Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!


Ada beberapa kenangan yang tak dapat saya lupakan semasa di bangku sekolah:

Ustaz zakaria mendenda saya berdiri setelah melihat saya tersengguk-sengguk mengaji quran di hadapannya pada waktu subuh. Ustaz akhirnya memberikan saya peluang untuk terus tidur di asrama setelah melihat saya akhirnya tumbang di hadapannya sebab tertidur juga semasa sedang berdiri. hehehe... terima kasih ustaz.

Guru besar Hawari memuji saya kerana mendapat johan merentas desa tahap satu semasa darjah 3.Beliau juga turut memuji saya kerana mendapat tempat ke-10 (hadiah yang terakhir) merentas desa semasa berumur 10 bagi tahap dua kerana saya telah pengsan sebaik sampai di garisan penamat. Al-fatihah untuk beliau. oh, saya benar-benar merindui cikgu.

Ustazah sazni yang sanggup berkongsi bekal makanan yang di bawanya ke sekolah hampir setiap hari kerana mengajar kami matematik tambahan pada waktu petang. Terima kasih ustazah kerana sanggup bersabar dengan 'kelambatan saya'. Saya paling suka nasi lemak dan puding buah laici ustazah.

Tanpa guru… siapalah saya, siapalah kita hari ini. Terima kasih guru, ustaz, ustazah. SELAMAT HARI GURU!!!

Istimewa buat us Salman Maskuri. Terima kasih kerana meluangkan masa mengajar kami untuk lebih tawadhuk dengan ilmu. Keberkatan ilmu adalah paling penting. Terima kasih juga kerana telah mentaakhikan saya dengan aini kelop dan yati dalam kelas us dulu. Sungguh kami rindukan didikan us. Kadang tu selalu juga kawan-kawan saya kata diorang jeles bila us bagi tumpuan kat adik-adik tib. Saya rasa takpe je, itukan aulawiyat. Kami doakan us berjaya untuk dalam peksa master us ni.

Paling kami sayang, Syeikh Hussin. Sungguh, pengorbanan yang kau curahkan dari sudut masa dan kesabaran dalam mendidik kami terutamanya untuk memahami madah Qiraat amat mengharukan. Sungguh, saya begitu insaf setiap kali melihat syeikh hanya berbasikal ke sana sini. Doakan kami najah cemerlang ye syeikh.

Khusus buat us Bass, us Said dan Ustazah manal terima kasih atas pengorbanan kalian yang berusaha untuk berbahasa fushah agar kami lebih faham pelajaran yang di ajar. Terima kasih us Bass kerana menyergah saya setiap kali saya tertidur dalam kelas.

Tidak lupa buat semua teman-teman yang pernah tolong ajar saya untuk memahami kitab, qiraat, sume pelajaran lah. especially, Ain, Azah, Bai, Tini dan Pipah.Thank you very much. i luv u all. Saya merindui Cikgu suniza dan cikgu Intan.Hehehe...

P/s; semalam us Jalal ada banyak bg tips. Tentang Quran paling best. Ada masa nanti saya masukkan ye kawan-kawan..