Sanah Helwah ya Jamilah, Sanah Helwah yang Habiibii, Sanah Helwah ya Ukhtie, Sanah Helwah Kullukunna (Sila nyanyi dengan itonasi yg betul ye :) )



Sungguh ramai sahabat-sahabat saya yang akan menyambut hari lahir mereka pada bulan Mei ini. Nasib baiklah duduk jauh, kalau tidak letih juga nak membeli hadiah untuk semua orang ( hehehe..jgn mare..).

Alakullihal, kalian tetap di hati.. Terutamanya k.Nihlah yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi; selamat hari lahir (Koi nk jadi org first ucap :D ), K.suniza, Ruby, Bibah, Hasanah jordan, K.long Suriati dan semualah (tak cukup ruang nak tulis semua)... Semoga kalian diberikan kejayaan dan kebahgiaan di dunia daan akhirat, amin.... Tolong doakan kat koi sama ye?



HIKMAH

Apakah yang dimaksudkan dengan HIKMAH? Sungguhpun di sana ada banyak pengertian hikmah yang dapat diberikan, namun suka untuk penulis petik pada kali ini tentang pengertian Hikmah yang di ambil dari kitab Uslub ad-Dakwah fi al-Quran.

Menurut kitab tafsir al-Kasyaf, karangan Zamakhsyari, Hikmah bermaksud menyampaikan risalah dengan cara yang paling tepat dan berkesan, disamping merupakan suatu bukti yang mampu menyuluh kebenaran demi menyingkirkan segala keraguan.

Penulis menyatakan lagi: “Sesungguhnya al-Quran juga disebut sebagai al-hikmah; iaitu serulah mereka kepada kitab yang merupakan hikmah.”

Manakala menurut kitab al-Wajiz. “Hikmah bermaksud hujah yang digunapakai oleh seseorang yang ingin mengetahui tentang agama.”

Kesemua ini merupakan bentuk pandangan-pandangan yang menjadikan hikmah sebagai elemen yang amat intim dengan karier dakwah.

Dari aspek yang pertama, kita melihat hikmah diungkapkan sebagai seruan dengan kebaikan dan tegahan supaya menjauhi perkara yang keji. Adapun dari aspek yang kedua: Hikmah diertikan dengan mendatangkan hujah daripada ayat-ayat al-Quran untuk tujuan dakwah, manakala dari aspek yang ketiga; Hikmah bermaksud menegakkan perkara yang haq dengan mendatangkan bukti-bukti yang benar.

Namun demikian, kita dapat melihat dengan jelas bahawa kesemua penafsiran yang diberikan adalah kurang menepati tujuan dan kehendak sebenar ayat al-Quran yang bermaksud “Serulah mereka kepada kitab yang terkandung di dalamnya hikmah”.

Hikmah yang sebenarnya juga bukanlah untuk membicarakan tentang rutin harian nabi s.a.w. agar ianya dijadikan topik perbincangan dakwah, yang menuntut agar melaksanakan apa yang dilakukan sehari-harian oleh nabi dan meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh nabi. Ini kerana perkara tersebut jelas diperakui melalui risalah kenabian yang membawa wahyu ilahi, di mana ianya sememangnya telahpun merangkumi perintah, larangan dan ajaran yang berkaitrapat dengan urusan kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

Al-Quran merupakan elemen yang cukup penting dalam dakwah, bersesuaian dengan sifatnya yang bukan sahaja menjadi identiti kepada gerakan dakwah nabi s.a.w bahkan merupakan bukti mukjizat yang agung dan berkekalan. Sesungguhnya Islam merupakan prospek dan sendi utama dakwah ke jalan Allah yang lengkap dari aspek pengajaran dan pedoman serta kitab al-Quran yang mengandungi segala hukum hakam dan pengajaran. Perkara ini disebut daalam firman Allah s.w.t. yang berbunyi: الى سبيل ربك ))
Manakala penafsiran al-Hikmah yang dikaitkan dengan hujah-hujah, dalil-dalil dan bukti keterangan, kesemuanya membawa penafsiran yang kurang tepat. Ini kerana, hikmah itu sendiri bukanlah suatu perkara yang baru dalam arena dakwah dan Nabi s.a.w., bahkan wahyu al-Quran itu sendiri bertitik tolak daripada konsep yang demikian, persis sifat dakwah itu sendiri yang dicanang dengan acuan al-Quran, yang sememangnya dipacu dengan dalil-dalil sejak bermulanya era gerakan dakwah.
Jikalau begitu, apakah hikmah dalam maknanya yang sebenar?

Sepertimana yang kita sedia maklum disepanjang membahaskan maksud perkataan hikmah, didapati bahawa hikmah sebenarnya lebih sinonim kepada sifat pendekatan dakwah, kepentingan kita mengaitkannya dengan hikmah dan cara yang boleh digunakan untuk menempuhinya.

Oleh yang demikian, ayat itu tadi berusaha memandu jalan dakwah ke arah yang lebih praktikal, memimpin dan membimbing manusia mengharungi kemungkinan mendapatkan kuantiti sasaran yang lebih besar untuk menyatukan agama dan aqidah. Perkara ini menjadi petanda hakikat yang sebenarnya adalah kosong daripada apa yang kita bahaskan dan realitinya juga adalah sifar dan tidak mungkin untuk dilontarkan kepada manusia tanpa pendekatan yang realistik dan tanpa meneliti persekitaran serta mempelajari apa yang berkaitan dengannya.

Berdasarkan keterangan ini, apa yang sebenarnya dikehendaki oleh hikmah berdasarkan apa yang kita fahami daripadanya ialah merentasi jalan yang realistik untuk melaksanakan tugas, dengan kata lain; apa yang kita faham bagaimana cara kamu melihat persekitaran semasa dalam kelompok masyarakat yang kamu diami dan mengkaji corak akal fikiran, psikologi dan hubungan kemasyarakatan seterusnya meletakkan setiap satunya sesuai dengan ukurannya sebelum memulakan sebarang tindakan
Apabila kita aplikasikan antara hikmah dan dakwah, maka kita akan dapati bahawa hikmah merupakan momentum untuk mengingatkan orang-orang yang memikul urusan dakwah supaya tidak menjadikan pendekatan yang mereka bawa dalam melaksanakan tugas dakwah tersebut hanya dalam satu bentuk pendekatan semata-mata, akan tetapi perlu dipelbagaikan menurut kesesuaian kondisi persekitaran sasaran dakwah, dan dibangunkan dengan nilai-nilai agama kerana realitinya dakwah tidak akan berkesan sekiranya diletakkan timbangan yang sama di antara orang yang bodoh dengan orang yang berilmu pada perkara-perkara yang disampaikan dan pendekatan yang mereka terima. Sesungguhnya corak komunikasi dan kefahaman yanag dimiliki oleh masyarakat setiap satunya berbeza di antara satu sama lain, begitu juga ada di antara mereka yang memiliki sifat-sifat menentang dan mempertahankan pegangan secara habis-habisan, sementara sebahagian mereka yang lain memiliki sifat yang tenang; yang mampu memberikan ruang kepada akal fikiran untuk berfikir dengan waras dan membuahkan ketenangan jiwa yang membolehkan dirinya membuat penilaian dan pertimbangan yang wajar.

Keadaan tersebut akan mendorong kita untuk menyajikan kepada sasaran satu bentuk pemikiran yang lengkap butirannya, sementara dalam kondisi yang lain pula cukup hanya dengan kita mengetengahkan isi-isinya yang utama sahaja.

Jelaslah kepada kita apa yang dimaksudkan dengan hikmah , yang mana ianya amat berkait rapat dengan istilah “al-Murunah” dalam pelbagai kondisi. Ini kerana, ianya tidak menetapkan pendakwah tertumpu pada satu uslub sahaja dalam setiap tindakan, bahkan ianya senantiasa mempunyai alternative yang pelbagai bergantung kepada corak suasana, prinsip dan tingkah laku yang dimiliki oleh sasaran pendakwah tersebut.
Menurut pandangan beberapa ulama’ tentang al-Murunah dari sudut lughah; al-Murunah bermaksud mengikut kehendak apa yang ingin disampaikan. Ianya menambah kefahaman tentang hikmah dan menggamit hati sanubari kita kerana mempunyai titik persamaan yang paling hampir.

Oleh yang demikian, perlulah dinyatakan di akhir perbincangan ini, konsep al-murunah atau fleksibel dalam gerakkan dakwah serta formula-formula dakwah yang mempunyai pertalian tidak akan berjaya sekiranya pendekatan yang digunakan bertentangan dengan prinsip umum Islam yang menuntut pegangan moral yang kukuh yang merupakan prasyarat utama dalam merencanakan setiap tindakan.


P/S; TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT SAHABAT BAIK SAYA YANG TELAH BANYAK MEMBANTU DALAM MENYELESAIKAN TERJEMAHAN INI :)

Dengan penuh rasa rendah hati saya menjemput kepada seluruh teman-teman yang masih mengenali diri yang dhaif ini terutama sekali teman-teman dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara, Darul Kautsar (Kelate), Maahad Tarbiah Islamiah, Darul Quran JAKIM, Maahad Qiraat Mansurah (Termasuk seluruh warga DPMM), Warga Badan Anak Negeri Perak (BKAN) dan Teman-teman di Fakulti Pengajian Islam UKM untuk menhadiri majlis walimah saya yang akan berlansung pada 31 mei 2009, bertempat di teratak ayahbonda beralamat lot 743, lorong 5-7r, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.



Majlis tersebut tidaklah terlalu besar, namun bagi meraikan semua sahabat-sahabat yang mungkin tidak dapat saya hubungi melalui telefon dan utusan kad jemputan secara rasmi, maka saya mersakan perlu untuk saya menghebahkannya di sini. Doa dan restu dari seluruh teman-teman terutamanya sahabat-sahabat yang masih berada di perlembahan Nil untuk mendoakan agar segalanya di permudahkan. amin..

/>



Sedari kecil saya gemar membelek kitab-kitab abang-abang dan kakak yang tersusun di susun di rumah. Walaupun tidak faham akan setiap baris kata yang tertulis di lembaran, namun saya tetap suka membelek-beleknya dan selalu berdoa agar Allah izinkan satu hari nanti saya diberi peluang dan masa untuk membaca dan mentelaah sebilangan besar kitab-kitab yang ada. amin.

Mata saya juga tidak akan lekang dari memandang ke rak buku setiap kali berkunjung ke rumah guru-guru dan sahabat-sahabat saya. Bahkan kadang-kadang saya rasa lebih rela lewat makan asalkan dapat baca buku yang saya suka, terutama buku yang bersifat triller seperti awang Murshid.

Bagi kawan-kawan yang juga suka membaca tetapi tidak mampu untuk membeli kitab-kitab yang teramat mahal harganya, usah berdukalara. Klik laman ini untuk membaca kitab-kitab turas yang lama, http://khizana.blogspot.com/ .

Atau jika kawan-kawan berminat untuk memiliki perpustakaan digital yang mengandungi 1,472 judul e-kitab merangkumi pelbagai madah boleh menghubungi:

1) Azhar (019-3642314)
2) Rahman (0122486001)

Bukan itu sahaja, dengan pembelian satu set (10dvd &9 cd) anda akan dibekalkan buku panduan senarai kitab-kitab &percuma maktabah syamilah yang mengandungi lebih 5,000 kitab.

Sungguh mudah bukan, kawan-kawan tidak perlu lagi membawa kitab banyak-banyak dan ia sangat mudah dalam membantu kita untuk membuat sebarang kertas kerja atau tugasan yang perlu disiapkan. Apa tunggu lagi. cepat,sebelum kehabisan tawaran istimewa.



KEMENANGAN KJ
"Khairy ada aura Anwar". demikian tajuk yang menjadi pilihan msomelayu.com.

KEMENANGAN Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno yang baru tepat dan sekaligus menunjukkan kebijaksanaan perwakilan pemuda membuat pilihan mereka. Kemenangan Khairy menjelaskan pemuda memilih mengikut citarasa mereka dan tidak terikat dengan kebendaan. Mereka tahu memilih antara intan dengan kaca.

Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.

* Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.

* Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.

* Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.

* Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.

* Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.

* Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.

* Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.
di petik dari msomelayu.com.

Saya bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh msomelayu di atas. Saya juga berasa amat tercabar dengan keterampilan KJ. Bagaimana dengan 'rijal' dan nisa' kita di luar sana? Adakah masih senang berpeluk tubuh, sekadar bekerja makan gaji, kemudian pulang ke rumah bertemu anak isteri, hidupnya hanya untuk makan tidur dan berlibur, bercerita tentang artis itu dan ini dengan gosip yang tidak habis-habis, masih bertelingkah sesama sendiri itu ini bid'ah, jamaah aku lah yang terbaik sedang yang lain semuanya salah. Adakah aku juga tersenarai dalam kelompok ini?

Alangkah sadisnya kita andai di saat bumi waqafan ini ketandusan susuk pimpinan yang berminda negarawan sedang kita masih asyik dan mahsyuk dalam dunia sendiri.


MUSLIMAT JUGA PERLU BERPERANAN.


Biarpun KJ seorang lelaki, tetapi muslimat juga perlu berperanan.

Jika KJ dilihat sebagai political will yang akan cuba memperbaiki dirinya, mempamirkan kepimpinannya dan paling bahaya ialah idea geliga yang cukup mencabar oposisi, maka muslimat juga perlu berminda politik negarawan.

Kita tidak boleh hanya terlalu berharap kepada tubuh kecil nurul izzah seorang kerana dunia memerlukan pemimpin pelapis akan datang.

Apa yang perlu kita lakukan? Bagi mereka yang masih di alam kampus, libatkan diri untuk turut serta dalam aktiviti persatuan yang ada. Buangkan selimut yang membaluti minda 'pedulikan apa yang berlaku, yang penting assigment aku siap dan aku lulus peksa'. Jika itu adalah kita, maka berubahlah! usah kita menjadi seperti Dinasour yang pupus dek kerana tidak mampu menyesuaikan dengan iklim dunia.

Muslimat era ini perlu berperanan dalam melengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan thaqafah. Bagi yang telah mempunyai anak, mereka perlu bersungguh-sungguh memjadikan rumah yang didiami menjadi 'kilang' yang mampu menghasilkan 'produk' yang berkualiti tinggi. Bagi yang belum berkahwin usah berduka lara, kerana inilah masanya untuk kita mempersiapkan diri sebagaimana bonda Hujjatul Islam menyiapkan diri berpuluh tahun lamanya sebelum kelahiran beliau.

Mereka yang bergelar suami juga tidak kurang penting. Jika dahulu, hanya ibu kita sahaja yang menjaga kita, sedang ayah keluar bekerja. Maka suami yang mempunyai 'serikandi' abad ini perlu belajar untuk bersama-sama menguruskan dan menyiapkan kelengkapan anak, mengemas, memasak dan lain-lain kerana muslimat juga perlu turun untuk 'merawat' ummah yang kronik, kerana wanita lebih memahami wanita.

Membaca artikel-artikel berkenaan 'pemikiran' yang ditulis oleh PROF. DR. Sidek Baba dari laman Prof.Dr. Sidek Baba, saya menyimpulkan bahawa Muslimat hari ini bukan sahaja semata-mata perlu senantiasa mengasah minda agar tajam dan 'mekar' daya fikirnya tetapi juga perlu berfikir secara lebih; QURANI, IKUT SUNNAH, ISLAMI, TADABBUR, PROAKTIF, ANALITIKAL, HOLISTIK, KREATIF, LOGIKAL, REFLEKTIF,STRATEGIK, SAINTIFIK QURANI
(Kupasan lanjut idea pemikiran blh di rujuk ke laman web drsidekbaba.blogspot.com)


Ayuh muslimat kita gilapkan diri. Yakinlah setiap kita di anugerahkan Allah Taala punya kelebihan dan kekuatan yang lebih besar dan hebat dari yang kita sangkakan. Usah biarkan bakat itu terpendam dan terbenam, kerana bakat itu ibarat benih. Benih yang baik dan berkualiti apabila disemai dan ditanam di tanah yang subur dan dijaga dengan baik, ia akan tumbuh, membiak dan menghasilkan bunga dan buah yang berkualiti dan memberi guna kepada orang lain.

Allah Taala tidak kurniakan kita dengan bakat yang sama, kecenderungan yang serupa dan minat yang sealiran. Kerana itu, bakat yang ada pada kita semua harus dikenalpasti.

Tidak memadai jika bakat yang ada hanya untuk memacu diri ke arah kejayaan dan tidak cukup untuk mencapai sesuatu cita-cita. Ia perlu disertai dengan minat, lantas menjadi simbiosis atau gandingan yang penting agar cita-cita ke arah kecemerlangan dapat disempurnakan.

Bakat ibarat sumber, minat ibarat bahan bakar. Menyalanya lampu atau pelita kerana ia ada sumber iaitu minyak. Terangnya cahaya bakaran hasil adanya sumbu atau lampu. Apabila cahaya menerangi sekitar sifat bakat dan ilmu adalah memberi guna kepada yang lain. PROF.DR. SIDEK BABA.

Jika manusia seperti Ibn Sina punya kekuatan bakat sebagai pakar perubatan, Ibn Nafis sebagai pakar bahasa dan ilmu perputaran darah, al-Khawarizmi pakar matematik, Al-Zahrawi pakar bedah, Ibn Haitam pakar Mata dan ramai lagi yang di disebabkan oleh keyakinan mereka menguasai ilmu pelbagai dimensi dan multi-disiplin, maka bagaimana dengan kita? Adakah kita telah kenal bakat diri kita?


Hari itu, sambil menceduk lauk ikan keli bakar di Kafe setia murni, mata saya sempat mengerling skrin television yang memaparkan sambutan maulidur rasul yang di buat di dataran Merdeka tahun ini. saya lihat rakan-rakan cina yang berada di kafe itu turut tidak melepaskn peluang menonton acara gemilang tersebut.

Sungguh meriah! getus hati kecil saya. Namun entah kenapa hati saya berasa sungguh sunyi. Pada usia yang semakin dewasa ini, saya menghitung-hitung… apakah saya semakin dekat dengan baginda? Mencintai, menegakkan dan memperjuangkan sunahnya? Rasa benar-benar tidak layak. Rasa tidak tergamak memuji dan menyanjung Nabi Muhammad SAW dengan lidah dan hati yang berdosa.

betapa kita hanya mampu menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan jika memiliki tiga syarat - pertama, rasa harap kepada Allah. Kedua, rasa harapkan Hari Akhirat dan ketiga, bila hati mengingati Allah dengan banyak. Ini syarat yang dinyatakan secara jelas oleh surah yang sering dibacakan bila tiba musim maulid.“Untuk kita merasai perlunya Tuhan dan mengharapkan-Nya, terlebih dahulu kita mesti menginsafi kelemahan diri dan terasa kebesaran Ilahi.” “Umat ini juga mesti diajak dan dididik kembali meyakini akan adanya Hari Pembalasan sekali gus rindukan syurga dan takutkan neraka,” Pahrol Joi.

Oh.Alangkah jauhnya aku dari dari semua itu. Maka layakkah aku mengatakan aku mencintai Rasulullah s.a.w. sedang Allah Maha Mengetahui bahawa lidah ini tidak lebih dari berdusta hanya semata untuk halwa pendengaran manusia?



DIPETIK DARI:http://genta-rasa.com/

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. Mungkin sepatah hanya sepatah OK, “ya” atau “tidak” sahaja yang tertera di layar telefon bimbit. Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? Begitulah detik hati si isteri. Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman. Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam. Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.

Memang begitulah resmi lelaki, semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan. Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi… semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.

Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS (kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) atau “bergayut” berjam-jam lamanya di gagang telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti itu. Tidak mungkin “kami” ataupun aku jadi begitu. Mungkin itulah yang berbunga di hati kini. Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.

Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga, sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami. Mengapa? Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah (lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat.

Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam. Kesukaran tugas dan beban tanggung-jawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Ya, potensi lelaki menjadi “ahli falsafah” semakin menyerlah apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!

Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan. Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.

Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati. Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Apa maksud tanggung jawab? Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita “tanggung” di dunia, “disoal” di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab. Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.

Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab. Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab, lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga… umpama hidup segan, mati tak mahu.

Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula meminggir, tetapi rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah kekuatan satu tanggung jawab, yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.

Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Dan jangan terkejut jika kita dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali. Hairan melihat perubahannya? Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita. Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah. Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.

Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri. Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten. Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga. Bukankah tak kenal maka tak cinta? Jadi, apabila cinta tergugat, itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. Jangan sekali-kali menggunakan “fail lama” untuk mencipta keserasian baru. Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi dan kecenderungan pasangan kita berubah. Warna yang terang kesukaannya dahulu mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini. Mungkin corak seleranya juga turut berubah bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah. Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya. Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.

Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan. Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman? Ertinya, kembali kepada Allah. Percayalah keadaan yang serba-serbi tak kena, hilang tumpuan, kurang selera makan, tidak ada “mood” untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati. Dan itu semua adalah berpunca darinya lalai dan alpanya hati daripada zikirullah (mengingati Allah). Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ar Ra’d: 28

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab. Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah… dan terus tersenyum di hadapan suaminya justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.
Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah “pohon” tanggung jawab. Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!

Tip untuk bertanggung jawab:

Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.

P/S; Tahniah buat sahabat-sahabat trutama sahabat saya Nadia ganu yg baru mndirikn rumahtangga. Moga kebahagiaan milik kalian hingga ke syurga. amin..

Al-hamdulillah sebahagian kandungan hard disk saya, yang saya bawa pulang sekembali bersama ke Malaysia dapat di selamatkan. Walaupun tidak banyak,sekurang-kurangnya dapat merawat rindu saya pada sahabat-sahabat terutamanya mereka yang masih menuntut di perlembahan Nil.

Membaca kisah azhan atan yang menghafal al-quran di dalam ruangan harakahdaily.net buat hati saya sebak seketika. Tidak semena saya teringatkan sahabat saya k.aishah Ho, seorang muallaf yang juga berjaya menghafaz al-Quran menggunakan kaedah Braille.

Gambar-gambar perkahwinan k.Aishah Ho yang saya perolehi dari seorang sahabat saya dari Batu Pahat, Johor







AL-QURAN TIDAK AKAN MENEMPATI HATI YANG DIPENUHI DENGAN MAKSIAT.

Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa? Menurut kandungan kitabul 'ilmi, karangan Muhammad bin Shalih al-Uthmani, taqwa bermaksud apabila seorang hamba membuat penjaga (penghalang) antara dirinya dengan sesuatu yang di takutinya sehingga ianya mampu menjaga dirinya dari apa yang ditakutinya.

"Pelajar qiraat hari ini lebih teruk dari pelajar kuliah lain". Ngomel seorang teman semasa saya masih menuntut di Mesir suatu tika dahulu. Benarkah? saya serahkan pada anda untuk menjawabnya.

Tdak semestinya penghafal al-Quran itu taqwa orangnya, kerana al-quran sendiri di dalam surah al-hzab ada menyebut bahawa tingkatan mereka yang di gelar muslimin dan muslimat itu berbeza dengan mereka yang mukminin dan mukminat, berbeza dengan qanitin dan qanitat, berbeza dengan sodiqin dan sodiqat, berbeza dengan sobirin dan sobirat, khasyiin dan khasyiat, mutasoddiqin dan mutasoddiqat, soimin dan soimat, hafizin fujujahum dan hafizhat, zakirin dan zakirat.

Hati saya yang penuh dengan maksiat ini bertanya mengapa dan mengapa dari kalangan mereka yang menghafaz al-Quran itu masih ada yang berani melakukan maksiat secara terang-terangan? Berani menghebahkan pada orang lain si anu itu boy prend ana, naik teksi, bas, tramco bersama-sama, saling duduk bersebelahan, tidak mahu pergi tasmi' dengan syeikh yyang berkelayakkan yang telah payah disediakan oleh pihak persatuan dengan alasan lebih selesa tasmi' al-Quran dengan 'ostat' di cc. Malah ada yang lebih berani dari itu, yang kita serig kadang-kadang musykil mengapa perkara yang terkutuk itu patut terjadi di kalangan para huffaz (terlalu aib untuk diceritakan di sini).

Imam syafie sendiri pernah mengadu kepada Gurunya Waqi ttg buruknya hafalan beliau, lalu beliau di suruh agar menjauhkan diri dari maksiat, kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan menyimbahi hati yang bergelumang dengan maksiat.

Pelik tapi benar. Ada orang yang dia hanya mampu menghafaz jika telinganya di sumbat dengan walkman lagu-lagu. Saya tidak tahu lagu apa yang dimainkannya. Apa yang pasti, mungkin alasan dia untuk menggerakkan kedua-dua otaknya serentak itu benar, namun cara ini sangat salah dan lansung tidak berkat. Bukankah Nabi Allah sendiri bergetar dan berpeluh tubuhnya setiap kali ingin menerima wahyu. Kita pula bermain-main seolah kalam itu kalam manusia.

Huffaz biarpun istilah sebenar huffaz ini adalah untuk mereka yang menghafaz hadith, sepatutnya lebih terkehadapan berbanding orang lain. Saya agak terkilan dan sedih apabila kelas pertama saya di UKM untuk subjek Metodologi dakwah dalam al-Quran Dr menyebut bahawa UKM sebenarnya tidak menerima pelajar dari jurusan tahfiz untuk terjun ke bidang Dakwah dengan alasan pelajar tahfiz ni BERMASALAH. Kata beliau lagi, beliau seperti tidak percaya bagaimana saya boleh lepas. Bagi saya jawapan teka teki ni tidak terlalu rumit. Huffaz perlu keluar dari kepompong mereka.

Hentikan alasan saya ingin menumpukan kepada hafalan saya semata-mata tanpa ingin menawarkan diri untuk aktif di gelanggang persatuan seperti mengambil pengalaman menjadi pengerusi umum atau slot untuk sesuatu majlis, menjadi fasilitator program hatta jika di minta menjadi tukang masak untuk sesuatu program.

Berubahlah kerana mengkarung itu sendiri sendiri merubahkan diri apabila ada gangguan, maka apatah kita manusia yang dikurniakan akal dan hati untuk berfikir.

Kepada serluruh teman-teman di perlembahan Nil yang kini sedang bertungkus lumus dengan imtihan, bittaufiq wan najih di ucapkan. Sesungguhnya Malysia menanti kepulangan kalian dengan ilmu&ppengalaman yang pastinya sarat di dada.

salam rindu buat kalian dari UKM.

Comel kan kanak-kanak tu? lihat juga kepada ibu dan tiga orang bakal ibu itu, mereka juga cute kan? jangan marah :) .



Tentunya ramai yang agak terkejut melihat saya menulis entri ini kan? Bergambar di samping kanak-kanak arab mesir yang cukup ramai ketika jaulah kincir air nabi yussof buat saya terasa tidak sabar untuk punya anak sendiri yang mudah-mudahan semuanya bukan sahaja soleh dan solehah, tetapi juga menjadi orang-orang yang bakal menobatkan Islam ke puncak tertinggi. Amin.

Kincir air Nabi Yussof


Ketika dalam kesibukan mencari buku-buku rujukan untuk tajuk kerja kursus berkaitan Piagam Madinah, saya terjumpa sebuah buku bertajuk "Teknik Mendidik Kecemerlangan Anak dalam Kandungan".

Buku ini tidaklah terlalu tebal untuk di baca, sekadar 322 muka surat tidak termasuk kulit.

Antara perkara penting yang cukup menarik dikupas dalam buku ini ialah berkenaan tentang Syarat-syarat mendidik anak dalam kandungan, petua-petua untuk mendidik anak dalam kandungan, mata pelajaran yang perlu kita ajarkan kepada anak-anak dalam kandungan dan banyak lagi.

Anda ingin mengetahui isi buku ini? tidak susah, anda hanya perlu pergi ke kedai buku yang berdekatan dengan anda. Selamat membaca.

Dua hari yang lepas saya menyertai kolokium siswazah di UKM. Alhamdulillah, oleh kerana program ini termasuk program yang wajib di hadiri oleh semua pelajar baru, maka tidak dapat tidak ramai juga yang menghadirinya.

Sebagai 'orang baru' di UKM, saya suka untuk lebih memerhatikan gelagat dan tabiat 'orang-orang di sana. Untuk itu, kolokium ini pada saya amat berharga. Ia bukan sahaja mendedahkan tentang teknik pembentangan disertasi kelak, tapi juga banyak maklumat baru yang diperolehi hasil dari pembentangan disertasi mereka. InsyaAllah, saya akan cuba memasukkan catatan yang boleh kita kongsikan pada tulisan saya yang akan datang.


KECEMERLANGAN YANG PATUT DI CONTOHI

Seperkara yang amat mengujakan saya ialah tatkala bertemu dengan adik saya Elly yang rupanya baru sahaja selesai menamatkan pengajian di peringkat sarjana di UKM hanya dalam tempoh dua tahun setengah dengan keputusan yang amat cemerlang. Beliau bukan sahaja ditawarkan untuk menjadi pensyarah di fakulti pendidikan UKM sendiri, malahan turut ditawarkan untuk terus melanjutkan pengajian di peringkat PHD. Tahniah Elly! Akak sangat bangga dengan adik. Moga kecemerlangan adik menjadi sumber inspirasi sahabat-sahabat dan adik-adik yang lain untuk maju dalam pelajaran tanpa mengetepikan penglibatan secara aktif dalam persatuan di kampus.

Tahniah juga buat teman-teman saya farhan jusoh yang kini masih menjadi salah seorang dari tampuk pimpinan gamis yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajian di fakulti pendidikan. Apa yang saya tahu teman saya ini merupakan antara pelajar yang sering mendapat anugerah dekan di UKM. Tidak lupa juga buat teman-teman yang lain, syabas dan tahniah!

DEMAM YANG BERBALOI

Petang tadi saya ke rumah kakak di taman universiti indah meraikan anak buah yang mendapat 8A dalam PMR kelmarin. Kejayaan yang berbaloi rasanya sebab ecah telah di masukkan ke hospital pada hari terakhir exam PMR tempohari. Bahaya juga, maybe ini mesti kes tak berapa jaga pasal makan sebab terlalu asyik study.

Assalamualaikum

Sudah lama benar saya tidak menulis di blog. Alhamdulillah, doa mak abah, sahabat-sahabat untuk saya agar dapat melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang dakwah dan kepimpinan di makbulkan oleh Allah Taala.

Terlalu banyak yang ingin saya coretkan, namun cukuplah sebagai permulaan sempena awal tahun baru kita ini untuk kita sama-sama mengucapkan setinggi kesyukuran pada Allah Taala atas segala nikmat yang dikurniakannya baik berupa nikmat kesakitan, ujian, rezeki atau apa sahaja biarpun kadangkala nikmat yang diberikan kepada kita itu tidak kita sukai.

Semoga tahun baru ini menjadiakn kita insan yang lebih berani ke hadapan mendepani cabaran mendatang. Buat k.ila yang saya sayangi, semoga perkahwinan k.ila bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak yang comel lagi soleh dan solehah. buat wawa, radiah, bibah yang cute dan rajin; moga najah cemerlang dalam imtihan kelak. Istimewa buat mufid, milah, capa, sanah, nana, haiza, naim, ecah, fisah; i miss u all so much.

ilal liqo',

wassalam

OLEH : Amin Idris

Apakah kayu ukur sebenar kejayaan seorang graduan universiti? Adakah dengan hanya memperoleh segulung ijazah? Mentaliti majoriti ialah CGPA atau pointer 3.5 ke atas. Soalnya, adakah mereka yang 3.5 ke bawah benar-benar GAGAL? Dan adakah mereka yang 3.5 ke atas benar-benar BERJAYA?

Tahap pelajar di universiti bukanlah seperti di sekolah iaitu segala urusan kita diatur dan disusun. Bila hari Ahad (Kelantan, Terangganu dll) atau Isnin, semua pelajar di kehendaki beratur untuk perhimpunan mingguan. Kerja pelajar ialah ke sekolah dan belajar.

Kemudian ‘memuntahkannya’ semula dalam peperiksaan. Mereka yang paling banyak ‘A’, maka merekalah yang berjaya.

Universiti? Apa bezanya belajar di universiti jika kenyataan di atas sama dengan apa yang berlaku di universiti. Jadi, saya cukup tertarik dengan satu entri dari seorang sahabat yang seorang trainer yang sedang meningkat naik; Tuan Osman Affan. Di bawah saya paparkan entri beliau bertajuk

‘7 Tanda Anda akan Gagal di Universiti’

Kali ini mesej tulisan saya mungkin agak berbeza. Saya sebenarnya tidak berapa suka bercerita tentang perkara dalam bentuk negatif kerana ia akan mempengaruhi cara saya berfikir nanti. Namun, kali ini cara bercerita begini adalah perlu memandangkan beberapa situasi yang saya kerap lihat di universiti.

Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.

Situasi ini semua menimbulkan rasa bimbang dan tidak senang dalam hati saya. Generasi pelajar di universiti sekarang ini adalah generasi yang akan membentuk dan memimpin negara kita dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, generasi yang bakal memimpin anak-anak saya. Tetapi layakkah mereka menerajui negara jika majoritinya masih sukar untuk bangun pagi jika tidak dikejut atau dipaksa? Layakkah mereka jika bila lihat buku tebal sedikit pun sudah lemah semangat? Lebih membimbangkan lagi, layakkah mereka jika mereka diberi cabaran lalu mengalah, menarik diri dan langsung tidak mahu mencuba?

Telah beberapa hari saya duduk seorang diri mengkaji semula semua pengalaman dan situasi yang saya temui ketika berhadapan dengan pelajar di universiti. Setelah saya senaraikan semua masalah yang pernah saya temui, saya senaraikan 7 tanda-tanda seseorang pelajar mungkin GAGAL di universiti.

GAGAL bukan hanya bermaksud gagal mendapat segulung ijazah. Jika anda ada tanda-tanda ini, anda mungkin masih boleh hadiri hari graduasi tetapi anda

* Gagal menjadi orang berilmu.
* Gagal menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.
* Gagal menjadi seorang yang berkarisma dan boleh dihormati.
* Gagal menyerlah.
* Gagal memenuhi potensi sebenar diri sendiri.
* Gagal mencapai cita-cita sebenar.
* Gagal mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang pernah diimpikan.
* Gagal mengejar kekayaan.
* Gagal dalam memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
* Gagal menjadi contoh yang baik kepada orang-orang disekeliling.

Senarai kegagalan itu tidak akan habis agaknya jika difikirkan berterusan.

Jika anda sakit dan pergi berjumpa doktor, tentu doktor akan cuba mencari tanda-tanda atau simptom penyakit yang anda ada. Jika anda ada beberapa tanda sekaligus untuk penyakit demam denggi contohnya, sudah hampir pasti anda sedang mengidap penyakit tersebut.

Sama seperti tanda-tanda yang bakal saya kongsikan ini. Jika anda ada lebih daripada 2 atau 3 anda, lebih anda lakukan sesuatu. Jika tidak, tentu orang lain akan dapat meneka apakah kesudahan anda di universiti iaitu……. GAGAL!

Sumber: www.motivasibelajar.com

UJIAN

Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan
kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.
Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.

Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis
ketahuilah
engkau adalah pelakun penting
diasuh untuk menjadi bintang
bakal menerima ganjaran lumayan.

Apabila engkau menjadi pelakun
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah.

Saya terkenang zaman saya berprogram bersama beberapa orang sahabat. kami di taklifkan untuk melakarkan graf impian sebagai seorang mujahidah.

Ramai dikalangan kawan-kawan saya yang meletakkan graf perjuangan mereka akan sedikit menurun setelah berumahtangga kecuali kumpulan saya. Alasannya nak tumpu untuk menjaga anak. Al-maklumlah anak-anak masih kecil lagi masa tu.

Beberapa orang sahabat yang sudah masak dengan perangai saya menunjukkan memek muka kurang puas hati bila saya asyik dengan mengkritik graf mereka. Sungguh saya benar-benar rindu saat itu. Rindu untuk melihat wajah comel protes sahabat-sahabat saya.

"Kenapa perlu turunkan lakaran graf itu selepas berumahtangga?" Soalan saya yang pertama.

Pada saya ya, memang tidak dapat kita nafikan ramai muslimat yang sedikit menurun penglibatan mereka selepas berumahtangga. Tapi bilamana dari awal-awal lagi kita telah melakarkan graf impian kita sebegitu bermakna kita memberitahu umum itu lah kita pada masa akan datang.

"Bukankah lebih baik kita merancang sekurang-kurang kita akan 'maintain' pada masa tu?" saya menambah.

"Masalahnya, memang realiti kita tengok ramai muslimat begitu". Seorang muslimat membangkang cadangan saya.

Realiti, aduh sampai bila kita harus mengikut arus? Sebagai mujahidah akhir zaman, kadangkala kita perlu menongkah arus. Memang kadangkala ada muslimat yang berdepan cabaran mendapat suami yang tidak faham perjuangan Islam. Tapi, itu bukan alasan utama kerana sebagai perempuan kita di berikan peluang untuk buat ta'liq sebelum mendirikan rumahtangga. Lihat 'Hari-hari dalam hidupku' karangan al-marhumah Zainab al-Ghazali.

"Amboi, berkobarnya awak cakap ye. Jangan hanya pandai cakap je, saya nak tengok awak jadi senator ganti ketua muslimat yang ada sekarang ni kat depan satu hari nanti." Sinis seorang teman saya suatu hari.

Wah, tercabar juga saya. InsyaAllah, untuk keizahan masa depan Islam saya akan cuba untuk buat yang terbaik dan saya mengajak seluruh sahabat-sahabat saya untuk turut punya keazaman sebegitu. Amin ya Allah!


MUSLIMAT DAN TARBIAHNYA

http://geraktarbiyah.blogspot.com/

Secara fizikalnya, batinnya, hatinya, perasaannya, tutur katanya, sentuhannya amat berbeza sama sekali dengan kaum muslimin. Selalu benar muslimah itu dikatakan sebagai sayap kiri perjuangan muslimin ataupun berdiri hebatnya seorang wira ada muslimah di sebaliknya.. Jika kena dengan cara didiknya, betul niatnya, dan beragama pula maka tenanglah dunia ini dan damailah hidup ini kerana di sebalik kejadian seorang wanita telah tersurat yang dia merupakan fitnah kepada dunia..Songsang langkahnya maka ramailah yang terjerat, salah niatnya maka ramailah yang merana..

Lembut bukan bererti lemah
….tangan yang lembut menghayun buaian boleh menggoncang dunia…..

Barangkali muslimat gerakan kampus ( yang belum mempunyai anak sendiri ) belum lagi merasakan bagaimana yang dimaksudkan atau apa keadaannya daripada menghayun buaian kepada menggoncang dunia..Menghayun buaian di sini bukanlah diertikan sebagai ‘post’ babysitter yang mendodoikan si kecil agar segera melelapkan matanya, bukan juga menyusukan atau memberikan si kecil makan tetapi melebihi daripada itu.

Dia dilihat sopan menghayunkan langkah, kadang-kadang sekali-sekala melihat mentari luar. Dia adalah seorang suri dan juga seorang ibu bukan sekadar kepada anak-anak tetapi juga seorang pendidik kepada pemimpin dunia! (Isk, ada kalanya, jangan dilihat zahirnya sahaja, kadang-kadang muslimat yang tegas dan garang yang itulah sebenarnya muslimah yang halus dan lembut…lepas kahwin baru tahu…..! )

1.Didikan untuk muslimah

Muslimat merupakan sayap kiri perjuangan…dia mesti dididik ke arah itu. Tatkala kawan-kawan wanita yang lain berperap di dalam bilik mengulangkaji pelajaran, atau juga ketika mereka selalu pulang ke rumah untuk menjalankan amanah kepada keluarga, atau juga ketika mereka menjadi puteri lilin yang sangat menjaga penampilan diri daripada habuk kotoron,pancaran matahari dan sebagainya, tetapi ini jauh berbeza dengan muslimat kita yang betul-betul berjuang.

Mereka menguis jauh keinginan itu, mereka memendam rasa dalam perkara itu, mereka tidak mengutamakan perkara lain melainkan rasa kuat ingin berjuang dan bersusah payah dan berpenat lelah di belakang perjuangan muslimin. Namun dalam masa yang sama mereka tetap mencari ruang seberapa yang ada untuk urusan itu, bukan kosong semata-mata…

…” ana tak kisah enti, berjuang macam mana pun,di posisi manapun, jadi menyapu sampah pun..kalau tugas menyapu sampah itu boleh menjadi asbab kemenangan Islam ana rela melakukannya…” bisik seorang sahabat muslimat suatu ketika…

Ainul mardhiyyah..seharum kuntuman di taman syurga…
Bisakah dicari di dunia ini sepertinya lagi…?

Sahabat- sahabat muslimat sekalian,

Tahu kisah Ummu ‘Imarah yang mulia itu?Ummu ‘Imarah (Nusaibah) zaman sekarang mungkin anda sekalianlah…Beliau merupakan pejuang muslimah sulung dalam Islam…
Imam Al-Zahabi pernah menyebut : “ Ummu ‘Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, ikut serta menyaksikan Bait’at Al-‘Aqabah, Perang Uhud, Perang Al-Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah.

Aduhai muslimat, nak cakap hebatnya Ummu ‘Imarah ni beliau bukan sahaja memberikan minuman dan merawat pejuang muslimin yang haus dan yang tercedera ketika perang Uhud tetapi beliau berani menghunus pedang sambil memakai perisai perang untuk menjadi back up tentera muslimin yang ketika itu ramai yang telah syahid dan lari setelah diasak tentera musuh..Ummu ‘Imarah juga telah melindungi nabi kita, Rasulullah SAW daripada pihak musuh sepanjang keadaan genting itu sehinggakan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “ Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang di hadapanku” … MasyaAllah..Subhanallah… Segala puji hanya bagi Allah…


Hebat berperang memang Ummu ‘Imarah hebat tetapi beliau juga berusaha untuk mengusai ilmu agama kerana antara ahli ilmu dan ahli ibadah ternyata ahli ilmu lebih ditakuti oleh syaitan kerana mereka bukan golongan yang mudah dihasuti… Mereka beribadah atas dasar ilmu dan kefahaman….Yea, Ummu ‘Imarah juga telah menunjukkan selain mantap di medan peperangan tetapi beliau juga memahami Al-Quran setanding hebatnya beliau ketika berperang..Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah kitab yang berjudul ‘nisa’ min ‘asadul nubuwwah hasil tulisan Abu Azka Al-Madani dan Harun Ar-Rasyid Hj Tuskan yang menceritakan tentang peristiwa ini. Suatu ketika Ummu ‘Imarah datang menghadap Rasulullah SAW sambil berkata …’Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut di dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki’… Maka turunlah firman ALLAH SWT yang bermaksud : ‘Sesungguhnya lelaki muslimin dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah…’(Surah Al-Ahzab : 35 ).

( Mungkin kita perlu katakan kepada muslimat kita yang bertungkus lumus dalam gerak kerja Islam di kampus sebagai muslimah obor perjuangan…ini sebagai ganti kepada ayat tangan yang menghayun buaian itu tadi. Namun pepatah menghayun tadi perlu dipegang sekuat-kuatnya oleh muslimat kerana kita perlu ‘menghayun buaian’ juga suatu hari nanti…InsyaAllah… )

Persediaan
Bonda kepada Imam Al-Ghazaali telah melakukan persediaan sekian tahunnya sebelum melahirkan seorang anak yang menjadi cahaya dalam Islam…itu tidak termasuk lagi amalan sepanjang mengandung yang menjadi bayangan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.

Duhai muslimah…. Untuk mendapatkan generasi yang memahami agama yang sebenarnya dan menghafaz kalamullah ini juga datangnya daripada ibu yang mengandungkannya. Jika bonda para ilmuan Islam dahulu telah melakukan persediaan melebihi hampir 20 tahun sebelum melahirkan seorang anak cuba kita hitung dengan umur kita sekarang.Sekiranya anda sudah berumur 22 tahun adakah anda patut bersalin ketika berumur 42 tahun?atau sepatutnya anda sudah melakukan persediaan itu seawal usia kanak-kanak yang mumayyiz lagi….? Kita renungkan bersama.

Wanita yang Faqih dan Al-Hafizah

Antara wanita yang mulia yang banyak menghafaz hadith NABI SAW ialah Ummu ‘Athiah. Hafalannya cukup bagus dan beliau sering berusaha untuk mendalami ilmu agama. Imam Nawawi telah berkata bahawa telah diriwayatkan dari Ummu ‘Athiah hadith yang diriwayatkannya daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 40 hadith. Enam hadith yang sama telah diriwayatkan bersama Bukhari dan Muslim dalam buku mereka. Satu hadith yang tidak sama masing-masing diriwayatkan mereka berdua 1

Ayuh akhowat sekalian… tidak pernah mendapat pentarbiyyah sekolah agama atau latar belakang keluarga yang bukan islamik bukan sebab untuk kalian dan diri ini daripada tidak faqih tentang ilmu agama..dan usahlah sekali-sekali perkara ini menjadikan kita bersifat rendah diri untuk bersuara atau membidas pendapat orang lain sekiranya perlu. Malu? ye. Mungkin betul tetapi jika niat kalian untuk mencari redha Sang Pencipta pasti akan terpecahlah tembok itu.

Sehari selembar benang…lama-lama jadi kain..Sehari hafaz satu ayat lama-lama lengkap satu surah..InsyaALLAH boleh.

Untuk mendalami ilmu agama bagi menyempurnakan tarbiyyah fardhi sangat-sangat dituntut dalam Islam.Walaupun ia jatuh kepada sunat muakkad mengikut setengah pendapat, namun mencari ilmu itu wajib. Sebelum kita pandai sembahyang sudah tentu kita menuntut ilmu tentangnya.Sebelum kita pandai buat blog,tentu kita belajar mengenainya…bahkan sebelum kita ke Petaling Jaya dari arah Serdang tentu menuntut kita bertanyakan orang arah tujunya walaupun papan tanda jelas ‘berterbangan’ dipandangan mata. Ilmu ini banyak seperti ilmu akademik yang antara contohnya fizik,kimia,biologi, matematik dan sebagainya atau ilmu khusus bidang agama yang menjurus kepada seluruh kehidupan ini.. Tetapi,bukanlah niat untuk menyatakan ilmu ini sekular atau terasing antara satu sama lain

Apa salahnya mencari ilmu tanpa henti.Datang ke majlis ilmu sebanyak mungkin dan sesempat mungkin.Fitnah jika keluar rumah sudah tidak berlaku pada zaman sekarang bahkan ramai muslimat keluar rumah untuk melaksanakan kewajiban dan memenuhi tuntutan. Mereka dilihat keluar untuk bekerja, mnuntut ilmu, ke pasar, rumah saudara bahkan ke masjid atau surau secara berjemaah. Di masjid, surau, fakulti, pondok, usrah, blog atau buku.. Ye,buku. Pelbagaikanlah buku dan sumber rujukan. Sebolehnya bukan kita sekadar membaca buku tetapi menelaah..bukan sekadar memahami tetapi menjiwai..dan bukan sekadar mengingati bait-baitnya yang indah tetapi mengupas. Jika dapat, mintalah para murobbi mengupasnya..

Terkenang pula kepada arwah kak Shafa yang kuat menghafaz Al-Quran…..

Penutup

Lembut tuturmu tegas membela agama..
Gagah berani tiada tandingnya..
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian…
Menyintainya adalah suatu ‘ibadah..
Puteri kesayangan Rasulullah …


Muslimah gerakan hari ini bukan tak hebat, bukan tak kuat, bukan tak mantap tetapi kita tak cukup menguatkan antara satu sama lain lagi... Ramai antara kalian yang tinggi mujahadahnya, unggul dalam bait al-muslimnya, maju mendepani masalah ummahnya, tinggi pengorbanannya..Namun berapa ramai yang mampu bertahan dan istiqomah sehingga ke hujung nyawa. Berapa ramai pula yang mampu melahirkan dan mendidik generasi pembela agama? Untuk melahirkan muslimah yang tegar tarbiyyah, kuat kakinya dalam perjuangan, tabahnya melalui saat-saat kesunyian dan cekal memikul amanah sayap kiri perjuangan sedangkan kita mempunytai had – hadnya, batasannya dan terciptanya kita daripada tulang rusuk kiri kaum adam memerlukan muhasabah dan persediaan yang cukup rapi dan perbincangan yang matang. Memang wanita dikenali sebagai golongan yang halus hatinya, teliti pemikirannya dan sarat dengan emosi malah cepat mengalir air matanya tatkala berhadapan situasi yang menyentuh hati tetapi katakanlah kepada diri yang kita akan banyak menangis di tikar sejadah…tak mudah untuk tersungkur lemah tetapi cepat sujud mengharap kekuatan hanya daripada-NYA…

Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah
untuk menuju cinta-Mu,
Menitis air mata, tatkala merindu,
Menitis air mata, tatkala semakin menjauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar
tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini,
Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada oran-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"


Nota kaki ;
1 Tahzab Al-Asma wal-Lughat(2/364)

OLEH : NURUL MUNAWWIRAH

Saya dijemput untuk menjadi pewacana terhadap tajuk gerakan mahasiswi Islam perlu perubahan. Pada mulanya, pelbagai persoalan bermain di minda saya apabila diajukan soalan sedemikian. Perubahan?

Ada yang berpandangan gerakan wanita Islam perlu berubah selaras kehendak massa, ada yang kata perlu lebih menonjol dan ada juga yang kata perlu lebih bermasyarakat.Di mana silapnya apabila kita melihat gerakan muslimah kelihatan lebih lesu daripada gerakan feminisme?

Saya teringat pada kata-kata saudara Syeikh Umar dalam satu forum. Katanya, beliau amat kagum dengan Sisters In Islam, namun bukan atas perkara dasar yang dibawa mereka yakni kesaksamaan gender tapi atas dasar sikap dan keberanian yang mereka miliki dalam mempertahankan pendirian dan fahaman mereka. Katanya lagi, seharusnya wanita Islam kini harus mula lantang kembali mewarnai massa dengan kefahaman sebenar Islam mengenai isu-isu wanita.

Kesilapan terbesar gerakan wanita Islam sekarang adalah salah faham terhadap konsep malu. Ya, wanita dan malu sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun biarlah bertempat. Jika ingin menyatakan pendirian dalam mesyuarat ataupun sewaktu sesi brainstorming pun malu-malu alah, berat kes ni. Apabila kita membicarakan soal ummah, kita harus menjadi serius mengembleng tenaga jihad berfikir dan sepatutnya semangat jihad itu bisa membuahkan pula keberanian kepada kemahuan untuk bercakap dan bertindak. Entah di mana tarbiyyah kita, sesudah digelar ahli gerakan, masih ramai yang terpotret menjadi tawaddhu’ tak kena tempat. Ini menjadi masalah besar sekiranya kita menanam keinginan untuk mendidik masyarakat.Bagaimana mereka hendak yakin pada kita sekiranya kita sendiri tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri?

Kedua, ahli gerakan muslimah perlu lebih matang apabila bermasyarakat. Pernah saya bertembung dengan beberapa kejadian di majlis keramaian, terdapat segelintir ahli gerakan muslimah tidak pandai membawa diri. Seharusnya, apabila ditarbiyyah dengan kefahaman Islam, kita sepatutnya mengepalai adab-adab yang diajar oleh Islam selaku anak gadis muslim apabila berada dalam majlis yang bersama orang tua. Sukar senyum dan agak lambat bergerak turun ke dapur mahupun ringan-ringankan tangan untuk membantu apa yang patut, walau nampak remeh, sebenarnya memberi impak besar pada orang ramai untuk menilai akhlak kita.

Apabila bertembung dengan pelbagai jenis orang dalam sesebuah majlis, tidak kira yang tua atau muda, yang kelihatan baik atau sebaliknya, kta seharusnya terlebih dahulu memulakan salam dan merendahkan diri menyapa mesra. Apabila berbual dengan yang lebih tua, janganlah kelihatan seperti kita mahu menang dalam setiap perbualan.

Ketiga, ahli gerakan muslimah perlu lebih aktif, pantas dan kreatif dalam bertindak. Seandainya dilihat kaum lelaki kelihatan semakin lesu bergerak, sebagai tiang kepada gerakan, orang perempuan perlu bangkit memberikan satu tekanan, simbolik kepada provokasi untuk membantu kaum lelaki kembali sedar akan tanggungjawab mereka. Isu-isu wanita yang berkaitan dengan hak dan penindasan yang seringkali dijaja oleh golongan feminisme haruslah punya penyelesaian yang disediakan oleh gerakan wanita Islam.Gerakan wanita Islam sekarang haruslah lebih banyak cuba menerobosi media untuk kembali menjuarai pendominasian cara masyarakat umum berfikir. Golongan feminisme sangat berani dan lantang dalam mencanangkan pendirian mereka kerana mereka lihat tidak ada gerakan wanita lain yang berani menonjol seperti mereka dalam memperjuangkan isu wanita.

Keempat, ahli gerakan muslimah perlu lebih banyak membaca dan menambah pengetahuan mengenai isu semasa. Hal-hal semasa politik perlulah dititikberatkan dalam kefahaman seharian. Ibu Imam A-Syafie telah bersedia menyiapkan diri sebelum Imam As-Syafie lahir lagi untuk membentuk keperibadian mujahid ulung terhadap beliau.Begitu juga dengan ibu-ibu para pahlawan lain. Seharusnya, kita harus sedar peranan kita dalam melahirkan generasi pejuang masa hadapan. Jika kita mahukan anak-anak kita mahupun seluruh keturunan kita menjadi mujahid dan mujahidah ulung dalam perjuangan, kita harus terlebih dahulu memantapkan diri. Seorang wanita yang mampu membaca politik dan mempunyai pengetahuan yang bagus insyaAllah akan mampu melahirkan anak yang mampu mempunyai dayajuang politik dan punya kefaqihan agama yang tinggi. Perhatikan mengapa ada kata pepatah berbunyi, tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia.

Kelima, walaupun, ahli gerakan telah ditanamkan dengan jatidiri sebagai aktivis dakwah, namun jangan sesekali kita tinggalkan tugas asasi kita sebagai seorang wanita. Kebolehan memasak, mengurus rumahtangga juga sangat penting diambilkira sebagai didikan utama terhadap setiap ahli gerakan wanita. Semuanya perlu persediaan dari awal agar apabila bergerak kerja dalam lapangan sesudah berumahtangga tidak menimbulkan masalah. Perlu diingat, tidak guna gerak kerja dakwah masyarakat sangat aktif, sekiranya kita tidak pandai menguruskan keluarga sendiri di rumah. Cara bekerja ahli gerakan dakwah muslimah yang belum berkahwin dan sudah adalah sangat berbeza kerana keutamaan sudah bertambah. Maka di sini, teknik pengurusan masa dan pembahagian tanggungjawab adalah penting untuk di pelajari.

Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah organisasi apatah lagi gerakan. Ahli gerakan muslimah harus kembali merebranding imej agar menjadi ikon kepada semua wanita tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Yang penting , wanita Islam menerajui perjuangan isu hak wanita selaras dengan kehendak syara’. Apapun, tidak dilupakan juga, muslimin juga memainkan peranan penting dalam membimbing wanita dalam memperjuangkan isu mereka.

Kemungkinan besar, isu feminisme tidak akan timbul seandainya semua lelaki benar-benar menghayati ajaran Islam.Adalah satu penipuan seandainya mengatakan tidak langsung berlaku penindasan terhadap hak wanita dalam kes-kes tertentu. Sesetengah lelaki yang berfahaman kolot dan tidak melihat wanita sebagai anugerah Tuhan, sewenangnya memanipulasi kelemahan wanita demi keuntungan mereka. Maka, tidak wajar sama sekali jika dikatakan tidak perlu ada perjuangan terhadap isu-isu wanita. Isu perjuangan wanita bermula di Malaysia dalam tahun 1962 di mana tika itu, Kesatuan Guru-Guru perempuan dengan kerjasama Badan Wanita Kebangsaan mengadakan sebuah konvesyen menuntut gaji sama rata dengan pekerja lelaki. Waktu itu, walaupun wanita bekerja sama masa malah lebih daripada lelaki, gaji mereka tetap rendah. Malah lebih malang lagi, ada di antara sector yang tidak memberikan wang pencen pada bekas pekerja wanita. Ini menyulitkan wanita terutama yang bergelar ibu tunggal. Oleh, kesedaran kaum lelaki dalam menjaga kaum wanita juga berupaya membantu menangani masalah feminisme.

Fitnah banyak dimomokkan oleh para musuh Islam. Muslimah Islam kolot, ditindas dan dinafikan hak bersuara. Justeru, wanita Islam itu sendiri perlu bangkit menjernihkan kekotoran khabar angin tersebut. Mahasiswi Islam harus mula bertindak dan buat persediaan.

Persoalannya, bila kita mahu mulakan?

Layari:
http://mawarmunawwarah.blogspot.com/

MUKTAMAR gabungan mahasiswa islam se-malaysia (gamis)
KALI KE-18
25-26 julai 2008

“MENUJU WAHDAH MENGEMBALI IZZAH”

GERAKAN MAHASISWA YANG MENOREH SEJARAH DUNIA

Wahai saudara-saudaraku, anak-anak muda Islam yang beriman! Wahai orang-orang yang ingin lepas dari ikatan! Wahai orang-orang yang ingin memecahkan belenggu, yang memasung kaki dunia Islam, dari hujung ke hujung, dari barat ke timur!

Ketahuilah! Sejarah itu ada kerana adanya pemuda, sejarah itu pun hidup kerana hidupnya para pemuda. Hidup yang bererti bercahaya ruhaninya, mengakar pemikirannya, dan berkembang gerakannya. Anes Baswedan, Rektor Universiti Paramida menyebut “….Kalau kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan diri mereka pada lapangan lokal saja, tetapi harus dilihat pada lapangan global, sekurang-kurangnya benua Asia. Kerana anak muda dilahirkan tidak hanya untuk negeri, tapi juga untuk dunia…”

Gerakan mahasiswa adalah sebahagian dari gerakan anak muda yang sangat ditakuti pemerintah. Rejim Papandreou di Yunani tumbang dengan keguguran seorang mahasiswa National Union of Greek Students pada saat memperjuang hak asasi manusia di gedung Parlimen. Di Amerika Latin, diktator Batista ditumpas oleh tokoh muda revolusioner Che Guevara. Di Turki pada tanggal 29 Mei 1960, para mahasiswa berhasil menggulingkan Bapak Menderes yang korup dengan korban nyawa hampir 20 Mahasiswa. Pada tahun yang sama, Mahasiswa Korea Selatan membuat sejarah dengan menurunkan rejim korup Dr. Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun. Peristiwa Black Friday menyaksikan gerakan mahasiswa berperanan menjatuhkan kerajaan Shah Iran yang zalim di Iran. Kejatuhan 32 tahun pemerintahan diktator Soeharto di Indonesia juga dikaitkan dengan peranan dan pengorbanan gerakan mahasiswa Universiti Trisakti. Jose Rizal adalah pengerak kebangkitan patriotik mahasiswa dalam menghalau kemasukan penjajah ke Filipina. Begitu juga kita melihat kebangkitan mahasiswa di China, Korea.

Di negara-negara Asia Barat, munculnya kepimpinan pejuang yang telah mengembalikan maruah dan kemuliaan bangsa seperti apa yang berlaku di Mesir. Lihatlah kebangkitan mahasiswa diterajui oleh salah seorang pelajar Al-Azhar yang berasal dari Daerah Halab (Aleppo) di Syria iaitu Sulaym an Al-Halabi mengusir keluar tentera Napoleon Bonaparte yang telah menyerang Al-Azhar. Penubuhan Ikhwan Muslimin pimpinan Ustaz Hasan Al-Banna antara penyebab kebangkitan mahasiswa dalam menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Kebangkitan ini kebanyakan dipelopori oleh mahasiswa universiti al-Azhar. Di Afghanistan, golongan yang bersusah payah menghalau kemasukan Soviet Union ke atas bumi ini ialah golongan mahasiswa yang dikenali Taliban yang dipimpin oleh Mullah Omar. Di Malaysia, pemuda dan mahasiswalah yang merencana Angkatan Perpaduan Ummah dan Parti Keadilan Rakyat. Dan banyak lagi peristiwa dalam lipatan sejarah yang membuktikan kehebatan dan peranan mahasiswa dalam mencatur politik dunia.

Dominasi Gerakan Mahasiswa Islam di Malaysia pada awalnya bermula dengan tertubuhnya Barisan Bertindak Mahasiswa Negara. Namun, kedudukan minoriti Islamic Groups dalam MPP telah meletakkan BBMN tidak lagi releven. Realiti ini telah membawa pada penubuhan Gerakan Mahasiswa Islam Se-Menanjung (GAMIS) pada sesi akademik 1989/90. GAMIS ditubuhkan oleh Mohd Yusof Abdullah, Presiden PMIUM. Pertimbangan kepemimpinan mahasiswa Islam pada ketika itu cukup unik. Walaupun Islamic Groups gagal menguasai MPP di kampus-kampus utama, namun mereka masih mendominasi PMIUM, ISIUKM, PMUTM, PMIUSM dan mempunyai circle tersendiri di beberapa kampus kecil. Demografi di atas ini adalah suatu kekuatan (strenght) dan peluang (opportunity) bagi Islamic Groups demi menggarapkan semula gelombang perubahan walaupun BBMN tidak releven lagi.

Para muktamirin-muktamirat yang saya kasihi,

Demikianlah kuasa mahasiswa, kuasa anak muda yang bisa menggoncangkan bukit-bukau dan mencipta gelombang perubahan dalam memimpin minda rakyat. Namun, saya ingin menegaskan supaya tiada guna kita terus nostalgic dengan sejarah, sedangkan kita masih tercari-cari arah. Ingatlah :

”Bukan seorang pemuda yang begitu asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku”.

Kita telah disajikan betapa golongan pemuda yang menjadi tulang belakang paling ampuh dalam 23 tahun perjuangan Rasul menegakkan Islam. Kita juga telah acapkali didodoikan dengan kisah pembukaan Kota Constantinopel oleh anak muda 23 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh. Namun, kenapakah kita dan gerakan kita terus dilihat bergerak secara bermusim dan “sekejap ada sekejap tiada” ? Kelesuan gerakan mahasiswa Islam hari ini dalam memaksimakan peranan sebagai jurubicara ummah berbekalkan modal intelektual yang mahal amat dikesali pelbagai pihak yang meletakkan high-expectation kepada kita, khususnya apabila memasuki era baru pasca ‘tsunami’ politik Malaysia pada 8 Mac 2008. Hampir setiap hari, bahkan kurang dari 24 jam sahaja, akan berlaku pelbagai gempa pergolakan politik-sosial-ekonomi Malaysia yang menuntut kita dan GAMIS bangkit menyatakan pendirian. Namun harapan rakyat untuk melihat aksi itu terus tidak kesampaian. Mengapa ?

Adakah kita masih menuding jari pada kekangan-kekangan musuh atas nama AUKU sebagai punca kelesuan kita? Atau tarbiyah dan sistem pembinaan jatidiri kita yang selama ini gagal memberi jawapan kepada gejala kelesuan ini?

AYUH MENUJU WAHDAH MENGEMBALIKAN IZZAH GAMIS !

Adik-beradik keluarga GAMIS yang saya cintai kerana Allah,

Sang pujangga Iqbal pernah bersajak,

“Walaupun satu keluarga kami tidak mengenal,

Himpunlah daun-daun yang berhamburan ini,

Hidupkanlah ajaran saling mencintai,

Ajar lagi kami berkhidmat seperti dahulu”

Secara praktikalnya, GAMIS, walaupun dianggap “keluarga” gerakan-gerakan mahasiswa Islam kampus, ia belum mencapai “wahdah” yang kita kehendaki. Bahkan, kita seolah-olah terperangkap dalam sangkar kampus, atau blok kenegerian, atau mungkin saya boleh sifatkan kita terikat dengan pembentukan tarbiah di kampus masing-masing. Ya, kita menghormati dan memahami setiap kampus memiliki identiti tarbiah dan upaya kualiti yang tersendiri, namun sekiranya kekuatan dan keunikan ‘domestik’ itu tidak mampu kita himpunkan bersama, lalu kita hapuskan “blok kampus” yang banyak memerangkap kita selama ini, maka percayalah anda dan GAMIS akan terus lesu dan terkebelakang. Sesungguhnya, natijah daripada kesatuan yang wujud dengan telus, saksikanlah kasih sayang dan ukhuwah Islamiah sesama kita pasti terserlah, walaupun kita berjauhan geografi dan berbeza kekuatan. Kepimpinan GAMIS tidak mahu lagi melihat kampus terus sibuk hanya urusan kampusnya, negeri dengan negerinya, sebaliknya kita inginkan lihat SATU dan KESATUAN dalam melahirkan gerakan yang lebih cergas lagi lugas.

Seolah-olah, semuanya adalah GAMIS. Ya, seolah-olah semuanya GAMIS. Bedanya, kita berada di kampus yang berlainan sehingga menuntut kita memainkan aksi berdasarkan realiti tempat dan suasana kita. Namun, pemikiran, keinginan, keazaman, kasih sayang, semangat bahu-membahu, semangat ukhuwah, daya eksistensi, idealisme, semuanya adalah satu, ibarat anak-anak panah yang berada dalam satu busur, namun dilepaskan ke sasaran yang berlainan.

Tidak akan kuat melainkan melalui kesatuan. Nah, kalian saksikan bagaimana kawasan Amerika Utara, Tengah dan Selatan yang bernaung di bawah NAFTA, kesatuan Negara-negara Pasifik dalam APEC dan Negara-negara Eropah dalam EU, maka kita mesti bersatu dalam GAMIS. Sekiranya kita masih lagi mengamalkan budaya acuh tak acuh tentang nilai ukhuwah dan sense of belongings, sikap tidak concern dan malas mengambil berat berkenaan kampus lain, maka dibimbangi gerakan Islam GAMIS tetap statik dalam suasana kejumudan dan kebekuan.

Justeru, bagi menjayakan misi besar GAMIS akan datang ke arah “Menuju Wahdah Mengembalikan Izzah” yang hilang, saya ingin rumuskan 7 paksi utama iaitu :

1. Laksanakan “Orde Baru” Tarbiyah
2. Agresifkan Dakwah Sebagai “Movement”, Bukan Sekadar Program
3. Tajamkan Agenda Siasah Untuk Lahirkan “Future Leader”
4. Menjuarai Isu-isu Kewanitaan Secara Tepat di Arus Perdana
5. Tingkatkan Daya Intelektual Aktivis
6. Terapkan Budaya Kerja GAMIS
7. Hidupkan GAMIS Negeri

PAKSI PERTAMA : LAKSANAKAN “ORDE BARU” TARBIAH

Wahai jiwa yang membara-bara demi menegakkan tertegaknya daulah Islamiah,

Telah lama GAMIS melaungkan gagasan tarbiah kepemimpinan yang dinamika, percambahan kaderisasi yang produktif, pembinaan karismatik minda dan keupayaan praktikal. Telah lama GAMIS gagaskan pembangunan infrastruktur daya kepemimpinan yang sofistikated dan canggih-manggih dalam mencabar dunia ultra-moden yang sarat dengan simpang-siurnya yang tersendiri. Ia bukannya retorika fatamorgana atau bahasa propaganda yang kosong lagi kontang. Inilah asas yang diletakkan oleh kepimpinan GAMIS kali ini apabila bertekad untuk melakukan “down to earth” kepada 70 buah kampus GAMIS melalui Ijtimak-ijtimak Zon yang telah diadakan.

Tidak melampau jika saya katakan bahawa kita mahukan peremajaan tarbiah, yang tidak terikat dengan kepegunan warisan tanpa penilaian semasa dan waqi’i. Kita umpamakan tarbiah sebagai peneguh terlazim menyeluruh yang mampu mencetuskan al-yaqazah al-ruhiyyah (kesedaran rohani) kalangan ahli dalam memangkin pembentukan Order Baru GAMIS. Kita tidak mahu tarbiyyah yang kita jana tidak subur dek kerana kita tidak punya keprihatinan dalam mengembalikan nutrien berkhasiat yang mampu meransang kembali pertumbuhan kualiti dan kuantiti ahli-ahli JIK.

Ayuh semua kita bajakan kembali tanah ini. Kita perlukan mekanik-mekanik tarbiah yang berkemahiran tinggi dan punya hati yang bernyala-nyala dan tidak kering dengan keindahan akhlak serta ketinggian budi pekerti juga kemolekan ilmu. Kita inginkan penggerak-penggerak tarbiah yang berselera dan ghairah menjadikan agenda jihad dan pemerkasaan terlekat dalam hati mereka.

Wahai sekalian pencinta tertegaknya Negara Islam,

Apakah kalian lupa bagaimana ‘Asim bin Amru bersama-sama 600 orang tentera yang menyeberangi Sungai Dajlah dengan kuda-kuda mereka dalam menakluk Istana Putih Parsi sehingga musuh menganggap mereka jin bukannya manusia. Apakah kalian lupa al-‘Ala’ bin al-Khadrami yang turut menyeberangi lautan Bahrain hanya dengan kuda? Apakah kalian lupa peristiwa batalion malaikat terbaik yang turun membantu tentera Badar? Semua mereka mendapat pertolongan daripada Allah kerana hati mereka bersih, sebersih salju yang turun berguguran. Mereka berjuang untuk Islam dan dalam masa yang sama mereka menjaga hati dan ibadat mereka, seolah-olah merekalah singa di siang hari dan abid yang soleh di malamnya.

Mulut mereka terkumat-kamit dan senantiasa basah dengan bacaan al-Quran dan zikir yang tidak putus-putus. Jiwa mereka sentiasa terang dengan semangat mujahadah dan muhasabah sehingga menerbitkan kesedaran jiwa dan pencerahan hati. Kalangan mereka, ada yang mengerjakan solat Isya’ dua jam lamanya. Kalangan mereka tenggelam dan lemas dalam tangisan sehingga orang menyangka mereka hilang akal pemikiran. Kalangan mereka menjadikan al-Quran sebagai sahabat mereka sehingga mereka boleh resah jika berjauhan dengan al-Quran.

Wahai sekalian perindu negeri akhirat, kita tegaskan, GAMIS bukan sahaja gerakan politik yang tenggelam dalam dunia idealisme dan aktivisme, bahkan GAMIS menyediakan pemimpin gerakan dan negarawan masa depan yang meletakkan Allah dalam hati, sentiasa bertaubat, sentiasa merendah diri, banyak dan khusyu’ beribadat, sentiasa berasa tidak puas dengan zikir yang diungkapkan, malah tenggelam, tenggelam dan hanyut dalam keasyikan bercinta dengan Sang Pencipta.

Sehubungan dengan itu, pemerkasaan tarbiah dalaman ahli itu paling kita utamakan, sebelum kita memukau orang lain untuk menyertai perjuangan kita dengan hati yang khalis dan keinginan yang hanya untuk Allah yang Maha Perkasa. Maka saya menyeru di kesempatan yang ada ini supaya kita semua menyemai perasaan zuhud dalam diri yang menyebabkan kita tidak melihat kepada keduniaan, perasaan tawadhu’ yang menjauhkan kita daripada perasaan egoistik, qanaah dengan bercukup pada apa yang ada dengan penuh keredhaan dan kesyukuran, khusyu’ dan khudhu’ dalam menunaikan segala perintah Allah dengan saksama, amanah dalam melaksanakan segala tugasan yang diberikan, siddiq dalam percakapan, tabligh dalam menyebarkan kebenaran tanpa perasaan gentar serta bijaksana dalam mengembangkan sayap Islam ke merata alam.

PAKSI KEDUA : AGRESIFKAN DAKWAH SEBAGAI “MOVEMENT”

Para soldadu Islam yang berani,

Dakwah yang kita maksudkan adalah menarik masyarakat Islam masa sekarang yang kian gersang dengan mata air Islam kepada dunia Islam yang sebenar. Perjuangan untuk memindahkan manusia daripada satu dimensi kehidupan kepada satu dimensi kehidupan yang lebih baik menuntut kepada kesungguhan dan komitmen yang tinggi dan upaya yang berterusan tanpa rasa lemah dan mudah berputus asa.

GAMIS mengimpikan al-sahwah al-fikriyyah yang tercerna melalui kesungguhan gerak kerja ahli-ahli GAMIS di semua kampus. Kita ingin tegaskan bahawa kita mahu menyahkan fenomena budaya acuh tak acuh dengan gerak kerja dakwah. Kita tidak mahu ahli GAMIS rentung dalam dunia retorika yang hanya melaung tetapi tidak bertindak, bercakap tetapi tidak beraksi, mengkritik tetapi tidak konstruktif. Dakwah bukannya kata-kata keramat yang ada kuasa tersendiri, sebaliknya dakwah adalah praktikal, kerja, dan lebih banyak “memberi” dari “menerima”. Tiada guna dakwah jika tahu tetapi tidak mahu melaksana. Tiada guna juga mahu tetapi tidak mampu bertahan dengan karenah mad’u.

GAMIS mahu mengintegrasikan antara idealisme dengan aktivisme. Kita tidak mahu ahli-ahli GAMIS mandul upaya dan eksistensi dalam melestarikan renstra (rencana-rencana strategik) yang munazzamah dan al-nahdah al-harakiyah (kebangkitan yang dirasai oleh orang lain, bukan “syok sendiri”). Kebejatan sosial, budaya kuning yang kian menular, meluasnya penderhakaan, mampatnya hiburan, rosaknya pemikiran, semuanya saya tegaskan merupakan perancangan dan konspirasi musuh Islam dalam melembapkan bahkan menghapuskan umat Islam dari mukabumi. Mereka tidak kisah sekiranya kita tidak mengikut agama mereka asalkan kita mengikut budaya dan pemikiran mereka sehinggalah ke lubang biawak sekalipun. Ambillah pengajaran daripada kejadian makhluk kecil seperti serangga perosak tanaman kobis plutella yang sehingga hari ini tidak ada racun yang mampu melenyapkan serangga itu disebabkan perubahan demi perubahan selepas ancaman racun yang dikenakan padanya.

PAKSI KETIGA : TAJAMKAN AGENDA SIASAH UNTUK MELAHIRKAN FUTURE LEADER

Wahai para pencinta keadilan,

Saya ingin tegaskan bahawa GAMIS mesti memperjuangkan politik nilai (value political movement) dan kuasa moral (moral force) yang merentasi politik kekuasaan (power political movement), dalam menjana satu biah yang solehah. GAMIS mesti bergerak sebagai satu gerakan yang bertindak untuk memperbetulkan nilai sosial yang kian songsang melalui gagasan social engineering. Sebab itulah kita tidak pernah gentar untuk memberikan teguran bukan sahaja kepada kerajaan malah parti pembangkang itu sendiri. Budaya nilai, bukan budaya kekuasaan. Budaya nilai adalah budaya yang telus lagi mulus. Budaya perjuangan nilai tidak terperangkap dengan budaya memperjuangkan kekuasaan sebagaimana yang berlaku dalam kancah dunia politik. Nah, saya tegaskan! GAMIS mesti bebas daripada rantaian kepartian. GAMIS mesti kaya dengan pandangan tersendiri dan miliki kredibiliti yang sukar digugah dan digugat. Atas dasar menggalas sumpah bahawa “ agama itu nasihat” kepada sesiapa sahaja, GAMIS mesti berani untuk memberikan teguran tanpa berselindung kepada mana-mana pihak dengan kita jelas memahami satu perkara yang tidak perlu saya terangkan secara jelas di sini, bahawa kita sudah punya bai’ah, namun manifesto dan terjemahan bai’ah itu tidak perlu kita zahirkan demi kebaikan yang merata.

PAKSI KEEMPAT : MENJUARA ISU-ISU KEWANITAAN SECARA TEPAT DI ARUS PERDANA

Kekuatan kuantiti yang dimiliki muslimat sekarang menyaksikan muslimat memegang peranan sangat penting dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan GAMIS. Oleh itu, HELWANI GAMIS yang mewakili “womens’ wing” di dalam GAMIS harus tetap lurus dengan perjuangan asasinya atau ‘basic job’ iaitu; menggerakkan semua muslimat untuk bersama-sama membantu menjayakan agenda perjuangan GAMIS melalui segenap cara di samping menjuarai isu-isu yang berkaitan wanita.

Agenda pemerkasaan HELWANI akan datang harus terlebih dahulu menganalisa masalah utama yang melanda masyarakat. Kedudukan Malaysia yang sedang pesat membangun dan sedang membina nama di persada dunia menyaksikan rakyatnya didominasi oleh dua golongan iaitu golongan sederhana atau ‘middle class’ di bandar-bandar dan pinggir bandar - yang berpendidikan dan terdedah kepada isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara - dan berpendapatan sederhana. Golongan kedua yang juga besar kuantitinya adalah golongan luar bandar. Negara sekarang sedang berhadapan dengan ketidakstabilan yang sedikit sebanyak menyaksikan rakyat terhambat di dalam kekeliruan dan keserabutan dunia politik dan ekonomi yang tidak menentu. Akhirnya ada sesetengah daripadanya menjadi taksub membabi buta atau liberal keterlaluan di dalam menilai sesuatu isu atau masalah. Hasil daripada mentaliti yang keliru ini akan menatijahkan banyak tindakan-tindakan yang tidak tepat.

Maka adalah diharap HELWANI GAMIS di dalam rangka awalnya mengorak langkah maju ke hadapan tidak sama terjebak di dalam kekeliruan dan keserabutan berfikir masyarakat sekarang. Agenda membetul dan meluruskan mentaliti dan fahaman muslimat sangat penting agar respon dan tindak balas yang diberikan terhadap apa sahaja permasalahan ummah adalah tepat dan relevan.

Pemerkasaan muslimat tidak terhenti setakat itu sahaja, HELWANI GAMIS juga diharap menggerakkan muslimat melalui apa sahaja wadah untuk mengembalikan muslimat ke dalam arus perdana dunia. Perjuangan dunia Islam kini menuntut kita sentiasa maju dan peka dengan setiap isu berkait akademik, isu ekonomi, isu politik, isu sosial, isu alam sekitar, isu antarabangsa dan domestik. “Berada di bawah gelas kaca” tidak boleh terus menerus dijadikan budaya di dalam jamaah ini. Jika perubahan mentaliti dan sikap ini dapat dijayakan, muslimat akhirnya diharap dapat menyumbang seoptimum mungkin melalui pelbagai channel ke arah kecemerlangan ummah, lantas menyelesaikan masalah keciciran golongan muda dari arus perdana yang hanyut dalam hiburan keterlaluan dan hal remeh-temeh.

Di samping meneruskan perjuangan muslimat yang punya kelainan dan keunikannya yang tersendiri, muslimat GAMIS mestilah tetap terus dengan kebersamaannya bersama muslimin di dalam menjayakan pelbagai agenda bersama. Prestasi cemerlang yang dipamerkan muslimat dalam pelbagai lapangan adalah aset penting untuk melahirkan ummah yang lebih berdaya saing akan datang.

PAKSI KELIMA : TINGKATKAN DAYA KEINTELEKTUALAN AKTIVIS

Era tahun 90-an menyaksikan zaman kejatuhan gerakan mahasiswa Islam sesudah ia mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 80-an. Entah di mana silapnya, gerakan mahasiswa Islam hari ini seperti kehilangan arah. Tiada pemikiran terbuka, tidak kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapaknya yang terdahulu. Adakah kerana kemalasan untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujah juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa oleh mahasiswa Islam tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan oleh mahasiswa Islam tentulah cetek dan tidak mendalam (sharp). Bahkan, kebanyakan mahasiswa Islam lebih cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu “kulit” seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu “isi” yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik oleh mahasiswa Islam.

Teman – teman sepejuanganku dunia akhirat,


Realitinya, gerakan mahasiswa Islam hari ini gagal untuk pergi lebih jauh dari perjuangan “politik simbol” dan yang bersifat “kulit” ini berbanding falsafah atau isi Islam itu sendiri di dalam kerangka perjuangannya. Kerana itu perjuangan persatuan-persatuan mahasiswa Islam (PMI) cenderung menjadi “eksklusif” dan hanya merangkumi mahasiswa Melayu-Islam sahaja sedangkan realiti di dalam kampus universiti (dan juga negara Malaysia) terdapat pelbagai kelompok lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Serani, Orang Asli dan sebagainya yang juga merupakan kelompok yang harus dirangkumkan di dalam gagasan perjuangan PMI yang lebih bersifat “inklusif” . Kita harus ingat selalu, orang Islam di negara ini hanya 54% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia!. Kegagalan untuk aktivis mahasiswa Islam mengemukakan pemikiran dan gagasan-gagasan perjuangan yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang plural, kelemahan mengartikulasi isu-isu isi dengan baik dan kecenderungan untuk membawa isu-isu moral dan kulit serta obsesi berlebih-lebihan terhadap ritual dan simbol agama adalah antara faktor-faktor kenapa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin terpinggir dan menjauh dari masyarakat mahasiswa yang lain. Kejatuhan kelompok mahasiswa Islam ini tidak akan berhenti, malah semakin lama ia akan semakin jatuh dan tidak akan naik-naik lagi kecuali beberapa perubahan radikal berlaku di tahap pemikiran dan gagasannya

PAKSI KEENAM : TERAPKAN BUDAYA KERJA GAMIS

Dalam proses menggilap potensi ahli bagi melahirkan world-class leaders, maka saya menyeru seluruh saf pimpinan kampus untuk meningkatkan takat keilmuan dan kadar thaqafah dengan membudayakan tradisi membaca bahan-bahan yang berat sifatnya, mewacanakan pemikiran-pemikiran dan isu-isu semasa dalam mempertajamkan sudut pandang politik, menghidupkan budaya brainstorming yang berterusan, berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berpandangan jauh di samping cuba semampu mungkin untuk menguasai maklumat-maklumat antarabangsa. Read to lead, hapuskan culture of inferiority complex, diskusikan tokoh-tokoh, wacanakan pemikiran dan upaya berfikir di luar batasan sempadan kebiasaan, lateral bukannya vertikel, luas bukannya sempit, mencair bukannya membeku. Jangan sesekali kita terperangkap dengan himpitan information super highway tanpa kita sendiri tidak membudayakan amalan mengkaji dan menyelidik.

Budayakan aksi, bukannya budayakan retorika percakapan. Cukuplah selama ini kita dengan perjuangan air liur, kita mahukan tindakan yang menceritakan siapakah kita. Kita tidak mahukan ahli yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak memberikan cadangan yang prolifik. Kita tidak mahu gerakan kita ditegakkan dengan bahasa mulut semata-mata bahkan kita mahukan ia tertegak melalui bahasa tindakan, praktikal dan juga jihad. Namun kita tidak menafikan al-ihatah al-nazariyyah (pencermatan teori) dalam meneguhkan tindakan. Kita yang ingin memimpin politik negara (initiator), bukannya kita terikut-ikut (reactor) dengan politik negara. Mahasiswa yang sepatutnya mencipta dan menggores suasana, bukannya mahasiswa yang terikut-ikut dengan suasana.

Maka teladanilah ashab Yaa Siin yang rela tubuhnya dicincang-cincang demi mempertahankan kebenaran. Contohilah ashab al-kahfi yang merempuh kebatilan walau dihimpit konspirasi terancang. Telitilah perjuangan ghulam al-dakwah yang tidak kering dengan semangat dakwah dan keberanian yang kental dalam mentalqinkan ashab al-ukhdud. Jadilah seperti golongan ashab al-yamin yang menampilkan cerminan Islamik yang tulen.

Ahli GAMIS juga perlu mengamalkan budaya pantas bertindak, tangkas berfikir, on-call, cepat refleksi, responsif, berdisiplin, tidak banyak alasan, mencari kerja untuk Islam bukannya melarikan diri, rasa ghairah dan sangat berselera untuk memuliakan ummah dan melonjakkan Islam ke tempat asalnya, sentiasa resah mengenangkan nasib Islam yang kian tandus dalam kekejaman musuh yang membenci kemurnian Islam. Saya teringat bagaimana Sa’id Hawwa menceritakan perihal gurunya yang sentiasa bergerak untuk memastikan kebaikan buat Islam seolah-olah Islam merupakan kambing yang akan disembelih.

Ahli GAMIS mesti berani. Ahli GAMIS mesti jangan bersikap bacul, pengecut dan penakut. Ahli GAMIS mesti sedia berkorban. Disebabkan itulah kita ingin menyeru kepada seluruh ahli GAMIS untuk melepaskan diri daripada menjadi mangsa himpitan globalisasi yang kian mengekang. Apa mungkin kita boleh bergerak selaju cahaya jika kita sendiri mengkapankan pemikiran kita dalam dunia kejumudan! Apa mungkin kita mampu mensinergikan gerakan yang lebih energetik jika kita masih berada dalam kepompong lama tidak mahu berubah! Apakah mungkin kita mampu memberikan satu sinar harapan yang baru buat ummah sedangkan pemikiran kita masih berada pada tahun 2000 dan jasad kita berada dalam tahun 2008! Apakah mungkin kita mampu mengejutkan kesedaran kita yang masih tertidur nyenyak dibuai mimpi indah sedangkan kita takut melawan sejarah dan warisan!

Ahli gerakan Islam yang saya cintai,

Bergerak dan terus bergerak. Jangan jadi seperti air yang bertakung sebaliknya mengalirlah sebagaimana seruan al-Syafei. Singa akan terus kelaparan jika ia tidak keluar daripada guanya. Panah tidak akan mengena sasaran jika masih berada dalam busurnya. Think globally, act locally. Jasad berada di kampus, tapi pemikiran seluas negara. Jadilah champion dalam domestik kita dalam mempamerkan keizzahan mahasiswa Islam sehingga memukau seluruh lensa. Sehubungan dengan itulah kita menyeru seluruh ahli kampus untuk mengimplementasikan campus development secara vertikel dan horizontal bukan sekadar konseptual yang terawang-awangan.

PAKSI KETUJUH : PERKASAKAN GAMIS “NEGERI”

Dalam memperkasakan GAMIS secara holistik di seluruh negeri, maka kepimpinan GAMIS melakukan satu transformasi yang bersepadu dengan menghapuskan sistem zon kepada sistem negeri. Perkara ini berdasarkan kepada beberapa tujuan seperti mengatasi masalah ketempangan mutu kepemimpinan kampus, menangani kerapuhan generasi pelapis pimpinan negara yang kian kronik dan membarah, memperkasa wahdah, meneguhkan istiqamah, serta membentuk sofwah al-mukhtarah yang punya abjadiyyat al-khutuwwat dan al-ma’rifah al-maydaniyah yang terpimpin selain mengikis kegersangan ahli daripada igauan idealisme dan kerapuhan eksistensi selaku jurubicara ummah.

Dalam menjayakan agenda bertindak yang jauh daripada omongan kosong ini, kita telah mengadakan program-program untuk pimpinan tertinggi kampus melalui blok zon. Kita cuba sedaya upaya untuk membentuk ketrampilan intelektual melalui wacana-wacana yang bersifat berat dan berjiwa, mencorak kekuatan berfikir melalui slot asak minda dan brainstorming yang mana semuanya bertujuan untuk membentuk kepimpinan yang berdaya dan bernafas segar.

Kita cukup mengerti bahawa terdapat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mengongkong pemikiran, menjajah keberanian dan emansipasi gerakan melalui racun-racun ideologi berbisa. Namun peremajaan inteligensia dan keampuhan intelektual hasil refleksi keimanan telah bangkit untuk menentang segala usaha pengekangan itu daripada terus berakar umbi dan membekukan kita.

Biarkan saya menyatakan impian saya…

Kita mahukan GAMIS negeri yang tidak mandul teori dan praktikal…

Kita mahukan GAMIS negeri yang tidak kering dengan aksi yang memukau lensa…

Kita mahukan GAMIS negeri yang berani melawan ketakdiran sejarah…

Kita mahukan GAMIS negeri yang mampu menjadi mekanik kepada usaha-usaha tarbiah, siasah, dan dakwah…

Kita mahukan GAMIS negeri yang tidak membeku dalam warisan silam…

Kita mahukan GAMIS negeri yang mampu mempamerkan visual Islamik yang kontemporari…

Seolah-olah, GAMIS seluruh Malaysia sama rentaknya, sama kuatnya, sama teguh dan utuhnya, ibarat mendayung perahu menongkah samudera yang kacau ombaknya, jika patah pendayung, dengan tangan kita sama-sama tongkahkan jua. Ketika itulah, kita akan sama-sama mengepal tangan ke angkasa melaungkan impian kita, bahawa kita mahukan ahli GAMIS yang soleh lagi muslih, bahawa kita mahukan jamaah kampus yang berdaya dan bernyawa, bahawa kita inginkan GAMIS yang akan membuka satu lanskap renaissanse yang baru dalam perjuangan menegakkan Islam agar subur buahnya, menyediakan seramai mungkin bakat kepemimpinan yang bukan calang-calang kepada gerakan Islam dan negara, dan kita tidak teragak-agak untuk menyatakan hasrat terakhir kita, bahawa kitalah kelak yang akan menjadi batu-bata tertegaknya negara Islam yang berdaulat disegani kawan digeruni lawan.

BERSAMA MEMBINA WAWASAN “20 TAHUN KEDUA” GAMIS

“Cara terbaik meramal masa depan adalah dengan mencipta masa depan.” – Peter Drucker

GAMIS semakin mencecah usia mudanya 20 tahun. Dalam memercikkan api perubahan usia ini, GAMIS telah meletakkan visi utama ke arah melahirkan pimpinan dan negarawan yang bertaraf dunia yang kita rangkumkan dalam lenggok bahasanya iaitu “producing world-class leaders”. Kita telah meletakkan wawasan terutama dalam memangkin realiti al-nahdhah al-harakiyyah al-qawiyyah yang berpaksikan keimanan mendalam, keikhlasan mendasar, semangat meluap-luap dan amal yang berterusan.

World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang berfikir seperti mana negarawan yang melihat daripada skop yang lebih luas dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang turun ke lapangan ummah (down to earth) untuk melihat jerih-perih masyarakat dan mengesat air mata rakyat. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang punya nilai integriti dan interpersonal yang mempesonakan. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang punya nilai keilmuan dan estetika thaqafah yang mendalam dan meluas. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang memadukan antara igauan fantasi dan aksi realiti. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang memikirkan secara serius perihal pembentukan daulah Islamiah. World-class leaders yang kita maksudkan ialah sebagaimana yang disimpulkan oleh Anis Baswedan iaitu seseorang tidak dilahirkan untuk negerinya sahaja bahkan dilahirkan untuk dunia. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang boleh memimpin bukan ahli yang dipimpin. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang profesional dan berkemampuan luar biasa. World-class leaders yang kita maksudkan ialah ahli GAMIS yang berusaha membebaskan manusia daripada azab neraka menuju pencerahan syurga, ingin merasai kedinginan air telaga al-kauthar suapan tangan Rasul yang tercinta dan mencari keredhaan dan maghfirah Allah.

Sidang muktamirin muktamirat yang dikasihi,

Dalam menjayakan usaha untuk melahirkan kepemimpinan bertaraf dunia, maka seyogia dengan itu saya menyeru seluruh akar umbi kepimpinan kampus untuk serius dalam usaha mengupayakan kekentalan tarbiah, mengocakkan kesedaran siasah sehingga kita mampu berpencak bukan sahaja di kampus malah di lapangan ummah yang lebih nasional sifatnya dan menggerakkan enjin dakwah dan kebajikan sepenuh jiwa dan kemampuan kita secara lebih komprehensif sehingga tegarnya Islam di muka bumi Allah yang kita sayangi ini. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari sekalian akan tiga peranan kita yang ditegaskan oleh al-Raghib al-Asfahani bahawa kita merupakan hamba Allah yang hanya menyembah Allah dan tidak akan mensyirikkan-Nya dengan sebarang ideologi, khalifah yang menggantikan nubuwwah dalam menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya sebagaimana takrifan al-Mawardi dan kita akan memakmurkan bumi Allah ini dengan merumputkan Islam itu sendiri dirasai oleh setiap jiwa yang bernyawa.

Tarbiah yang kita maksudkan adalah tarbiah melahirkan pakar yang professional dan master dalam bidang masing-masing. Siasah yang kita perlukan ialah kita yang menguasai dan membimbing masyarakat ke arah mencari keredhaan Allah. Manakala dakwah yang kita ertikan ialah menjaga kebajikan setiap orang yang memerlukan dan memasukkan nilai-nilai Islam ke dalam dada mereka sehingga mereka berkeyakinan bahawa Islamlah matlamat akhir hidup mereka.

Kita mahukan semua ahli gerakan kampus ada inisiatif menggerakkan GAMIS, bukan hanya individu-individu tertinggi kepimpinan PMI sahaja. Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk memaksa kebatilan menuju jalan mati dan kita akan melaungkan ‘shahmat’ (check-mate) terhadap mereka. Kita mahukan pecahkan budaya lama yang bersifat ortodoks dan pimitif. Perubahan, ya, perubahan. Perubahan, ya, demi perubahan. Perubahan, ya, untuk perubahan.

Kita mahu suatu hari nanti GAMIS akan berjaya menyatukan diri dengan seluruh gerakan-gerakan mahasiswa Islam di Asia khususnya untuk bangkit memimpin dunia dengan acuan Islam yang sebenar. Saya sudahi ucapan saya dengan memetik kata-kata Roger Graudy “ bersikap setia kepada nenek moyang kita (tradisi) bukan bererti mengekalkan abu daripada bara yang ditinggalkan tetapi ialah untuk menyemarakkan obor yang baru.”

Saya mengharapkan agar muktamar ini akan menjadi titik permulaan kepada GAMIS melakar sejarah lebih besar khususnya dalam suasana baru politik Malaysia saat ini.

Allahu Akbar !!!

MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR,

Presiden,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

2007-2008

my site

Islamic Calendar

Islamic Clock

Profail Penulis

Profail Penulis
No. 201, Blok E2, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Pengikut

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Powered By Blogger

About this blog

“Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)