Abdul Ghani,penyair sufi yang fasih di lidahnya bermadah;

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu


Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.



********

MAWAR BERDURI

Pesanan buat diriku yang sering lalai pada Pencipta;

Firman Allah SWT yang bermaksud,

".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...."


Cinta bukanlah alasan untuk menurutkan nafsu bermesra dan berfoya-foya tanpa perbatasan syariat.

Cinta sejati adalah cinta yang tak dicemari kemurkaan Allah Taala dan terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan.

Mengapa ingin untuk terlalu memuja cinta manusia sedangkan Penciptamu lebih berhak untuk dicintai.

Layakkah cintamu di gelar cinta kerana Allah sedang si dia yang kau ingati saban waktu mengatasi Pencipta cinta, yang menganugerahkan cintamu padanya, yang mengatur pertemuanmu dengannya???

Tidak malukah kau yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah Taala. Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah!

Inikah balasan kau pada Allah Taala terhadap cinta pemberiannya.

Jika benar kau mensyukuri Allah Taala kerana mengenalkan kau dengan insan seistimewa si dia, kau tidak sepatutnya mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kau agar cinta kau dikawal oleh syaro’;

Bukan dengan bergurau senda,
ber 'dating' berdua,
Menelefonnya setiap hari untuk mendengar suaranya selalu,
nak sms selalu,
nak tengok kelibatnya selalu;
hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu.

"Alah, saya hanya nak missed call dia untuk bangun tahajjud je, apa salahnya??"

Benarkah syariat menghalalkan hubungan yang sebegitu??

Alangkah jijik dan memualkan wahai diri andai begitulah cintamu yang bertopengkan cinta Allah itu.

Tidak malukah wahai diri andai keburukan yang kau lakukan itu dipaparkan di skrin utama di mahsyar kelak. Disaksikan oleh seluruh hamba ciptaan-NYa??

Bertaubatlah wahai diri,
Sementara masa masih di beri,
Moga kemenangan yang di cari,
akan kau miliki di kemudian hari.

********

Ya Allah,

Ku bermohon pada-Mu ya Allah,
Jauhkanlah kami dari cinta yang melalaikan kami dalam mendirikan ibadah kami kepada-Mu,
Tetapkanlah pemikiran dan perjuangan kami hanya untuk agama-MU,
Jauhkanlah kami dari khayalan yang kotor,memualkan bahkan amat menjijikkan,
Jauhkanlah kami dari cinta yang semakin menggelapkan hati kami yang telah sedia kotor ya Rabb,

Kami terlalu lemah ya Allah,
Lemah dalam menghadapi tipuan syaitan yang mendatangi dari setiap sudut dan penjuru,
Nafsu yang senantiasa membujuk kami agar melakukan tindakan yang menimbulkan kemarahan-Mu ya Allah.

Tolonglah kami ya Allah..
Bantulah Kami ya Allah..

Jadikanlah kami orang yang meyakini perancangan-Mu ya Allah,
Jauhkanlah kami dari terjerumus dalam kalangan orang yang krisis dalam meletakkan tawakkal kepada-Mu.
Golongkanlah kami dikalangan orang yang berjaya di saat kita bertemu kelak ya Rabb.
Amin,amin ya Allah...

"Jika kamu ingin membina dan menyuburkan kehidupan akhirat kamu, terlebih dahulu hendaklah kamu mematikan keinginan terhadap (keseronokan) kehidupan duniawi. Kamu tidak akan dapat berdampingan dengan Allah sehingga kamu mematikan keinginan nafsu kamu kepada perkara-perkara yang keji."

Hal ini disebut oleh Yahya Bin Mu'az, katanya

"Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allah dengan hati yang mendalam, Allah akan memelihara jiwanya daripada godaan nafsu. Cara menguasai hawa nafsu itu ialah melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya, kerana nafsu itu selama-lamanya tidak akan tunduk kepada kebenaran."

MOGA HIDUP DAN MATI KAMI ADALAH BENAR-BENAR HANYA UNTUK-MU YA ALLAH..