quran yang ditulis di dalam sesetengah mushaf para sahabat sebagai huraian kepada makna atau penerangan kepada ayat yang nasikh, mansukh dan sebagainya.

Imam Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Naim, Imam pertama dalam maratib Imam Qiraat meriwayatkan; ketika mana dia memandikan jenazah Imam Abu Ja’far selepas kewafatannya, dia melihat di dada Abu ja’far adanya nur al-Quran seperti helaian mushaf. Ada riwayat yang mengatakan mereka melihat adanya di dada Abu ja’far Nur al-Quran yang warnanya sangat putih seperti putihnya susu.

Ikhlas kepada Allah Taala dalam setiap perbuatan kita adalah elemen yang paling penting sekali.

Usah terlalu gembira jika kita berjaya menjawab soalan dengan baik. Usah juga terlalu berduka andai kita kurang mampu menjawab soaln dengan baik.

Teruskan berusaha dan serahkan pada Allah Taala dengan memperbanyakkan doa, solat hajat, istikharah, berbuat baik sesama manusia dengan cara memudahkan urusan mereka.

Niatkan kita ingin buat yang terbaik untuk Islam yang tercinta. Moga dengan wasilah kecemerlangan kita dalam imtihan menjadi asbab ketinggian Islam.

Bagi sahabat-sahabat dan teman saya yang di uji, kuatkan semangat untuk imtihan kali ini. InsyaAllah, saya yakin Allah tidak uji melainkan kerana DIA tahu kalian mampu unuk berdepan dengan ujian ini. kita doa sama najah sofi durr awal ye kali ni?amin...

Ayuh, teman semua. Pasakkan azam dan tekad yang padu untuk imtihan kali ini. Kitalah pewaris Anbiya’, Ulama’ yang di amanahkan untuk menjaga dan memperbaiki ummah.

“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”


Yakin BOLeh!
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan walau sedetik diri ini untuk kami memilih sendiri jalan perjuangan hidup yang perlu ditempuhi.
Pimpinlah kami ya Allah…Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini yang kurang bersyukur dengan nikmat yang di beri saban waktu.
Matikanlah kami ya Allah sebaik sahaja al-Quran telah benar ada didada kami ya Allah..