Terasa begitu lemah sendi saya pagi jumaat itu setelah mendengar cerita hangat dari seorang teman sebilik tentang AF6 kini punya 'Nenek Rina' sebagai peserta. Oleh kerana saya agak kurang gemar pada hiburan yang berbentuk picisan, maka saya agak lambat dalam mendapatkan isu-isu 'parah' ummah terutama perkara yang berkaitan dengan hiburan.

Tanpa lengah, saya sempat melayari laman u-tube sebelum bergegas ke Muzakarah Berkelompok pagi itu , bagi mencari maklumat seperti yang di ceritakan oleh teman saya. Benarlah kata orang kampung saya "kisahnya lebih dari dasyat dari kabar".


FENOMENA MAMA BLUES??

Siapakah mama RINA? saya rasa elok kita panggil dia nenek aja, setuju? Dikenali sebagai mama Rina, merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak juga menjadi nenek kepada 2 orang cucu. Nenek RINA yang telahpun menjangkau umur 44 tahun sudah, antara yang bolos dalam senarai calon AF6. Merupakan antara pelajar paling TUA sepanjang penganjuran program realiti TV ini.

Ada di antara peminatnya yang telahpun mendengar suara Mama Blues ini menjangkakan Nenek Rina pasti akan terpilih dan diserapkan ke akademi berdasarkan keunikan vokalnya yang serak basah.

Nenek ini turut di nobatkan memiliki pakej karakter dan latar belakang yang 'menarik' sebagai bekas 'penghibur', bilamana ia diceritakan merupakan seorang penyanyi versatile sejak 20 tahun lalu, yang khabarnya banyak menimba pengalaman menyanyi di show pentas, di lounge dan kenduri kahwin.

Dikhabarkan juga, Nenek Rina bermungkinan akan mencetuskan fenomena baru sehebat Mawi berdasarkan kepada kelayakan dan kedudukan status, gelaran IBU TUNGGAL yang di sandangnya yang pastinya mampu mengundang rasa simpati penonton peminat AF.

Satu sejarah yang pastinya bukan sahaja akan tercatat dan akan diingati dalam lipatan fakta perkembangan AF itu sendiri bahkan dalam kamus pentadbiran UMNO yang mengamalkan pemerintahan Islam Hadharinya.


BAIT MUSLIMAH NADI UMMAH

Ummah kini dinodai tanpa belas simpati . Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman yang tidak terperi , sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang oleh Allah swt untuk membina ketuanan Al Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaan Al Mungkar .

Firman Allah Taala:
“ kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu mengakkan yang Ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah swt ”.(Surah Al Imran; Ayat 110 )

Barat dan orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga ( usrah ) Ummat Islam sebagai tuju sasar mereka untuk menghancurkan Islam dan gerakannya .

Di antara bentuk Proses Pelupusan Usrah Muslimah ialah:

1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah free sexs. Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip- prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling minima , bakal diterima oleh Ummat Islam ialah mengenepikan aspek agama dalam memilih pasangan hidup mereka , sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ) .

2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas . Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga .

3. Pendidikan sekular ( penjarakkan agama dari kehidupan ) di ‘ high light ‘ kepada masyarakat Ummat Islam bermula dari peringkat Tadika ( Hadhanah) hinggalah ke tangga Universiti . fenomena ini mencambahkan benih jahiliyyah sekular dari dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri .

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi manusia , seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa sekiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan . Begitu jua seorang anak , bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa .

5. Pembinaan Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan di luar tanggungjawab Usrah Muslimah , sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga .

Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat Islam . Persoalannya sekarang , apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka dihadapan mata kepala kita ? Hanya mereka yang tidak memiliki sensitivi dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya .


*****

Fathi Yakan dalam kitabnya "Generasi Pemuda dan Perubahan" berpendapat;
Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.

Pemuda juga ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan
memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat
manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar kerana;

Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Sedang Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
Manakala Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh partiparti kufur dan syaitan;
Begitu juga Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

*****

Imam Hassan al-Banna berkata,
Sesunguhnya kekuatan atau kelamahan, tua atau muda, sihat atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti manusia. Adakalanya kita melihat seorang manusia itu gagah, sihat walafiat.

Namun tiba-tiba kita melihat tubuhnya yang dulu gagah kini diulit, ditimpa pelbagai penyakit. Dia terus mengadu kesakitan hingga Allah menurunkan rahmatnya dengan menghantar seorang doctor yang mahir dan mengetahui punca penyakitnya, bijak mengenalpasti jenis penyakit, pandai mengetahui tempat yang sakit serta tahu pula mengubatinya.

Selepas itu, tidak berapa lama kemudian, kita melihat pesakit tadi kembali sihat dan kuat. Bahkan mungkin lebih gagah dari sebelumnya.

Maka begitulah dengan sebuah bangsa. Sesebuah bangsa itu akan berhadapan dengan mehnah dan tribulasi ibarat penyakit dan bius yang menular dalam tubuh, yang kadangkala bukan sahaja mampu menggugat malahan mampu menggegarkan keutuhannya.

Tidak terhenti hanya di situ, bangsa ini juga akan terus dilanda masalah dan terpaksa bergelumang dengan segala masalah ini hingga akhirnya ia tergugat dan mula kelihatan tidak bermaya dan lemah, seterusnya menjadi sasaran semua pihak.

Bangsa ini tidak akan mampu menahan segala asakan musuh melainkan hanya dengan tiga cara: mengetahui punca penyakit, sabar menerima rawatan, dan dengan kewujudan barisan doktor pakar yang menjalankan postmortem rawatan ini hingga Allah Taala mengizinkan dia menyembuhkan dan mencapai kejayaan.


Ikhwah dan akhwat fillah…

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini telah wujud dalam pelbagai keadaan dan menular ke setiap sudut hayat kita.

Dari sudut politik, kita melihat bangsa kita pernah dijajah oleh musuh dan penjajahan itu masih berterusan sehingga kini ditambah keadaan hidup masyarakat yang berpuak, bermusuh dan berpecah.

Manakala dari sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan sedang syarikat asing sibuk menguasai sumber kekayan kita.

Dari sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang bboleh menggugat aqidah kita dan menghancurkan pula nilai-nilai baik dalam diri masyarakat kita.

****

Pening...sakit kepala, mual, geli, loya dan bermacam lagi yang tak mampu untuk saya luahkan di sini setiap kali diri ini membaca isu-isu seperti ini.

Ya Allah, Janganlah engkau timpakan bala ke atas kami lantaran dosa dan maksiat yang dilakukan oleh kami saudara-sauadara kami ya Allah..

Kami teramat lemah ya Allah...
kasihanilah kami ya Allah..
Tolonglah kami ya Allah..

"Saya mencadangkan agar istilah kempen basmi 'couple tak syarie' ditukar kepada kempen IKTILAT NERAKA dan ANTI MUQADDIMAH ZINA". Seorang perwakilan (saya kurang ingat dia dari mana) bangun memberikan cadangan tika membahaskan ucapan dasar Presiden PMRAM pada 5hb April 08 tempohari di Dewan Solah kamil, Hayyu Sadis, Kaherah.

Satu istilah yang cukup 'ganas' namun cukup mantap saya kira. Cadangan tersebut mendapat tepukan gemuruh dari ahli sidang muktamar pada hari itu.


lain pula halnya apa yang saya petik dari akhbar harian metro hari ini:

“Saya seperti seorang puteri, umpama aktres Julia Roberts dalam filem Pretty Woman,” kata Sufiah Yusof, mengenai layanan terhadapnya oleh mereka yang melanggannya.

“Mereka gembira kerana saya mampu memberi rangsangan terbaik untuk minda dan tubuh mereka. Pengalaman saya tidak dibazirkan. Malah, saya biasanya membawa kerja rumah atau mengulang kaji sebelum memenuhi temujanji,”

“Ramai menganggap khidmat teman sosial pekerjaan keji tapi tidak bagi saya. Saya memiliki keinginan seks yang tinggi dan kini saya miliki apa yang saya inginkan. Hakikatnya, ramai lelaki melayan teman sosial lebih baik daripada teman wanita mereka.

“Malah, ada antara pelanggan saya kagum dengan minat saya dalam matematik. Saya pernah melayan seorang lelaki sambil bercerita mengenai matematik ketika melakukan seks,” katanya lagi.

Bapa Sufiah kini dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya.

"Eeee...makin teruk kan Sufiah sekarang ni" celoteh teman baik saya petang tadi tika dalam perjalanan pulang dari maahad.

Entah mengapa Hatiku menjadi sayu apabila mengenangkan Sufiah. Saya tahu mungkin ramai di luar sana yang melemparkan berbagai tuduhan kepada sufiah.

Entah kenapa saya teringatkan kata-kata seorang kenalan saya dari pondok pasir tumboh tentang perempuan hari ini yang tidak boleh dipercayai. Suka mempermainkan lelaki, perempuan lah punca segala fitnah, curang, suka bermain kayu tiga dan bermacam lagi tohmahan yang dilemparkan pada mereka yang bernama perempuan.

Ya memang benar, tiada siapa yang dapat menyangkalnya tentang bahaya fitnah wanita. Tetapi berapa ramaikah yang bangkit menyatakan ketidakpuashatian terhadap wanita beserta cadangan pelaksanaan dan kesediaan untuk memperbaiki mereka??


BERKECAINYA SEBUTIR PERMATA

Seperti kata Iqbal yang saya petik dari buku al-Mukminah as-Solehah:

"la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya."

Manusia moden dilengkapi dengan kekuatan tetapi berpandangan cetek. Orang yang menjumpai kuasa matahari (solar radiation) tidak dapat menerangi jalannya sendiri, dan orang yang mencari orbit bintang-bintang —dan jika Iqbal ditakdirkan masih hidup pada hari ini ia mungkin akan berkata, orang yang menuju ke bulan tidak dapat mengembara dunia fikirannya sendiri dan menjadikan rumahtangganya tempat yang bahagia. Orang yang menukar dunia menjadi syurga berakhir dengan menjadikan rumahtangga sebuah neraka. Banyak dari keluarga-keluarga Barat yang tidak dirahmati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa mereka mencarinya di kelab-kelab dan lain-lain aktiviti luar.

Saya pernah membaca kisah Sufiah ini satu masa di zaman persekolahan dulu. Dulunya Sufiah Yusof, 23, adalah merupakan kanak-kanak genius matematik di Oxford University ketika berumur 13 tahun, tetapi kini ia dilapurkan sebagai wanita yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di rumah flat murahnya di Salford, Mancester.

Apa yang menyedihkan lagi dalam kisah Sufiah Yusof ialah kepintaran beliau dalam bidang pengajian akademik. Alangkah beruntungnya sekiranya beliau dan pelajar-pelajar Islam Malaysia seperti beliau dididik dalam masa yang sama dengan tekun dibidang Islam seperti menghafaz Al-Quran, hadis sahih Bukhari dan Muslim, Usul Fiqh, Fiqh Ekonomi Islam dan Perakaunan. Sufiah mungkin boleh menjadi seorang mujtahid kewangan dan ekonomi Islam abad ini, berjuang berdepan sistem ekonomi berasas riba yang masih dominan menjadi dasar dan falsafah banyak negara termasuk Malaysia. Sistem ekonomi Islam, bank dan institusi kewangan Islam sangat berhajat kepada pelopor-pelopor genius seperti Sufiah. Boleh sahaja para genius seperti ini mengaggotai EPU (Economic Planning Unit) negara, mengeluarkan polisi-polisi memandu negara dan umat mencapai dan mencabar dominasi Barat terhadap ekonomi dunia. Alangkah...

Potensi yang ada pada Sufiah Yusof dan seumpama beliau saya ibaratkan seperti permata bagi umat Islam hari ini. Jika digilap baik dan diletakkan dicincin, tempat yang selayaknya, maka keindahannya akan terserlah kepada semua. Namun kita hidup di dalam dunia zaman kini yang penuh Jahiliyah disegi sistem dan aktornya. Bukan sahaja penyimpangan dari jalan Allah ini telah dan sedang memusnahkan banyak harta dan jiwa yang tidak berdosa, tetapi juga sistem dan insan Jahiliyah ini telah membunuh begitu banyak potensi seperti Sufiah, samada di negara kita, di dunia Arab maupun di dunia ini.

Islam datang untuk menggilap potensi insan dengan Al-Quran, menunjukki baginya jalan As-Sunnah lalu berperanan membawa kesejahteraan kepada dunia dan bani insan.

Sungguh banyak sebenarnya kisah seumpama Sufiah di luar sana. Semuanya hanya menanti kita untuk bersama menggembeleng tenaga membaiki ummat buih, mencurahkan bakti dengan ilmu yang telah di timba.

Alangkah indahnya syair yang berjudul "Al-Karaib" yang dihafal oleh seluruh anggota ikhwanul muslimin:

"Kami adalah lemah lembut bila malam tiba, Kami kerumuni mihrab kami dengan rasa sedih, Kami adalah perajurit-perajurit perkasa di medan laga, Musuh memandang kami tak terkalahkan bagaikan singa. "

Untuk itu, ayuh! Wahai anda yang lelap tenggelam di peraduannya, Bangkit lah wahai para pemuda pemudi Islam sekalian. Bangunlah, ingatlah Yang Hidup, Yang Tidak Pernah Tidur, Tuhanmu memanggilmu untuk ingat kepadanya. Sedang anda terlena oleh kenyenyakan tidur.

Ampunilah dosa kami yang Hina ini ya Allah..

Tahukah engkau, di mana ia bersemayam?
dialah saudaramu...ke mana ia melangkah?
sanggupkah matamu memandangnya?
sedang matanya tak sanggup menatapmu?
saudaramu hidup laksana sejarah
berjalan beriringan mengikuti langkahmu
tanpa bahasa yang dapat menyapa
bercucur air mata jika bersua
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu

engkau bermurah hati tanpa pamrih
memupus duka nestapa yang ia derita
engkau memikul beban berat tanggungannya
ketika letih pilu merasuk kedua bahunya
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu

engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya
ketika syaitan datang memperdayanya
engkau tersenyum bangga dengan ranum buah akhindit
engkau bahagia pula dengan kesuburan
ladang dunia saudaramu
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu

(di petik dari lirik sebuah nasyid dakwah)

***



..."kami berharap pihak pimpinan memahami bahwa kami akan mengambil peperiksaan 30 juzu' al-Quran" luah seorang ahli.

"...ana minta sahabat-sahabat semua tolong faham bahawa kalian lebih beruntung dari kami kerana mendapat buku untuk Muqarrar 3 tahun, sedang kami kekadang hampir 2 minggu lagi tempoh peperiksaan bakal menjelang baru kami akan dapat kitab dari doktor..." seorang teman bangkit menjawab.

ijtima' Nifsu sanah hari khamis kelmarin agak 'panas' ku rasakan. Dapat ku menangkap bahawa ada hati-hati yang menangis. Terguris barangkali dengan sikap sebahagian teman lain. Bagai retak menanti belah.

Entah kenapa hati ini terasa ukhwah kita semua kian hari seolahnya semakin sirna.. ku cuba mencari keadilan dengan tidak menghukum sesiapa. ku cuba memahami tempat duduk pikir sebagai pimpinan. ku cuba juga untuk merentasi lautan hati seorang ahli.

Hati ku berkata-kata. Mengapa masih isu kecil,remeh ini yang di timbulkan oleh kita selaku ahli?

Kemana perginya sensitiviti kita berkenaan isu sosial sebahagian besar saudara kita dari jurusan perubatan yang makin kian parah sekarang ini?

Ke mana juga perginya ahli yang berani tampil ingin membasmi kemaksiatan yang kian bermaharalela di kalangan seluruh mahaisiswa-mahasiswi seantero hatta di al-Azhar sendiri?

isu kewujudan pertubuhan yang ingin memecajbelahkan kesatuan kita. isu ikhtilat yang kian membarah dan banyak lagi isu-isu penting yang patut kita muhasabah kan.

Hatiku masih mencari, berfikir tentang kesudahan kisah ini. Kita semua perlu melakukan sesuatu..


VIRUS-VRUS UKHWAH

Sungguh indah untaian bait yang dilantunkan oleh seorang penyair:

aku berujar: ia adalah saudaraku
mereka bertanya: saudara dari kerabatmu?
kusahut: kemiripan adalah kekerabatan
bagiku, kekerabatan adalah idea, azam dan semangat
walau garis moyang kami jauh berbeda

Seorang da'i mutlak harus dicintai oleh khalayak agar dakwahnya mampu menembus nurani dan tetap menjadi rujukan. Oleh kerananya, ia harus menghindari segala sesuatu yang dapat mencemari kejernihan hubungan yang terjalin antara dirinya dan orang-orang di sekitarnya, sehingga ukhuwah semakin mendalam dan kukuh. Semua itu dapat memudahkan sang da'i sehingga orang-orang senang menolong dirinya, mahu memetik manfaat darinya, dan lantas menerima kehadirannya.

Di sisi lain, seperti umumnya manusia, kita juga memerlukan seorang sahabat karib. Ini merupakan bagian dari keperluan primer dan tuntutan jiwa yang tidak mungkin dimungkiri, agar mampu menempuh liku-liku perjalanan hidup. Kerana seseorang tiada bererti jika hanya seorang diri, namun sangat besar nilainya jika memiliki banyak saudara.Sesungguhnya sahabat-sahabat yang jujur adalah perhiasan ketika senang dan benteng ketika menderita.Melihat sahabat dapat membahagiakan hati, menyenangkan jiwa, dan menghilangkan duka.

Sungguh benar ungkapan Umar radhiyallahu 'anhu: "Perjumpaan dengan kawan menghapus duka."

Sebagian kalangan salaf berkata: “Keriangan seorang bijak adalah perjumpaannya dengan kawan.”

Sufyan rahimahullah pernah ditanya: "Apakah penawar dahaga kehidupan itu?" Ia menjawab: "Pertemuan dengan kawan."



Hati ku berbisik...aku rindu...
Rindu yang teramat menghiris kalbu..

Duhai teman azhariyun yang aku cintai kerana Allah Taala..
bila seorang teman bertutur tentang diriku
yang memancing kemarahanku
kumaafkan segala kesalahannya
dan ku redam amarahku
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

tatkala kulihat perubahan pada diri sahabat karibku
bumi yang terbentang luas seakan menghimpit diriku
jika aku menghampirinya untuk membereskannya
matanya memancarkan kemarahan padaku
padahal hatiku tak marah tika itu

banyak orang mempunyai beragam angan-angan
sedang angan-anganku dalam kehidupan
hanya seorang sahabat yang rela berbagi nasib
kami berdua laksana satu ruh
yang dibagi untuk dua tubuh
tubuh kami dua
namun ruh kami hanya satu.....

Apa ada pada Fitna??

Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48 saat dan 15 minit yang memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam.

Niat sebenar pembikinan filem ini tidak jelas kerana ia hanya mengambil potongan ayat di bahagian tengah sahaja tanpa mengambil ayat-ayat sebelum dan selepasnya yang menjelaskan apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan, sedangkan kita mengetahui bahawa setiap ayat al-Quran mempunyai perkaitan antara satu sama lain yakni terdapat hubungkait antara ayat yang sebelum dan selepasnya.

Begitu juga, dalam ayat yang sebelumnya menceritakan mengenai orang-orang yang memusuhi dan memerangi orang Islam, tetapi mereka tidak mengambil ayat tersebut.

"Perintah berjihad dan memerangi orang kafir yang mempunyai ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran sekaligus ia turut memiliki sebab penurunan ayat tersebut yang dipanggil asbabun nuzul," Mufti Perak.

Filem pendek tersebut seolah-olah mahu menuduh Islam menganjurkan kekerasan dan menggalakkan keganasan menerusi peperangan dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan.

Filem ini adalah sangat mengelirukan dan memfitnah Islam dengan menggunakan kitab suci ajarannya.

Penghasilan Fitna adalah gambaran kepada keadaan orang Barat yang semakin takut dengan perkembangan ajaran Islam yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat di banyak negara.

"Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas." Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Filem tersebut juga dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut dihasilkan Geert Wilders cuba menyelitkan imej peristiwa 11 September 2001 dan serangan bom di Madrid pada 2004 yang dikaitkan dengan Islam.


PANDANGAN ULAMA TENTANG ISU FILEM FITNA:


1. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Menegaskan kepada seluruh umat Islam agar menggariskan lima perkara penting dalam menangani perkara ini bagi memperlihatkan kesucian Islam itu sendiri antaranya :-


1- Kita perlu menolak kenyataan-kenyataan mereka secara Ilmiah dengan melihatkan kepada mereka tentang sejarah-sejarah Nabi S.A.W. tedahulu dalam berhadapan dengan golongan-golongan kafir musyrikin.

2- Penolakan Dari segi siasah, Negara-negara Islam yang ada perlu meletakkan satu mauqif secara tegas bagi mempertahankan baginda Nabi dan juga Islam itu sendiri.

3- penolakan kebangsaan atau bangsa dengan menekankan pemerintahan kaum muslimin utk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannnya (Islam)

4- Penolakan di lapangan seni dan penyiaran atau budaya,Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan kepentingan kepentingn kerja-kerja media eletronik khususnya filem2 dan cerita berangkai di dalam usaha untuk memperbetulkan gambaran salah terhadap islam.

5. Penolakan dari segi Ekonomi dengan memboikot produk-produk keluaran Belanda. Dr Yusuf Al-Qaradhawi memibaratkan barangan boikot seperti " Senjata yang akan menyakitkan sesebuah kaum "



2. Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria

- Menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan melalui medium tersebut.

- "Hakikatnya, Geert Wilders itu adalah pihak yang menabur fitnah bukannya Islam yang menjadi fitnah. Justeru, para ilmuan dan pendakwah Islam hendaklah berganding bahu bagi menjelaskan fitnah yang cuba dipalitkan kepada kesucian Islam,"


Pendirian pihak mufti-mufti menurut Mufti Perak berhubung isu penayangan filem tersebut:

- "Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.

- "Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes,"


3. Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor:

- "isu ini adalah isu bersifat individu dan bukan kolektif yakni negara."

- "Ini bukan isu berbentuk 'state terrorisme' tetapi 'individual terrorisme' yakni Geert Wilders yang mahu meraih populariti dan keuntungan,"

- Pemuda PAS menentang keras tindakan Geert tersebut kerana ia melibatkan soal maruah nabi dan umat Islam itu secara umumnya.

- "Kita masih merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di samping memboikot produk keluaran negara tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak merendah-rendahkan Islam dan penganutnya,"


4. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang :


- Membantah sekeras-kerasnya filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

- Merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

- Menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

- PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.


5. Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub:

"Apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia."


6. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan :

"Berkemungkinan kita akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf."

"Langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut."


7. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud:

"Kerajaan Malaysia kelihatan tidak tegas biar pun pemimpin negara berulang kali cuba menganggap negara ini sebagai sebuah negara Islam."

"Sepatutnya Malaysia yang dianggap mempelopori Islam Hadhari mengambil langkah tegas bagi mempertahankan kesucian agama Islam."

"Kalau boleh kita cadangkan kepada kerajaan mengkaji balik hubungan diplomatik dengan negara terbabit kerana membiarkan rakyatnya menfitnah Islam secara terbuka."

"Sepatutnya kena ada langkah tegas diambil bagi menggambarkan kita serius mempertahankan Islam."

- Menyokong cadangan pelbagai pihak supaya umat Islam memboikot barangan daripada Belanda sebagai usaha memberi tekanan kepada negara tersebut.

- Beliau juga mempersoalkan pembunuhan ramai penduduk Islam di Bosnia dan Sepanyol yang berlaku suatu ketika dahulu sudah cukup membuktikan agama Kristian sebenarnya menganjurkan keganasan.

- Begitu juga ketika tentera Kristian menawan Sepanyol daripada pemerintahan Islam pada 1491 tidak ada seorang pun orang Islam yang tinggal, di mana semuanya mati dibunuh.

- Portugis yang menawan Senegal di Afrika juga telah membunuh ramai penduduk Islam. Orang Islam juga ramai yang mati dibunuh ketika penjajahan berlaku di tempat lain.



KEWAJIPAN MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH ‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL

Di dalam buku 'Ke arah kesatuan gerakan Islam' karangan Fathi Yakan menyebut pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi tuntutan syara’ dan Islam, kedua-duanya berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah dan menegakkan daulah yang berhukumkan syari’at Allah.

Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara Islam dan jahiliyyah juga bukan setakat perbincangan ilmiah semata mata atau dalam batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah yang ganas.

Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang berat. Cabaran yang dihadapi datang Iebih dari satu pihak. Hukum hukum Islam dan undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walau di mana sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran materialisma ciptaan manusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah dan prinsip akhlak, itulah yang sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan intelek generasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah. Kezaliman sistem yang memerintah dan undang-undang yang berjalan, serta kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahaman Marxisma yang menafikan keujudan Allah menyerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan, membela mereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin proletariat (yang tertindas).

Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para pendakwah menggunakan segala senjata yang menghancurkan, senjata dalam bentuk pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah, khianat, tashkik (usaha untuk timbulkan keraguan) dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa adalah di antara cara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul Islam dan menghapuskna para pendakwah di setiap tempat.

Sesungguhnya seluruh dunia pada hari ini umumnya hidup dalam kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan, kekosongan dan tidak normal.

Dunia yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam kewujudan, akhlak dan pemikiran manusia. Satu lagi alasan yang memerlukan kewujudan sebuah harakah Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu, iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma, freemason, komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya; gerakan-gerakan
yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin, malah tidak harus dihadapi kecuali dengan kemampuan pada peringkat yang sama.

Alasan-alasan ini dan lain-lain alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuah harakah Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkat persediaan yang sama dalam pertembungan dengan musuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan persediaan. Firman Allah s.w.t.:

وأعدوالهم استطعتم من قوة ومن ربا ط الخيل ترهبون به عدعدوالله ودوآم


WAHANA

Teknik propaganda pada zaman sekarang adalah amat berbeza dengan zaman dahulu. jika zaman dahulu kita hanya menggunakan medan ceramah atau perhimpunan atau risalah dan surat semata, namun kini semuanya boleh diperolehi dengan mudah di hujung jari sahaja. Dengan internet semua perkara boleh samapi kepada masyarakat; wanita mahupun lelaki, di rumah atau di pusat perniagaan, di pejabat mahupun di ladang.

oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita seluruh pendokong dakwah islam untuk menguasai semaksimum mungkin perkara yang berkaitan dengan teknologi guna mendepani ummah.


Buat seluruh angkatan pemuda dan pemudi yang saya kasihi lagi saya cintai kerana Allah Taala sekalian...

Sesungguhnya seluruh dunia pada hari berada di dalam keadaan cengang -bengang lagi bergejolak. Segala sistem yang ada kini telah gagal mengubatinya. Tidak ada sebarang ubat untuk menyelamatkan dunia ini melainkan dengan Islam jua.

Oleh itu wahai Pemuda-pemudi khususnya Mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar, tampillah ke hadapan dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia itu kerana seluruh umat manusia sedang bertunggu-tunggu ketibaan seorang penyelamat dan juru penyelamat ini tidak akan berlaku melainkan dengan mengamalkan risalah (perutusan) Islam, iaitu risalah yang dibawa obor-obornya oleh kamu. Bangkitlah dan siarkanlah nya ke seluruh alam. Buktikan pada Dunia bahawa graduan Al-Azhar tidak 'ceroi' seperti yang mereka sangkakan.

Salam Imtihan buat semua, moga kita semua berjaya meraih kecemerlangan di tahap paling maksimum untuk Islam yang kita intima' lagi kita cintai ini.

Ayuh sahabat-sahabiah kita bangkit merealisasikan HARI ESOK ADALAH UNTUK ISLAM!

TAKBIRRR!!!



"saya sebenarnya berasa hampir futur setelah menjalani program-program di sini, saya rasa kekuatan saya hampir hilang dengan suasana yang kurang membina, sikap sahabat-sahabat dan macam-mcam lagi" tersentak saya dalam slot muhasabah malam itu tatkala mendengar luahan hati tersebut. Apabila saya cuba mengamati wajah insan yang melontarkan kalimah tersebut,nyata dia antara salah seorang adik ikhwah yang saya kagumi.

"apa yang akan awak fikir kalau saya kata saya rasa macam nak futur je?" luah seorang teman baik saya suatu hari.

Demi Allah saya sangat sayangkan kalian kerana Allah Taala, tidak kira ikhwah mahupun akhawat atas dasar ikatan Aqidah Islamiah. Walaupun saya menyedari betapa seringkali saya gagal menpamerkan rasa cinta saya kepada kalian. Mungkin kerana dosa saya terlalu banyak menyebabkan lontaran gelombang sayang saya 'pending' untuk sampai ke hati kalian.

para daie penerus risalah suci yang saya kasihi lillah..

Di sebut dalam kitab rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah oleh Fathi Yakan bahawa para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat “Rabbaniyyin”. Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan
‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri. Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain.

Beliau menambah lagi, orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa. OIeh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar
kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dan orang yang mendidik manusia lain.

Sesungguhnya pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.


الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ
( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ( 3

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk
mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3)


Di dalam hadith dinyatakan:

الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل

“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,
kemudian orang yang paling baik selepas itu.”


ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya
mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka
mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci
(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.


حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh
keghairahan syahwat.


Di dalam buku tersebut di nyatakan 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat
ii) Orang yang ‘abid
iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Orang yang berpuasa atau berkelana
v) Orang yang rukuk dan sujud
vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar
vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu
Wata’ala


bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah
Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut
dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i)Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak
ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur
iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan
memperkatakan yang bathil
v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap


Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:

i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya
ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya
iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala
v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala
vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala
vii) Redha
viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam


Sesungguhnya peranan pemuda Islam hari ini ialah suatu peranan dan tanggungjawab yang berat,jalannya penuh dengan onak. Tanggungjawab mendirikan Islam dalam realiti kehidupan manusia hari ini memerlukan kepada generasi Al-Quran yang baru mengikut generasi Al-Quran pertama. Pada hari itu barulah orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah. Semoga kita semua tidak futur dalam mendepani ibtila' yang mendatang. wallahu 'alam.


Politik Islam yang ideal adalah siasah yang bertunjangkan syariah. Negara Islam dan politiknya menjanjikan keamanan kepada wanita secara total sama ada dari sudut keselamatan atau fitnah. Dalam suasana seperti ini, wanita boleh dilibatkan secara lebih luas dalam politik tanpa menjejaskan fitrah dan kewanitaannya.

Dalam konteks Malaysia, andaikata politik negara dikuasai oleh pemerintah yang menjujung syariat Islam, maka Perlembagaan Persekutuan boleh dimurnikan dan diubahsuai hingga ia memungkinkan penyertaan wanita yang maksimum sesuai dengan fitrahnya. Prosedur-prosedur khas perlantikan MP atau menteri wanita misalnya boleh diringankan dan dikecualikan daripada pilihanraya, sebagaimana saranan pimpinan PAS. Beberapa hak-hak keistimewaan dan pemeliharaan boleh diberikan kepada ahli politik wanita agar keselamatan dan maruahnya terpelihara.

AZHARIYAT DAN POLITIK

Berbeza dengan mahasiswi di universiti tempatan, Azhariyat kurang terdedah dengan proses dan suasana politik air secara praktikal. Keadaan politik persatuan mungkin tidak cukup thrill untuk membakar semangat. Suasana reformasi, demonstrasi, pengalaman dilempar parang ketika merayu undi, atau usaha pertemuan dan berbincang dengan menteri tidak dirasai. Keadaan politik Mesir juga tidak menggalakkan.

Walaubagaimanapun suatu yang perlu disedari oleh Azhariyat ialah ilmu politik merupakan pra syarat penting kepada aktivis dakwah masa kini. Politik merupakan wasilah penting gerakan dakwah masa kini. Antara perkara asas yang perlu kepada Azhari mahu pun Azhariyyat khususnya sebelum terlibat secara langsung di dalam arena politik tanahair adalah seperti berikut ;


i.Pendedahan ilmu Pilihanraya .
Ini termasuk memahami sistem dan perjalanan pilihanraya . Ilmu ini meliputi undang - undang pilihanraya , perlaksanaan proses pengundian , percalonan dan lain-lain .

ii.Pendedahan tentang Perlembagaan Malaysia yang terkini.
Setiap Azhariyat perlu memahami dan menguasai Buku Perlembagaan Malaysia yang terkini. Pendedahan ini untuk kita memahami sejauh mana perlembagaan Malaysia itu tidak sesuai dengan Islam yang diperjuangkan serta aspek - aspek asas dalam sistem politik Malaysia.

Begitu juga dengan Ilmu Kenegaraan yang merangkumi seluruh aspek yang berkaitan dengan sistem politik Malaysia secara menyeluruh . Ini termasuk sistem persekutuan , senarai negeri , senarai persekutuan , hak keistimewaan Melayu , kedudukan Dewan Negara , Dewan Rakyat , keanggotaannya dan lain - lain.

iii.Pendedahan tentang isu - isu politik negara .
Pendedahan isu - isu semasa yang terkini dan kaedah untuk memantau isu serta menyalurkan respon samada secara surat terbuka , memorandum , sidang akhbar, dan lain - lain .

iv. Pendedahan tentang tentang sosio budaya masyarakat Malaysia .
Ini termasuk populasi dan kedudukan kaum - kaum di Malaysia dan permasalahan antara budaya dan agama serta kaedah pendekatan dakwah yang berkesan . Ini sebagai persiapan bagi Azhariyat mengenal mad'u mereka sacara realiti bukannya fantasi

v. Latihan para Azhariyat sebagai penceramah politik bukanya penceramah dalam bentuk kuliah sahaja. Ceramah politik berbeza dengan ceramah biasa kerana ia memerlukan kemahiran di dalam mengutarakan isu - isu semasa dan penyelesaian mengikut perspektif Islam secara menyakinkan para pendengar. Ini memerlukan kepakaran di dalam menganalisa isu - isu yang berlaku serta memahami realti pendengar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Islam mengitiraf kelebihan individu tanpa mengira jantina. Mungkin dalam biah negara yang Islamik tersebut lebih ramai menteri wanita dapat diketengahkan selain mengetuai kementerian hal ehwal kewanitaan. Kita tidak dapat menafikan bahawa pada satu-satu ketika wujudnya wanita yang lebih mantap penguasaannya dalam sesetengah bidang misalnya dalam pentadbiran ekonomi atau perubatan berbanding lelaki. Khidmat wanita seumpama ini tentunya akan memberikan manfaat kepada daulah. Lagipun, menjadi menteri bukan sekadar memerintah tetapi lebih kepada merancang strategi dan tindakan. Bahkan, dalam keadaan dharurat , tidak mustahil Malaysia akan berperdanamenterikan seorang muslimah satu hari nanti. Mungkinkah? Tiada siapa yang tahu selain dari Allah swt.

Anda sebagai lelaki berasa teruja dengan tajuk ini? saya sendiri berasa sangat gentar... samalah kita mendoakan agar MALAYSIA dan seluruh dunia kelak dpimpin oleh mujahid soleh yang bergelar 'ALIM RABBANI'..aminn...


Saff Kepimpinan PMRAM Sesi 2008 (bermula 22 Mac 2008)



Presiden (Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Timbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD

Naib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFF

Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
MOHD RASUL BIN AMAT

Naib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
KHUSAINI BIN MD YUSOFF

Setiausaha Agung
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

Timbalan Setiausaha Agung
HANAFI BIN ZULKAPLI

Naib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME

Bendahari Kehormat
MOHD IBRAHIM BIN MANSOR

Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
MOHD AZIZUDDIN BIN AZNAN

Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
MOHD AZRUL BIN ISMAIL

Badan Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

Badan Ekonomi
MOHD ZUHAILI BIN SAIMAN

Badan Sambutan dan Rehlah
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN

Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
NIK ROSDI BIN NIK JUSOH

Tema PMRAM '08/09:

"JULANG THAQAFAH, BAKTI DICURAH"




Struktur Organisasi AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)



Pengerusi HEWI
KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Timbalan Pengerusi HEWI
NORFAIZAH MAD ALI

Naib Pengerusi I (Unit Perancang dan Panitia)
HAFSAH ESA

Naib Pengerusi II (Unit Dakwah dan Pembangunan Insan)
SITI ANISAH AHMAD

Naib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
HERLINA SYARIAL

Setiausaha HEWI
SHAHIDAH AB MANAF

Timbalan Setiausaha HEWI
HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZI

Naib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
NORHAFIZA ABDUL WAHAB

Bendahari HEWI
MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKAR

Unit Kebajikan dan Kemanusiaan
NORHIDAYAH ABD RAHMAN

Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
NOR HIDAYAH CHE YUSOF

Unit Pengetahuan dan Penyelidikan
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARY

Unit Penerangan dan Penerbitan
NUR MAZNI AHMAD PAUZI

Unit Ekonomi
'IZZATI FARHANA MAHADZIR

Unit Sambutan dan Rehlah
NORRAUDAH HANUM HJ SALIM

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
SITI NORSANIYAH SHAPIIN


Tema HEWI :

“JULANG IZZAH, TEGUH WAHDAH”

my site

Islamic Calendar

Islamic Clock

Profail Penulis

Profail Penulis
No. 201, Blok E2, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Suamiku kekasihku, Kunci syurgaku.

Pengikut

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Ayahanda, bonda dikau sumber inspirasiku.

Powered By Blogger

About this blog

“Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnyaadalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)